kite kawan

31 May 2011

~~ikhlas dari hati aku yang kecik nie ;-P

Salam Buat Semua.



Status mengong :-P

Babai!

30 May 2011

~~ringkas, sebenarnya aku malas nak menaip banyak malam nie. hihi :P

Salam Buat Semua.

Tajuk entry paling panjang pernah aku buat untuk bulan Mei nie. Haha. Ok baiklah korang, entry nie aku nak buat seringkas mungkin kalau boleh. Hehehe :P

Dapat benda nie dari Pupel Liyana. Terima kasih Pupel eh. Kecik cute jek. Huhu.

Dua hari turut-turut aku makan nasi ayam nie time lunch. Pergh sedap... RM3.50 saje. Malam pulak pekena nasi lemak, nasi lemak sekarang dah RM2.50 sebungkus, takde dah nasi lemak lima posen. Haha!

Mom belikan aku tudung, terus pakai masa keluar petang tadi. Hihi. Terbaik ah, aku tak pernah ada tudung kaler nie. 

Yaya dah sampai Kota Bharu!! Diorang (Mom, Abah, Kakak, Abang Ipar dan Yaya) sampai pukul 4.30petang tadi. 2,3 kali jugak aku tertidur tunggu diorang sampai. Aku nie kemain lagi semangat bangun awal pagi tadi. Tup tup petang baru sampai. Huhu.

Anak buah aku ada, sebab tuh aku malas nak layan laptop lame-lame. Hihi. Takde dah nasi bungkus malam nie :P

ps; Banyak jugak aku menaip ~.~

Babai!

29 May 2011

~~berita tak best tuk didengar :'(

Salam Buat Semua.

Tepat pukul 6.45petang tadi, Abah, Mom, Kakak & Suami serta Yaya dah selamat sampai kat Kuantan. Diorang berhajat untuk singgah rehat kat sana sebab Izzat dan kakak ipar duduk kat sana. So selesai solat Maghrib tadi, Mom call cakap berita tak best tuk didengar.

Mom; Eina, tak jadi la balik malam nie. Balik pagi esok je. Yaya ngan Izzat tengah happy bermain sebab dah lama diorang tak jumpa. Sedih pulak diorang nanti kalau terus nak balik malam nie.


Aku; Hmm ok.

Esok nampak gaya pekena nasi bungkus lagi la pagi dan tengahari. Ok takpe. Sabar menanti kepulangan insan-insan tersayang~

Jom tengok mentor jom!

ps; Kecik hati Mak Uda, Yaya ngan Izzat tak nak cakap bila Mak Uda call :'(

Babai!

~~layan bola malam nie. huu :')

Salam Buat Semua.

Layan bola? Tak kuasa aku nak layan. Penat keluar siang hari tadi tak hilang lagi tau. Huhu. Baik aku layan video budak kecik nie hah sebelum tido. Konfem aku nyenyak tido kejap lagi. Budak kecik nie balik esok, maklum la cuti sekolah kan. Huhu. Abah ngan Mom pon balik esok sekali ngan budak kecik nie. Oh rindunya kat mereka! Padehal baru masuk hari kedua dah rindu... Manja betul aku nih! :P

Yaya, macam mana nak buat 'peace'?

Tengok jari kecik dia. Geram!!

video

Video lame, time nie Yaya tak pandai buat 'peace' lagi. Sekarang dia dah pandai. Budak kecik kuat makan tapi badan kecik. Haishh. Mengantuk dah. Tido dulu, sambung blogwalking esok je la ;)

ps; Harap Man Utd la menang! Hahaha!

Babai!

28 May 2011

~~angry birds.

Salam Buat Semua.

Hee :))

Nak sengih lebar-lebar sebab terlalu gembira hari nie. Aku baru balik dari jalan-jalan, pusing-pusing, makan-makan kat bandar KB nie. Aku jarang pegi bandar, kalau lepak pon, aku lebih suka pegi KB Mall. Hari nie saje nak jalan-jalan pusing bandar KB. Huhu maklum lah, musim cuti sekolah nie, ramai orang datang bercuti, jalan-jalan kat sini nampak meriah gitu. Ramai giler orang. Suka sangat!

Aku pusing-pusing je hari nie *turun 4kg berat badan aku*, pastu pegi makan, gemukkan tubuh badan yang sedia gemuk. Huhu. Tak boleh shopping banyak-banyak, hari nie kan hari tanpa beg plastik. Hihi. So, aku cuma beli benda nie saje. 

~toner safi balqis ngan dua ekor burung sedang marah.. hihi~

Ok la, update ringkas. Nanti aku update lagi aku keluar ngan sape eh. Gambar ngan aku sikit je. Boleh pulak aku bawak kamera takde bateri, memang hampeh ah. Selamat tepon aku ada, boleh la aku ambik gambar. Huhu.

Kemain lagi aku nie, mentang-mentang Abah n Mom aku pegi KL, lame giler aku keluar tapi diorang tahu aku keluar ngan sape ;)

ps; Angry birds memang femes kan skang nie?

Babai!

27 May 2011

~~hari yang tak best :'(

Salam Buat Semua.

Selamat pagi semua. Err pagi ke dah pukul duobelas nie? Hmm aku bangun awal lagi la tapi baru on laptop. Huu. Baik punye cover! :)

Nak tahu tak kenapa hari nie tak best bagi aku? 


Sebabnya malam nie Mom ngan Abah aku naik bas pegi KL. Aku tak pegi. Tu yang aku sedih. Duduk sini ngan abang dan adik aku. Mom ngan Abah aku pegi sana sebab Ahad nie sepupu aku kawen. Arghh sedih ah tak leh join sama memeriahkan majlis tuh :'(

Entah kenapa Mom tak bawak aku kali nie. Biasa mesti bawak aku pegi KL sama. Mom bagi alasan, "Eina tak payah pegi la tolong jaga adik". Adik dah besar kot. Umur dah 19tahun dah. Pandai ah jaga diri dia sendiri =.='

Arghh nak nangis ah malam nie kat stesen bas. Aku kena tinggal. Uwaaaa!

ps; Kena siap sedia makan nasi bungkus! Wakaka.

Babai!

25 May 2011

~~tolong aku sape yang bijak pandai tu.

Salam Buat Semua.

Sape sini sudi tolong aku? Aku nak mintak tolong ajar aku remove-kan benda nie. Sat aku tunjuk gambar. 

~fokuskan yang dalam bulatan tuh~

Macam mana nak remove-kan undefined undefined tu? Aku tak pandai lah T___T

Sape tahu boleh la angkat tangan tolong aku eh. Siyes aku tak tahu. Aku failed bab-bab nie :P

Jangan lupa tinggal komen kalau tahu.

Ok lah, aku dah mengantuk. Berapa ratus kali dah aku menguap. Dah la hujan, perhhh terbaik ah. Sejuk~~ (",)

Eh ehhh tolong aku eh? Sayang kau! Selamat malam!

Babai!

~~jatuh cinta dengan suara awak ;)

Salam Buat Semua.


Selamat pagi Nubhan. Opss melebih. Selamat pagi semua ;) Sejak malam Ahad lepas, aku duk ulang-ulang nyanyi lagu nie. Haishh best pulak suara Nubhan nie kan. First time aku dengar dia nyanyi lagu Pokok nie haa. Terus aku jatuh cinta. Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama [?] Wekkkkk! :P Blah la luuuuu~

Meh layan lagu nie meh. Segar sikit pagi-pagi nih. Hihi.


Perhhh suara, bikin aku jatuh cinta lah!



Nubhan... Kapel jom! Hahahahaha!

ps; Nubhan antara pelajar AF faveret aku selepas Zahid. Hee ;)

Babai!

24 May 2011

~~laptop aku merajuk!

Salam Buat Semua.

Alahai. Aku baru boleh update blog la, blogwalking aku buat kejap lagi! Laptop aku buat hal la pulak. Sejak petang tadi lagi buat halnya. Adoii laptop, awak jangan ah kejam ngan kita. Kan kita dah bersama lebih 3tahun dah. Awak nak saya curang ke? Haha. Awak jangan.... Saya curang kang! *ugut laptop~ ngok ngek!*

Haha ugut laptop buat hape kan? Tadi pon aku online guna laptop adik aku kejap. Nak je aku update blog guna laptop dia tapi memandangkan laptop dia suci bersih, aku batalkan niat aku nie. Haishh aku bukan ape, aku tak suka guna laptop adik aku, tak selesa nak menaip. Aku dah biasa ngan laptop ensem aku nie je. Huhu.

Lama-lama dia pon dia dah banyak berjasa tuk aku. Sayang giler lah kat laptop nie hah! 3tahun aku belajar kat Poli dulu, aku wat assignment pe semua guna khidmat dia. Mana tak sayang kan?

Ok lah, update pendek je kali nie, nak pegi blogwalking pulak. Hihi.

Eh, jap. Nak tunjuk si putih kejap. Akhirnya boleh jugak aku sentuh-sentuh, raba-raba dia tahun nie! Huhu ;)

 ~huhu kotak si putih~

~eh eh ade blog aku lah. hihi~

iPhone 4 white milik adik ku yang tersayang. Bukan milik aku la. Hahaha!

Babai!

22 May 2011

~~keris untuk dijual.

Salam Buat Semua. 

Bukan saya yang jual, tapi Abah kawan saya, Pak Cik Shahari. Saya tolong promote jek :)

Gambar-gambar kat bawah nie antara keris yang hendak dijual. Selebihnya boleh la pegi blog Pak Cik Shahari ye.






Sape cepat dia dapat! Hehehhee :D

Harga boleh dipertimbangkan. Jangan risau k.. (pandai-pandai aku jee) 

Babai!

21 May 2011

~~hanya lagu yang menjadi ingatan ;)

Salam Buat Semua.

Bosan tak dengar lagu dalam blog aku nie? Slow kemain mula-mula lagu nie kan? Hahaha! Tetibe pulak aku nak letak lagu. Sorry bising sikit, dengarlah sampai habis eh sebab lagu nie takleh pause. Hihi. Actually lagu nie mengingatkan aku kat someone. Sape eh? Aku pon lupa dah nama dia. Huhu. Buat ape nak ingat lagi kan orang yang buat kita sedih kan? Ok lah, yang lepas tuh biarlah lepas, life must go on, hanya lagu yang menjadi ingatan ;)

Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Kalau nak tengok video, klik sini sebab aku pernah buat entry pasal lagu nie dulu :)

ps; Lirik dia kena dengan diri aku :'(

Babai!

20 May 2011

~~aku mimpi kau (sorry entry berkunci)

Salam Buat Semua.

Sedih ;(


Aku kalau sedih, aku akan tengok gambar anak-anak sedara aku. Pengubat rindu rasa sedih aku! Peace oleh Yaya! (^___^)V


Nak baca? Sorry tak boleh laaaa

ps; Entry berkunci takleh wat perenggan eh? Tunggang langgang entry aku! Huh!

Babai!

~~SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU.

Salam Buat Semua.

Ce teka aku orang mana? Mana yang dah tahu tu diam-diam suda. 1saat dari sekarang!       

Tetttt lambat :P

Kalu nok tahu, aku nie ore Kelate. Hihi. Sapo sini ore Kelate jugok?? Tokse saing nga aku ko? Huhu. Mano tahu mulo-mulo saing pah jadi lagu lain. Macam lirik lagu Cikgu Sulizi - Cinta Seorang Saing <---ngarut kokse doh sayo!

Dasyat aku nie, pukul 3pagi doh tapi tok tido-tido lagih. Hihi. Sedak jugok eh kecek Kelate. Kalu aku taip entry dale loghat Kelate key ngango abih lah blako. Tapi tok salah key, buleh jugok aku ajar saing-saing blogger nih loghat Kelate. Ko guano? Kato 1Malaysia :P

Hahahaahaha! Cukup la buat aku gelak sorang-sorang depan laptop nie haa. Kang nganga pulak korang. Tapi kalau korang bukan orang Kelantan, pastu paham ape yang aku taip kat atas tuh, tabik ah kat korang! Senang je kan? Basic je tuh. Tak bau lagi budu pekat. Kehkehkeh!

Eh melalut pulak aku nie, patutnya entry nie pendek je sebab kena jawab 4soalan wajib. Tapi benda tak patut pulak aku panjangkan. Hihi i'm sorry~~~

Sapo nok join buleh la klik sini deh.

Ok meh kita tengok soalan yang abgteror suh jawab. Soalan dia kacang je. Susah lagi paper matematik budak darjah 1. Hihi ;)

1. Dimana anda dilahirkan?
- Di sebuah hospital yang terletaknya di Kubang Kerian, Kelantan. Google lah kalo nak tahu ;) 

2. Dimana anda dibesarkan?
- Di sebuah rumah yang sederhana besar di Kampung A (nama sebenar.. haha). Semestinya di kawasan Kota Bharu. 

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
- KELANTAN dan hanya KELATE ;)

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
- Sebab sayo anok Kelate. Oh tanah tumpah darahku. Kelate sedak, nok gapo? Kain tudung muroh-muroh, makanan kepok-kepok, buleh gi cari kat Pasar Siti Khadijah nuh, nok tempat shopping, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor. Male-male buleh gi derak alah ko Wakaf Che Yeh, dekat jah tuh nga umoh sayo! Perhhh terbaik! Kalu mari Kelate, wajib gi la tempat-tempat hok sayo oyak tuh. Biar puah hati deh blako. Sekian terima kasih.

Best jugak buat entry loghat Kelate. Maaf la kalau tak paham :))

ps; Dah macam promote negeri Kelantan je. Haha  

Babai! 

19 May 2011

~~buat sendiri lagi best lar!

Salam Buat Semua

~benjo~

Makan benjo je tuk lunch. Jemput makan semua~~~ Hihihi ;)

Tapi kalau ada orang ajak pegi mekdi layan double cheeseburger nie ok jugak la. Huhu ;P

ps; Tapi nasi lagi sedap. Bila nak boleh makan nasi nie :((

Babai!

18 May 2011

~~aku rindu aku yang dulu =)

Salam Buat Semua.

Babai!

17 May 2011

~~ada yang tak kena dengan diri aku :'(

Salam Buat Semua.

Entah apa yang tak kena ngan diri aku sekarang nie. Dah la penuh dengan masalah, makan pon dah tak teratur. Kalau dulu, aku lah paling kuat makan, pantang dapat makanan, semuanya nampak best. Sekarang, nasi pon jarang sekali aku sentuh. Kali terakhir aku makan nasi 2 hari lepas selepas beberapa hari aku tak makan nasi. Bangga kejap sebab dah boleh makan nasi, tapi sekarang, takleh nak telan balik. Aku lapar tapi aku takde selera nak makan. Paham?

Korang tahu tak yang tetiap malam aku hanya boleh makan biskut atau roti cicah air milo. Kesian tak? Aku nak makan nasi tapi.... Macam aku cakap kat atas tuh, takde selera nak makan. Biasa aku buat hal macam nie time aku ngah period. Sekarang nie bukan musim tuh pon tapi tetap.......................... Takde selera! :'(

Aku harap, penyakit baru aku nie takde lah nak bertambah teruk sebabnya aku tak nak jadik macam alien (muka cengkung).

~muka cengkung mata besar~

Doakan aku dapat selera makan balik k!

ps; Aku dah berbaik ngan Mom aku :)

Babai!

16 May 2011

~~saya mintak maaf mak :'(

Salam Buat Semua.

Banyak betul masalah kat kepala otak aku sekarang nie. Aku tak mampu nak tempuh la. Orang sekeliling aku akan tengok aku selalu tersenyum, riang dan ketawa besar. Tapi dalam hati aku, hanya Allah SWT saje yang tahu. 

Petang tadi aku dapat call dari orang tua yang giler. Kalau nak tahu pasal dia, klik entry nie untuk tahu cite lebih lanjut!

Dia call dua-dua nombor aku, tapi tak berangkat sebab aku memang tak layan sangat ah tepon sekarang nie. Aku letak tepon merata. Malas nak layan, bukan ade orang sms aku pon. Maklum lah single kan. Hee :D

So, bila aku tengok dua-dua tepon ada misscall dari nombor dia, terus aku buat tak tahu jek. Kalau nak tahu, Mom aku suka main game Zuma dalam laptop aku nie. Baru je masuk bilik nak online, sekali Mom potong line nak main game pulak. Ok, aku mengalah, aku lepak atas katil sambil borak-borak ngan Mom pasal orang tua tuh call aku lagik. 

Perbualan ini bukan 100% betul ;)

Aku; Mom, orang tua yang aritu tu call orang lagi la.
Mom; Orang tua yang mana pulak nie? *lupa*
Aku; Yang cakap nak bagi keje tapi nak ngorat orang tu.
Mom; Oh, cakap ape ngan dia?
Aku; Tak cakap pon. Tak sempat nak angkat, kalau sempat pon, nak reject je call dia. Biar padan ngan muka dia!
Mom; Kenape pulak? Kan dia cakap nak bagi keje bulan 6. Dia nak cakap pasal tu kot. 
Aku; Tak nak ah!
Mom; Alaa buat kawan la ngan dia.
Aku; Orang cakap orang tak nak! Tak nak lah! *nada kasar*
Mom; Cuba cakap elok sikit Eina *sedih-sedih*
Aku; Orang tak nak Mom cite pasal dia lagi kan. Tak payah nak suh kawan lah! Benci tau tak? *sambil nangis*
Mom; *keluar tinggal aku sorang-sorang*
Aku; *menangis*

Sekarang nie pon aku nangis taip-taip entry nie. Aku tahu aku salah, sebab orang tua tuh, aku gaduh ngan Mom aku. Aku cakap kasar ngan Mom aku. Siyes teruk aku hari nie. Aku paling tak suka kalau aku buat Mom aku terasa. Aku rasa bersalah sangat. Aku rasa nak jek aku sms orang tua tuh, marah-marah dia, "Sebab kau! Aku ngan mak aku bergaduh! Bodoh!"

Taip aku malas nak layan sangat, makin aku buat macam tuh, makin melarat pulak. So, aku diamkan diri sekali lagi.

Maafkan Eina, Mom. Eina sayang Mom. Jangan sebut-sebut lagi pasal orang tua tuh. Anakmu ini sensitif bebenor :')

Babai!

~~orang kata benci tu tanda sayang :P

Salam Buat Semua.

Entry nie memang betul-betul buat korang tertanya-tanya kan sape lah yang buat Dak Eina hangin. Sampai sekarang still panas nie tau *please kipaskan akuuuuuuuuu*

Aku malas nak cakap banyak, kalau aku cakap pon korang bukannya kenal. Dah tu kalau aku letak gambar dia sekali pon mesti korang duk tanya-tanya gak sape lah manusia itu kan? Dah ah kacau tido aku. Huh.

So aku ambik keputusan tuk diamkan saje. Biarlah aku simpan dalam kepala otak aku je la sape hamba Allah yang  dah buat aku hangin satu badan. Orang kata diam tu lebih baik. Hmmm :)

Pastu ada pulak orang cakap, "Benci Itu Tanda Sayang".

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Entah bila pon tak tahu aku sayang dia. Boleh tak aku nak buang ayat "Benci Tanda Sayang" dalam kepala otak aku nie? 

Aku tak sayang dia! Aku tak sayang dia! Aku tak sayang dia! Aku tak sayang dia! Aku tak sayang dia! Aku tak sayang dia! ................................................................................Aku tak sayang dia! Aku tak sayang dia!

Babai!

15 May 2011

~~benci kau sampai bila-bila!

Salam Buat Semua.

Selamat pagi dunia!

Kau kacau tido aku hari nie. 

Siyes aku benci sangat orang macam nie. Arghhh!
















Ingat eh, 
aku benci kau sampai bila-bila!




Pergi kau jauh-jauh dari hidup aku ngan family aku!

Geram betul ah dengan kau!

Dasar $%^&*()@#$%^&*()#$%^& *melepaskan geram cara sopan sutun*

Hahaha.

Aku susah nak marah orang, sekali aku marah, aku memang betul-betul marah ok!

Babai!

14 May 2011

~~Dak Eina dah boleh update blog!

Salam Buat Semua.

Akhirnya menjadik jugak blogger.com malam nie! Terima kasih tuk blogger.com sebab bagi jugak peluang tuk aku update blog aku nie. Haishh lame tau tak tunggu blogger nie betul-betul menjadi. Ramai kot blogger duk komplen kat blog masing-masing nuh. Entry hilang la, komen hilang la. Aku pulak takde masalah tang entry kot, aku hilang komen jek. Makin sikit aku tengok komen-komen nie hah *dah memang sedia sikit pon* Aku pon tak tahu mana pegi komen-komen tuh semua... Kena telan kot! Hahaha!

Ok, aku baru cek draft aku, ada satu entry tu aku buat time hari Khamis kalau tak silap aku, dah hari tu kejap jadi, kejap tak blog nih. So aku simpan dulu. Sekali aku tengok, dah takde! Oh terima kasih lagi sekali ye. Nie betul-betul buat aku hangin! Dah ah aku ngah panas nih. Ishhh! Sabau Dak Eina sabau~

Nak lebih tenang, jom layan Maharaja Lawak nie.  Meh layan meh.


Jozan memang selalu terbaik kan?

Terima kasih sayang sebab buat saya gelak! Huhu :P

ps; Malas nak layan, biaq pi la nak hilang pon. Haha.

Babai!

11 May 2011

~~pernah tak korang............

Salam Buat Semua.

Pernah tak korang rasa takde mood sejam sebelum keluar?

Dah prepare semua dah, baju, tudung, kasut dan macam-macam lagi lah pastu tetibe ada orang potong mood korang yang boleh menyebabkan korang jadik takde mood. Memang sekarang aku takde mood nak keluar. Aku sensitif betul hari nie. Hal kecik camtu pon aku boleh nangis. Aku nak mengadu kat sape lagi kalau bukan kat sini. Hihi gedik betul aku nie >.<

Ok, terima kasih sebab baca. Siyes takde mood. Nak pegi tengok tv! Baik aku pegi layan tv daripada aku layan perasaan aku nie.

ps; Sorry Linda, akak takde mood dah nak keluar sekarang nie :'(

Babai!

08 May 2011

~~adakah akan tercapai misi menghadiahkan menantu di Hari Ibu?

Salam Buat Semua.

Masih ingat akan entry ini?

 ~ihsan pakcik google~

Adakah ianya akan tercapai pada tahun ini? 

Antara calon-calonnya ialah;

Jeng jeng jeng~














































Sorry, diorang tak bersalah!!!

Letak gambar diorang dalam nie tanpa izin sebenarnya. Harap maaf ye (^.^)V

Calon menantu sebenar Mom masih dirahsiakan buat masa sekarang.

*bajet artis la tu kan*

Saya pon tak tahu sape sebenarnya! Hahahaha! Jawapan tuk misi itu tak berjaya sebab Hari Ibu hari nie kan. Tak sompat den cari calon ehh. Hahaha!

ps; Sorry Acik, Jumi n Bani aku tak mintak izin dulu. Haha!

Babai!

~~Selamat Hari Ibu :)

Salam Buat Semua.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu/mama/mummy/umi/mak kat seluruh dunia nie~

Tak lupa tuk ibu saya sendiri, Selamat Hari Ibu, Puan Norsiah Abas :)


 Eina sayang Mom ketat-ketat. Terima kasih atas segala-galanya. Mom saya terbaik~ Takde orang boleh lawan dia, sebabnya Mom saya sporting, selalu dengar masalah saya, lebih ke arah kawan baik sebenarnya kitorang nie. Sharing is caring~ I love you so much! Muahhhh! Hihi. Sorry ye Mom ku sayang, orang tak dapat bagi menantu lagik tahun nie. Hik hik!

ps; Esok baru nak pegi cari hadiah. Suprise!! :)

Babai!

05 May 2011

~~hadiahkan menantu di Hari Ibu boleh?

Salam Buat Semua.

Status facebook saya yang paling sengal semalam =)


Oh ye, alang-alang nie boleh la saya mintak pendapat korang sekali eh. Ape hadiah tuk ibu/mama/ mummy/umi/mum korang? Saya tak tahu nak beli ape ah. Kongsi-kongsi lah eh~

Hadiahkan menantu? Takde lagi. Huhu. Tak dapat la nak bagi :P 

Babai!

~~cerita di klinik | dia penyebab!

Salam Buat Semua.

Sorry semalam aku (biasalah tengah marah tak main ah berlembut kan? :P ) tak update blog. Dah jadi 2hari berturut-turut aku tinggal blog. Actually hari Isnin lepas aku ada pegi klinik ibu & anak sebab teman bff aku check perut dia. Maklum lah hubby dia keje tak dapat cuti so dia suh aku temankan dia. Aku no hal la. Sejak berhenti keje nie, aku takde buat benda lain ah. Lepak depan tv, depan laptop, makan, tido sampai jadik bulat. Hahaha.

Bila dah sampai klinik tu, kitorang pegi sebelah petang sebab bajet tak ramai yang datang, sekali tengok ruang menunggu dah penuh ngan ibu-ibu mengandung + baby kecik yang comel-comel haih-geram-aku-tengok-baby-nie-macam-tak-sabar-jek-nak-dapat-anak-sendiri-kan.

Korang bayangkan klinik start beroperasi lepas rehat tengahari bermula pukul2 petang. Dalam pukul2.45 petang macam tuh, kawan aku kena panggil ngan nurse, mula lah timbang berat ape semua. Pastu kena masuk bilik air, kencing dalam botol (lawak jek ayat aku) tuk test air kencing. Lepas test air kencing, dia kena pegi masuk tuk ultrasound baby (betul tak? aku main bedal je nie tak tahu ape fungsi dia). Dalam kul4 petang macam tuh dia kena masuk bilik no berapa entah sebabnya banyak sangat bilik yang kawan aku kena masuk.

Kali nie dia kena cucuk, nurse nak darah dia berapa botol [?] entah, tapi tiap botol [?] tuh nak beberapa ml je. Kesian kawan aku, dah la penakut. Dia cakap masa kat dalam bilik tu, nurse yang kawal dia sampai 3orang. Sorang pegang lengan dia, sorang cucuk nak ambik darah, sorang lagi bagi ayat-ayat semangat (hahaha, yang nie aku tipu).

Kesian kat kawan aku, dah ah dia takut jarum, pastu tiap kali nak cucuk nak ambik darah dia, mesti susah nak cari urat darah [?]. Cucuk di lengan kiri tak boleh, tangan tak boleh jugak. Last-last kat lengan belah kanan. Betul ke kalau kita takut, darah pon susah nak keluar?

Dah habis ambik darah pe semua, kitorang lepak-lepak ah depan bilik doktor, last bilik yang kena masuk, bilik doktor. Dalam bilik nie, kawan aku cakap, tuk scan baby. Oh! Bestnya kalau aku boleh masuk tengok sama. Haha. Tapi hampa, aku kena duduk kat luar, kalau aku masuk dalam tu, aku buat semak jek :P Adoi, rumit giler kot. Macam-macam nak kena buat. Pegi bilik tu, masuk bilik ni, keluar bilik nie. Tapi takpe, pengalaman nie semua. Keh keh. Ye tak?

Nak dijadikan cerita, masa kat depan bilik doktor, kitorang ada ambik gambar. Sekali aku balik umah, kemain semangat nak update blog *biasalah blogger tak lari dengan bergambar*

Ok fine, aku ambik memory card aku dan masukkan kat card reader. Aku cucuk kat laptop aku. Aku baru je bersemangat nak update blog, sekali adik aku off wifi. Geram giler aku kat dia. Aku malas nak keluar bilik nak pegi on balik. Aku pon terus cabut USB tadi. Aku masukkan balik memory card kat tepon aku. Sekali aku nak tengok gambar-gambar yang aku ambik kat klinik tuh semua hilang. Ish mengamuk aku kejap. Semua gambar aku ngan Izzat masa pegi Rantau Panjang hari tu pon dah takde. Sedih ok!

Sebab tuh aku merajuk sampai tak nak update blog nie. Ye la aku nak tunjuk gambar sekali baru best even blog aku tak best. Hihihi.

Adik aku ah nie penyebab gambar-gambar aku hilang! Arghhhh! 


Babai!

01 May 2011

~~saya akhirnya meletak jawatan :P

Salam Buat Semua.

Sihat ke? Sejak dua menjak nie makin rajin saya update blog. Al-maklum lah dah ehem-ehem kan. Ape ehem-ehem? Ingat saya dah jatuh cinta ke? Bukan bukan. Nie ehem-ehem lain ye. Hik hik dah jauh menyimpang.

Baik saya berterus terang. Actually saya dah kembali menganggur. Oh bangga ke kau Dak Eina nak heboh satu dunia yang kau dah tak kerja? =.='

Baik saya menganggur daripada tetiap hari kena tekanan. Makin tahan, makin membesar. Makin lama, makin banyak saya kutuk dia. Makin bertambah dosa saya sebab tetiap hari kutuk dia. Huhu. Biasalah tu, lama-lama bom akan meletup jua. Betul tak? *ok nampak macam bersepah je ayat aku kat sini tapi biaq pi lah ye*

~ihsan pakcik google~

Sepatutnya hari nie (1hb Mei), saya dengan bangganya meraikan hari pekerja sebab dah bekerja tapi lain pulak nampak gayanya. Baru je masuk hari pekerja, saya pulak berhenti keje. Tapi takpe. Kenangan tuh, menganggur kembali bermula 1hb Mei. Sejarah kot. Hak hak!
Oh ye, sebelum terlupa. Hari nie jugak hari lahir abang saya yang no 3, Mohd Nizam. Entahlah yang keberapa. Ape punya adik lah. Haha. Alaa dia lahir tahun 1983. Kira sendiri k! :)
Ape yang best tentang abang saya yang nie, asal birthday dia je cuti, asal cuti je birthday dia. Giler mesti syiok kan birthday time cuti. Huhu. Birthday time hari pekerja. Hari pekerja kan cuti. Best ke? Senang nak ingat kan?
Alamak! Dah nak masuk pukul2 la awak! Esok family ade plan nak pegi Pengkalan Kubor @ Rantau Panjang. Nak pegi shopping sikit kat sana! Yes yes yes~ Shopping itu faveret saya! Kena bangun awal nampak gaya sebabnya kalau lambat, awak kena tinggal! Wuwuwuwu :P

~ihsan pakcik google~

Tapi konfem esok ramai orang. Ye la time time cuti macam nie memang susah lah nak cari parking. So nak kena gerak awal supaya boleh parking! Huhu. Esok story lagi k!

Babai!

design with love by Dak Eina