kite kawan

04 July 2011

~~KFC, patut la sedap.

Salam Buat Semua.

~Snack Plate~

Rabu minggu lepas aku baru makan ayam KFC yang set Snack Plate tu. Pastu dalam Jumaat macam tu video nie tersebar. Bila tengok kat Youtube, video nie di-upload pada 25hb Jun hari tu. Hmm entah la kat mana, tapi yang pasti aku rasa geli giler nak makan ayam KFC pasni. Korang tahu ke restoran KFC yang mane? Mintak-mintak jangan kat Kelantan wei =.=

~paha ayam... aummmm~

See, kemain lagi aku makan paha ayam. Grr! Siyes ayam sedap giler time nie ke aku yang lapar? Ye la time tu dah kul 12tengahari kot. Aku tak makan pape lagi. Dah tu kawan ajak lepak KFC, aku on je la. Tak kesah mana-mana, perut kalau dah lapar, semua boleh terima masuk. Ye tak? Janji perut tak meragam. Lalala~

~muka budak kenyang~

Ok dah kenyang..... :)

Alhamdulillah. Lepas tengok video kat Youtube tu, aku takut nak makan ayam KFC nie lagi. Baik aku lepak kat kedai makan kat atas pasar je la pasni. Kan? Haaa tak pasal-pasal aku menjauhkan diri dari KFC. Nie yang nak pegi berbaik balik ngan mekdi balik nie. Hihi.

Sebelum berakhir, ingin aku selitkan sekali gambar kawan aku yang sama-sama melicinkan pinggan memakan ayam KFC! Bukan aku sorang, budak dua orang nie pon kira mangsa la jugak. Haha!

~Faaza, aku dan Sue~

Kejam pulak aku letak gambar yang nie. Faaza, soriiiiiii tak nampak pulak muka ko :P

Larii sebelum Faaza kejar. Haha!

Babai!

03 July 2011

~~Anak Emak.

Salam Buat Semua.

Aku baru lepas tengok cite Anak Emak. Lakonan Almy Nadia sebagai Siti dan Ungku Ismail Aziz sebagai Sham. Nie aku kasi sinopsis sikit pasal cite Anak Emak. Diorang baru kawen pastu tinggal sekali ngan mak Sham nama Bedah lakonan Liza (aku tak ingat pulak Liza ape tolong bagitahu aku name dia).


Dah nama lagi anak emak kan, mestilah manja ngan mak dia. So si Siti jeles lah ngan mak mertua dia. Tapi aku kesian jugak macam semua tanggungjawab dia sebagai isteri tak dapat dilakukan dengan baik. Asyik mak dia je nak buat semua, ceduk nasi, iron-kan baju kerja, kalau kau duduk tempat Siti macam mana? Agak-agak jeles tak? Lepas tuh, si Siti pon ngadu lah kat kawan dia si Normi (Anne Ngasri) tentang perangai mak mertua dia tuh.

Perangai Normi nie aku tak berkenan sangat, duk nasihat itu ini kat orang tapi dia ngan suami dia pon tak betul. Kesian suami dia si Kamal (pelakon baru, aku tak kenal pulak), kena kongkong ngan Normi nie. Duit gaji semua bagi kat Normi pastu bila pagi-pagi pegi keje dapat RM10 je tuk makan. Kesian pulak kat Kamal tu. Tapi salah dia jugak, kenapa lurus sangat kan? Hahaha. Nama lagi drama Dak Eina oi. Apesal lebih-lebih pulak? =.=

Ending dia best, mak Sham, Bedah dah janji takkan kacau lagi rumahtangga Sham ngan Siti pasni. Ye la dah dapat boifren kan. Anak tolak tepi. Kehkeh. Time tu jugak, diorang (Sham dan Siti) ternampak si Kamal keluar ngan pompuan lain, Nora. Si Sham cakap, "Kamal dah tak tahan ngan sikap Normi yang mengongkong, sebab tu dia pilih Nora".

Tergamam Siti kat situ. Sebelum nie kemain Normi duk menghasut Siti tinggalkan Sham la. Alih-alih rumahtangganya pon tak betul.

Oleh itu, aku membuat kesimpulan...


Bukan aku je yang kata macam tu. Korang yang tengok mesti akan kata macam nie jugak kan?

Oh ye kalau korang berada dii tempat Siti, korang kena anggap mak mertua macam mak kita sendiri, bukan sebagai madu :)

ps; Dah macam entry review cite dah nie :P

pss; Aku tak pasti Anne Ngasri nama Normi ke Nora :)

Babai!

design with love by Dak Eina