kite kawan

13 September 2011

~~rindu woi kat blog nie hah.

Salam Buat Semua.

Yes! Boleh gak aku update blog nie kejap. Lama giler aku tak update kan. Cukup 10hari aku tak on blog. Oh itu tak best tapi apakan daya aku, tak mampu buat apa-apa. Minggu lepas takde berukband lagi. Minggu nie baru ada. Terima kasih Mom! Huhu.

Kolej kediaman kat sini selesa sebab satu rumah 7 orang dan ada 3 bilik. 2+2+3.. Aku dapat bilik no 2. Tapi sekarang bilik no 1 kosong sebab dua-duanya pindah pegi blok tuk budak-budak yang join Suksis. Mula-mula rasa nak join gak Kor Suksis nie tapi bila fikir-fikir balik, malas pulak. Haha. Oh sebelum terlupa, meh aku kenalkan ngan roomate aku. Panggil je dia Min... Dia budak matrik (19 tahun), orang Nogori. So memang aku la yang tua kat sini. Budak-budak bilik sebelah pon umur 19. Aku je umur 22. Huhu. Diorang semua panggil aku akak ;)


Minggu lepas minggu orientasi memang padat betul la jadual. Pegi ke dewan awal pagi lagi, pastu malam baru boleh balik kolej. Tetiap hari camtu sampai la ke hari Khamis. Pastu hari Jumaat pulak, minggu interaksi siswa kat kolej sampai la ke hari Ahad. Hari Isnin dah start belajar. Bagus-bagus ;)

Banyak-banyak aktiviti, aktiviti hari Ahad paling best sebab boleh pegi shopping kat Padang Besar. Haha semua tak percaya bila aku update status kat facebook yang aku nak pegi Padang Besar. Kawan-kawan aku duk ingat aku pegi sendiri kot. Haishh tak mungkin la aku nak pegi sendiri. Baru seminggu oi duk sini. Aktiviti pusing dan shopping kat Padang Besar nie memang ada dalam jadual pon. Sebelum pegi Padang Besar, kitorang pegi kenal kampus Unimap. Unimap nie seluruh Perlis, so memang round Perlis la hari tu. Haha.


Kata shopping kan, so memang betul-betul shopping la aku hari tu. Haha. Tengok benda tu berkenan.. Tengok benda nie berkenan. Tapi takde lah aku beli semua. Aku beli tudung syria, baju, makanan dan yang paling penting selimut yang kain tebal sebab malam sebelum tu sejuk gila lah kat sini. Aku pulak bawak selimut yang nipis memang sejuk habis lah. 

Ok lah, tu je kot yang aku mampu update. Semalam dah start kelas. Ok lagi setakat nie. Huhu tak tahu lagi macam mana kemudian. Hope ok la. InsyaAllah.

Thanks kat kawan-kawan aku yang tak putus-putus bagi semangat kat aku kat sini. Sayang korang lebih lah!! <3

(◕‿◕)

02 September 2011

~~selamat tinggal Kelantan T_T

Salam Buat Semua.

Tajuk entry nak sedih je kan. Hmm hari nie dah 2hb. Esok pulak dah 3hb. Lusa dah 4hb. 4hb, tarikh daftar masuk Unimap. Uwaaa cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam je dapat tahu keputusan dapat masuk U. Esok dah kena gerak pegi Perlis dah? Hmm cepatnya kan masa nie berlalu. So mintak-mintak cepat habis jugak lah kat sana nanti. Hihi :P

Orite semalam aku dah siap kemas beg. Banyak jugak baju-baju aku. Tu pon aku bawak yang mana patut je. Ye la aku nak pegi belajar, bukan nak pegi bergumbira. Niat kena betul dan bukan jugak nak pegi bercinta. Eh tetiba. Hikhik.

~bawak Izzat pegi Perlis.. kehkeh~

Pastu petang semalam pulak, aku ada buat makan-makan sket ngan kawan-kawan aku. Ye la nak gak jumpa diorang sebelum pegi Perlis esok.. Aku jemput ramai, tapi biasalah raya kan ada yang dapat datang, ada yang tak dapat datang. Ok, tak kesah pon.........

"Eleh kau bukan pegi oversea pon Dak Eina, tak payah nak mengada..."

Antara yang datang petang semalam ialah; Bib & hubby, Acik, Aziim, Diana, Hafizan, Seya Todak, Pija dan Adiela. Tapi tak semua sempat bergambar. Ada lah sikit. Hee. 

~Bib - kawan time sama-sama pegi kelas mengaji~

~Hafizan, Seya Todak (Izham) - kawan time diploma kat PKB~

~Acik - kawan time kat sekolah teknik n PKB~

Terima kasih sebab sudi datang.. Semua sesat cari umah aku tapi, sampai gak akhirnya kan :P

Maybe entry nie entry terakhir aku sebelum pegi Perlis. Esok dah tak sempat dah nak update. Pastu tak tau bila pulak boleh jenguk blog nie. Kalau aku tak busy, boleh la aku ngadap blog kejap. Kalau busy, sorry la. Huhu. 

Doakan perjalanan family Dak Eina selamat tiba dan pulang esok dan lusa tu :)

Ok kawan-kawan, jaga diri k (",)

Salam sayang dari Dak Eina......... Ececeh :P

(◕‿◕)

design with love by Dak Eina