kite kawan

21 July 2012

~~Tok Aman Bali Beach Resort yang best :)

Salam Buat Semua.

Time birthday aku Selasa yang lepas, kawan-kawan baik aku, Sue dan Iqbal bawak aku pegi Tok Bali tapi kitorang macam tak plan sangat nak pegi sana. Awalnya plan nak pegi piknik kat tepi pantai. Sue ada bawak durian bagai lah. Ke hulu ke hilir bawak durian kononnya nak makan tepi pantai tapi aku jugak yang untung. Hewhewhew~

Kitorang keluar dalam pukul 11pagi, mula-mula pegi KB Mall, main bowling! Macam tak percaya aku kalah hari tu.. Bukan tak biasa kalah, tapi macam tak percaya boleh kalah ngan diorang berdua. Iqbal cakap aku nie macam takde perasaan je time main. Hehe, 'Aku tak makan nasi lagi sebab tu aku main gitu-gitu jek'. Eleh alasan jek aku neh, tak terer cakap jelah kan! Hehehe!

Lepas dah penat pusing-pusing kat KB Mall tu, Iqbal ajak aku dengan Sue makan kat mekdi. Bukan kat dalam KB Mall tu tapi kat luar. Kitorang makan kat mekdi kat Wakaf Che Yeh.

Our lunch!

Lepas dah siap makan, kitorang singgah kat masjid untuk solat Zohor. Tak sangka dapat jumpa kawan sekolah teknik gak kat masjid tu. Takde la pulak gambarnya. Hee Alhamdulillah dah keje dah dia sekarang.. Borak-borak kejap pastu gerak pegi ke destinasi, perjalanan kami lalu ikut Bachok (skema ayat aku). Huhu jumpa pantai.. Pantai Irama tapi tak singgah pun sebab kitorang nak pegi Tok Bali nak kejar masa tau dan Alhamdulillah, pukul 4petang sampai sana.

Mulanya dah jumpa port untuk lepak piknik sambil makan durian, dah siap tempat semua baru teringat air pulak takde. Nanti dah siap makan nak basuh tangan macam mana? Kitorang tak lepak tepi pantai betul-betul pon. Macam dekat tasik camtu so Iqbal cakap, jom beli air dulu. Pegi lah kitorang bertiga kat Kedai 1Malaysia. Alih-alih dah siap beli air, snack segala macam untuk berpiknik tadi. Iqbal terus bawak kami ke pantai. Tempat yang tadi tu dia dah tak ingat dah. Sengal!

Pastu si Iqbal nie ternampak bot kayuh (tak tahu panggil ape). Dengan selambanya dia bersuara, 'Kita naik bot nak? Kayuh sendiri tu pusing tasik' Kitorang berdua ni macam boleh percaya ke? Ade ke kat sini? Ok terus setuju... 'Naaaaaaaaaaakkkkkk naik!' walaupun dalam hati Allah SWT je tahu yang aku takut kot ngan benda-benda nie. Haha. Tapi semuanya baik-baik aje. Life jacket kan ada :)

 Posing dulu kat depan resort neh

Aktiviti nie terletak kat dalam kawasan Tok Aman Bali Beach Resort. Bukan nie je, korang kalau datang sini, boleh berkayak, berbasikal lagi ape ek? Aku pon tak pasti. Bot nie ada dua saiz. Saiz kecik boleh muat 3 orang (2 dewasa, 1 kanak-kanak) dan saiz besar pulak boleh muat 5 orang. Memandangkan kitorang dah dewasa dan nampak macam tak sesuai ambik yang saiz kecik, so kitorang ambik bot saiz besar. RM20 untuk setengah jam. Saiz kecik pulak RM15 untuk setengah jam jugak.

Resort neh lawa


Dah ready nak mengayuh pusing tasik nie

Iqbal dan aku jadi pengayuh hari tu hehe

Kawan baik, Sue :)

Lagi satu kenangan masa hari jadi, iaitu bergembira bersama ngan kawan-kawan kat Tok Bali. Overall tempat nie best, banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga, boleh beriadah time petang. Tengahari pon boleh. Suka hati masing-masing lah. Haha! Aku neh dah macam jadi pelancong kat negeri sendiri je kan. Hekhek :P

Panjang giler entry nie ~.~

4 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Anonymous said...

cakap aku sengal ek!
grrr! gigit bru taw!!
:-P
rairyraja@iqbal

dak eina said...

@Anonymous

hewhewhew dh mmg btol pon mu sengal :P

Ardini Humaira said...

ololoo bestnye dia :)

dak eina said...

@Ardini Humaira

hee mmg best pon dini :)


design with love by Dak Eina