Salam Buat Semua.
Entry nie entry jeles pastu bajet Ramzul aku punya. Hakhak!
Ingat tak kat entry sebelum nie yang kawan aku tak dapat balik umah tu? Kesian dia tak dapat nak merasa kek batik yang aku buat tuh. Takpe takpe, next time aku buat pulak kalau aku rajin. Kehkeh. Sebenarnya aku dah tahu yang dia tak dapat balik minggu nie sebab ada aktiviti kat uni dia. Dia study kat Uitm Machang. Kalau nak tahu, aktiviti hari nie ialah sesi berjumpa dan bermesra dengan The Red Warriors (TRW). Pandai-pandai aku je buh aktiviti tuh. Haha yang pasti pemain bola sepak Kelantan pegi buat latihan kat padang Uitm. Kemain jauh pegi buat latihan. Saje nak buat aku jeles. Haha.
Bila kawan aku sms yang TRW akan datang Uitm, terus aku suh dia ambik gambar Ramzul Zahini Adenan banyak-banyak! Pastu jangan lupa sampaikan salam aku kat dia. Haha. Kemain lagi aku nie.
Bila dah mula program (aku tak tahu program ke aktiviti ape) tu. Dia sms aku, "Na, ensemnya Ramzul!! Haha".
Aku pon balas, "Aku nak gambar dia.. :(".
Dia balas lagi, "Kejap, aku duduk jauh nie..".
Dalam sejam kemudian la, aku dapat mms dari dia.
Tadaaaaaaa................!
Dekat gilo aku jumpa dia.. Huhu
Adoi, dekat betul dia jumpa Ramzul tadi. Memang ensem. Dalam gambar pon aku tengok dah ensem. Kat luar kalau jumpa mahu pengsan aku. Wuwuwu. Aku masih lagi tak berpeluang nak jumpa ngan pemain bola nie semua. Kawan aku semua dah jumpa. Jeles tahu?
Perhatian kepada awek Ramzul; Saya minat dia sebagai pemain bola je. Tak lebih. Ok terima kasih :)
Babai!
