kite kawan

09 March 2009

af7 dh stat mlm neh!!



copy from blog AF :
Nama 20 calon pelajar Akademi Fantasia 7 telah diumumkan hari ini, tanpa diketahui siapakah bakal Pengetua AF7. Setelah menjelajah 4 buah negeri hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini. Kesemua 20 calon pelajar akan menjalani satu lagi peringkat saringan dan keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009. Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus. Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.

Senarai 10 calon pelajar lelaki
1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
Senarai 10 calon pelajar perempuan
1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

copy fr0m murai.com.my :
Selepas menjalani ujian khas yang ditetapkan, hanya 14 orang sahaja pelajar terbaik daripada Top 20 calon pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) akan berentap selama 10 minggu. Tanpa menerbitkan konsert prelude, 14 pelajar ini diumumkan melalui program Tirai Akademi Fantasia di Astro Ria malam tadi yang dihoskan Sarimah Ibrahim atau Kak Mah. Apa yang menarik, 3 orang pelajar yang berstatus ibu iaitu Isma (5 anak), Claudia dan Rubisa (seorang anak) mampu membuktikan status bukan penghalang sekaligus menyertai kelab ibu AF yang sebelum ini dianggotai Mas AF2, Saida dan Mama Rina (kedua-duanya AF6). Selain itu, satu-satunya artis rakaman iaitu Nas Adila atau Adila dan adik Izwan Pilus, Aril, juga layak menyertai 14 kuota yang disediakan. Dari keseluruhan pelajar itu, terbukti pelajar kelahiran Johor memonopoli kuota pelajar diikuti Sarawak, Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Sidi satu-satunya pelajar dari Perak pula mampu menandingi pelajar yang masih bujang. Pun begitu, calon pelajar yang paling tua iaitu Kelana gagal memikat hati juri untuk bersama 7 pelajar lelaki yang lain iaitu Aril, Hafiz, Akim, Sidi, Qhaud, Obri dan Yazid. Bagaimanapun, murai.com.my difahamkan pemilihan pelajar ini tidak kepada kuota negeri. Mereka semua dinilai sama rata melalui bakat dan personaliti. Manakala dari 2 calon pelajar wanita bertudung, hanya Rini saja mampu menyertai Salima dan Heliza sebagai pelajar AF yang berimej Islamik. Apa yang pasti, pihak Astro masih lagi berteka-teki lagi siapa Pengetua AF7. Pelajar terbabit akan mengetahuinya rahsia itu apabila kelas akademi bermula esok, Isnin, 9 Mac 2009. Dengan itu peminat AF7 seluruh negara boleh mengetahui pengumuman istimewa ini pada episod pertama Diari AF7, jam 9 malam esok.


Senarai 7 pelajar lelaki AF7
AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 7 pelajar perempuan AF7
CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

p/s: tnpa sgan silu, sy mnat c aril..ensem bangat die!!
VOTE 4 ARIL!!! :)

13 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

eRRy 501® said...

time kasih..kalu gitu tak yah nengok diari AF la..juzt bukak jer blog nih pasti semua bole tahu kann..awak nih reporter ke hapa..hahahaha

dak eina said...

haha~~
cte2 nk jd reporter tp sy lbh mnat KE~~
huhu
:)

eRRy 501® said...

huuuuuuuuuhhhuu..jadik reporter tuk buat report LI jer laaaa..dah siap ke blom..kekee

dak eina said...

hurm dh siap~~
hk mggu lpas la~~
mggu neh dop siap ag~~
huhu
:)

eRRy 501® said...

huhu..x siap lagi..pah tuh malam nih dah sah tak siap sipa jugak..yea laaa..dok asekk vote 4 aril jeeerr..

dak eina said...

huhu~~
biaso r tuh~~~
vote 4 aril 2 pntg k!!
:)

zarith said...

gile af upeny
hihi

dak eina said...

uh mmg r!!
mnat giler r ko AF neh!!
:)

eRRy 501® said...

huhuh..ada jugak some person lagu nih..hehehehe

eRRy 501® said...

jangan mare..joking jer la..

dak eina said...

uh~~
xp0~~
sy mmg mnat giler k0 AF~~
:)

eRRy 501® said...

yolo kooooo..ahaks

dak eina said...

:)


design with love by Dak Eina