kite kawan

05 May 2011

~~cerita di klinik | dia penyebab!

Salam Buat Semua.

Sorry semalam aku (biasalah tengah marah tak main ah berlembut kan? :P ) tak update blog. Dah jadi 2hari berturut-turut aku tinggal blog. Actually hari Isnin lepas aku ada pegi klinik ibu & anak sebab teman bff aku check perut dia. Maklum lah hubby dia keje tak dapat cuti so dia suh aku temankan dia. Aku no hal la. Sejak berhenti keje nie, aku takde buat benda lain ah. Lepak depan tv, depan laptop, makan, tido sampai jadik bulat. Hahaha.

Bila dah sampai klinik tu, kitorang pegi sebelah petang sebab bajet tak ramai yang datang, sekali tengok ruang menunggu dah penuh ngan ibu-ibu mengandung + baby kecik yang comel-comel haih-geram-aku-tengok-baby-nie-macam-tak-sabar-jek-nak-dapat-anak-sendiri-kan.

Korang bayangkan klinik start beroperasi lepas rehat tengahari bermula pukul2 petang. Dalam pukul2.45 petang macam tuh, kawan aku kena panggil ngan nurse, mula lah timbang berat ape semua. Pastu kena masuk bilik air, kencing dalam botol (lawak jek ayat aku) tuk test air kencing. Lepas test air kencing, dia kena pegi masuk tuk ultrasound baby (betul tak? aku main bedal je nie tak tahu ape fungsi dia). Dalam kul4 petang macam tuh dia kena masuk bilik no berapa entah sebabnya banyak sangat bilik yang kawan aku kena masuk.

Kali nie dia kena cucuk, nurse nak darah dia berapa botol [?] entah, tapi tiap botol [?] tuh nak beberapa ml je. Kesian kawan aku, dah la penakut. Dia cakap masa kat dalam bilik tu, nurse yang kawal dia sampai 3orang. Sorang pegang lengan dia, sorang cucuk nak ambik darah, sorang lagi bagi ayat-ayat semangat (hahaha, yang nie aku tipu).

Kesian kat kawan aku, dah ah dia takut jarum, pastu tiap kali nak cucuk nak ambik darah dia, mesti susah nak cari urat darah [?]. Cucuk di lengan kiri tak boleh, tangan tak boleh jugak. Last-last kat lengan belah kanan. Betul ke kalau kita takut, darah pon susah nak keluar?

Dah habis ambik darah pe semua, kitorang lepak-lepak ah depan bilik doktor, last bilik yang kena masuk, bilik doktor. Dalam bilik nie, kawan aku cakap, tuk scan baby. Oh! Bestnya kalau aku boleh masuk tengok sama. Haha. Tapi hampa, aku kena duduk kat luar, kalau aku masuk dalam tu, aku buat semak jek :P Adoi, rumit giler kot. Macam-macam nak kena buat. Pegi bilik tu, masuk bilik ni, keluar bilik nie. Tapi takpe, pengalaman nie semua. Keh keh. Ye tak?

Nak dijadikan cerita, masa kat depan bilik doktor, kitorang ada ambik gambar. Sekali aku balik umah, kemain semangat nak update blog *biasalah blogger tak lari dengan bergambar*

Ok fine, aku ambik memory card aku dan masukkan kat card reader. Aku cucuk kat laptop aku. Aku baru je bersemangat nak update blog, sekali adik aku off wifi. Geram giler aku kat dia. Aku malas nak keluar bilik nak pegi on balik. Aku pon terus cabut USB tadi. Aku masukkan balik memory card kat tepon aku. Sekali aku nak tengok gambar-gambar yang aku ambik kat klinik tuh semua hilang. Ish mengamuk aku kejap. Semua gambar aku ngan Izzat masa pegi Rantau Panjang hari tu pon dah takde. Sedih ok!

Sebab tuh aku merajuk sampai tak nak update blog nie. Ye la aku nak tunjuk gambar sekali baru best even blog aku tak best. Hihihi.

Adik aku ah nie penyebab gambar-gambar aku hilang! Arghhhh! 


Babai!

1 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina