kite kawan

08 March 2014

Cerita hujung minggu :)

Salam Buat Semua. 

Hai. Hari ni rasa nak update blog kejap. Sepanjang minggu busy je kan tapi sempat jugaklah update blog Rabu lepas. Hikhik.

Bosannya alahai minggu ni takde aktiviti pape pon. Minggu lepas ada la pegi bercuti kejap. Kikiki. Minggu ni pulak, lepak kat dalam bilik asrama je. Feeling surirumah sangat hari ni sebab settle-kan semua yang tertangguh. Contoh: kemas bilik, kemas katil, lipat selimut (nampak sangat kalau hari ada kelas selimut tak lipat) HAHAHA pastu sapu bilik, buang sampah yang meninggi dalam bakul sampah tu, basuh baju, angkat dan lipat baju (baju yang basuh hari ape entah HAHA) pastu sidai baju lagi okay bagus sebab baju busuk dah takde. Hihi dan last sekali study sejam. Cukupla study kejap. Nanti mengantuk, lagi teruk sebab taknak ajar diri ni tidur petang :)

Lagi apa nak cite ek? Hmm start minggu ni jugak, aku ada pegi stadium U aku ni. Baru 2x pegi dah kecoh. Heee :D Niatnya nak jogging keluarkan peluh pastu nak kasi sihat sikit la. Lagi pulak, peha aku ni dah berselisih (taknak ngaku gemuk) so, kenalah kasi shape balik. Kehkeh nanti boipreng i cari lain pulak. HAHAHAHAHA ini lawak!

Oh cite pasal laki cari lain ni.. Aku tak kesah pon kalo MED cari lain, sebabnya kami bukan ada ikatan yang sah lagi. Mana boleh nak control orang sekali belum hak kita kan. Hmm tapi MED, if u baca entry ni dan gatal nak cari lain, tengoklah nanti apa i buat. EH! Tadi cakap lain? Opss...

Kisah pasal HS, MR R dan LM tu, aku malas nak ikut campur dan cite pasal ni tapi ada lah jugak ikuti benda ni semua. Hahaha manusia takkan lari kalau bab bergosip ni lebih-lebih lagi bab merampas laki orang. Mintak dijauhkan. Aku mintak jodoh aku dengan orang yang sepatutnya, even kalau dengan laki orang pon jodoh aku, tapi biarlah dengan cara yang baik. Tapi... Sape yang sanggup bermadu? Ye dak? Hehe taknak cite tapi dah jadi satu perenggan pon topik ni :-P

Hmm pasal holiday g Langkawi tu, takde ape pon nak cite. Pegi dengan kos bajet student. Sorang keluar bajet kurang dari RM100 untuk tiket feri pegi balik, kereta (Proton SAGA 2 hari), motel (area Pantai Chenang), minyak, parking kereta kat Kuala Perlis (2 hari) dan kupon parking kat Langkawi. Berbaloi-baloi la jugak even kena tipu ngan abang tempat sewa kereta kat sana tapi takde apa lah. Kami pon dah balik dengan selamat kat sini :)

Sekarang ni tengah hot cite pasal pesawat MH370 tu pulak. Ya Allah gerun pulak dengar. Pastu tadi dengar cite kawan yang flight dia ke China petang nanti pon dah cancel. Kalau dia naik flight pagi tadi, tak tau apa nasib dia. Ya Allah selamatkanlah semua penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat MH370 tu. Aminn :')

Please..... Hentikan buat spekulasi. Let's #PrayforMH370


Doakan semua selamat :')

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina