kite kawan

30 March 2014

Addicted pink yang melampau.

Salam Buat Semua. 

Hee sape sini suka ngan kaler pink? Senyum sampai nampak gigi..... Hehe aku salah seorang yang suka gilerrr lah ngan kaler pink ni. Kalau boleh semua benda nak kaler pink. Aku akan pilih kaler pink kalau nak beli sesuatu barang melainkan kalau takde, baru cari kaler lain itu pon kalau ada yang berkenan lah. Hikhik.

Untuk tidak membuang masa merepek bagai, jom layan gambar pulak. Sapa yang alah nengok benda kaler pink, boleh klik pangkah cepat-cepat. HAHA!

 
 Meja study aku.

Pink memanjang. Maybe takde kaler pink tak semangat aku nak buat keje. Kahkahkah. Gambar ni meja study aku sepanjang 3 tahun aku kat sini. Gambar atas sekali masa tahun 2 di Wang Ulu, yang tengah pulak tahun 3 di Taman Bahagia dan bawah sekali, gambar sekarang tengah duk taip entry ni. Belum tengok lagi katil. Ada yang masuk bilik ni cakap, "Aku nampak pink je bahagian ni (sambil tunjuk kawasan meja study sampai ke katil aku)"

Hikhik :')

 Outfit aku.

Kebanyakkan baju aku kaler pink. Bila main bowling pon mesti amik kaler pink. Tapi ringan. At least bagi la yang no 10-12. Sorry tak tahu apa fungsi nombor kat bola boling tu. Aku tau lempar bola. Strike or spare kadang-kadang. Eh hello! Longkang pon kekadang jugak lah! :-P

Time raya pulak, baju kurung kaler pink wajib ada. Kalau takde, tak nak raya. HAHA. Tak kesah tuk raya kedua or ketiga keempat dan seterusnya. Kehkehkeh. Oh ye, bakal suamiku, nanti kawen, I nak pakai baju kawen kaler pink! Miahaha siap ada kaler dah. Over sangat tau nyah.

Pencil box aku.

Oh my feveret. Nak pink aje kan! Pink tu wajib la kalau boleh serba serbi nak pink. Pink serba satu. Ahaks pon boleyyyy~

Crafting - kain felt mesti amik kaler pink. Pastu baru amik kaler lain.

Abu kesayangan ;)

Dan last sekali, abu pon pink. Hahahahaha. Time kasih MED sebab paham I yang minat pink. Request kaler merah tapi alih-alih dia bawak abu kaler pink ni. Feeling macam video clip lagu Akim Inilah Cinta je MED ni bawak abu naik moto. Hikhik. Auwww sooo sweet nyah.

29 March 2014

Rindu budak hensem nieee.

Salam Buat Semua. 


Hikhik dah lame tak cite pasal anak buah kesayangan ni, #IzzatDamien. Dah besar dah dia. Tahun ni dah masuk sekolah darjah 1. Sekolah kat Kelantan lagi tau sebab abang aku dapat transfer dari Sabah ke Kota Bharu. Alhamdulillah. Mana-mana pon sama. Janji keje tu halal ;)

Hari tu dapat luangkan masa seminggu je ngan Izzat ni sebab aku kena balik Perlis, cuti semester dah habis time tu :'(

Dah la datang sini (Sabtu), Ahad tu terima kol dari ma aku kat Kota Bharu bagitahu yang Izzat demam. Hmm aku rasa Izzat demam rindu. Kikiki. Kesian dia. Aku terus nangis tau dia demam. Tup tup malam tu Mak Uda dia pulak yang demam. Yess demam rindu! Suhu cecah 39'C kot. Pastu hari Isnin, pegi klinik U siap kena tahan ngan doc lagi. Kena minum air gula pulak tu. Air gula tu sebab perut kosong padehal dah pukul 12 tengahari. Haha first time minum air gula. Sedap! HAHAHAHA!

Malam tu pegi kecemasan hospital kat Kangar sebab demam tak kebah jugak. Fellow pon suh pegi hospital, mana lah tau nanti tengah-tengah malam aku meracau ke apa kan. Kena amek darah sebab suspek denggi bila aku cakap kawasan umah aku (kat Kota Bharu) kawasan hitam denggi. Lepas dah amek darah dan tau keputusan ujian tu, tau tak doc cakap ape? Awak demam biasa je ni... Hmm dari situ aku dapat buat kesimpulan, aku demam rindu. Rindu Izzat! Huhu.. Hiks tenkiu roomate, Iffa tenkiu Pija sebab jadikan PFE ko ambulans malam tu. Sampai sekarang aku duk panggil kete dia ambulans. Wekkk :-P

Dua perenggan cite pasal aku. Tersasar jauh. Takpe lah berkaitan dengan Izzat jugak kan. Sape suh buat Mak Uda rindu Izzat. Kan Mak Uda dah demam rindu :')

Sabtu depan, In Sha Allah balik kejap jumpa Ma, Abah dan Izzat. Rindu bak hang! ♥

Misi mencari B-Daman, nak bagi Izzat hadiah pastu nak bagi Izzat ingat Mak Uda bila Mak Uda dah balik Perlis. Hehe sayang Izzat lebih! Yaya, Syahmi, Ashraf dan Azfar pon Mak Uda sayang jugak. Kikiki.

Jom layan gambar #IzzatDamien kesayangan Mak Uda, Tok Ma n Tok Bah. Mummy Daddy Izzat pon sayang Izzat jugak :)


 



Tu diaaa.. Tok Ma dan cucunya. Kusyuk duk main iPad n tab. Rindu dua-dua tau! Minggu depan peluk cium tak lepas lah. Siaplah!

design with love by Dak Eina