kite kawan

20 December 2014

3 bulan di alam pekerjaan.

Salam Buat Semua. 

Alhamdulillah dah nak masuk 3 bulan dah aku kerja. Hehe. Kontrak 6 bulan. Lagi 3 bulan la aku kena tunggu untuk confirmation. Huhu. Demi sesuap nasi akan aku harungi cabaran dalam kerja ni. Kerja ni biasalah ada stress ada happy. Mula-mula susah jugak nak sesuaikan diri tapi slow-slow kayuh. Alhamdulillah kena dengan jiwa. Huhu semoga aku dapat bertahan kerja di sini.

 
Trust me. I'm an engineer :)

Sekadar update untuk elak blog ni dari bersawang. Kehkehkeh. Till then guys. Bye!

18 October 2014

Officially graduated!

Salam Buat Semua. 

Grr salahkan diri sendiri sebab lama gile amek masa nak update pasal konvo aku aritu. Alhamdulillah konvo aku yang berlangsung 27hb September aritu berjalan dengan lancar. Terima kasih tak terhingga dekat family aku. Jauh datang dari Kelantan dan KL semata-mata untuk hari bahagia aku tu. Hehe.

 
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik :)

Jom layan gambar hehe. Entri ni akan penuh dengan gambar so layan jelah hehe. Sekali sekala update gambar hehe. Jangan meluat ye sebab aku rasa ni semua moment yang indah bagi aku. Aku dilayan bagaikan puteri hari tu. Sape tak suka kan? Hee

Mekap sendiri macam tak mekap je kan >.<

 
Testing prop stick hehe ;)

Nak masuk kereta pon ada gambar tau haha.

Kena masuk dewan awal. Adik beradik aku semua pegi lambat. Jenuh nak tunggu tengah panas kan.. 


Thanks family dan bff aku yang datang *terharu*

Lompat bintang. Horeyyy!!

Di sebalik kejayaan aku berjaya mendapat ijazah ni, ada dua orang pemberi nasihat dan semangat time aku senang mahupun susah lagi-lagi time tahun akhir pengajian. Stress dengan FYP, ma dengan abah la tak putus support dari jauh. Hmm tanpa mereka, aku tak berjaya sampai macam ni. Dari aku diploma sampailah dapat ijazah ni. 

Sayang ma dan abah sampai bila-bila infiniti

Terima kasih sebab sokong Ina sampai sekarang. Terima kasih sebab bersusah payah masa konvo aritu. Terima kasih sebab melayan karenah Ina sebab nak ma dan abah pakai kaler matching sama dengan baju kurung Ina. Nasib baik tak pilih pink, kalau tak dengan abah sekali Ina suh pakai baju kaler pink. Kikiki.

Sekarang masa untuk aku membalas jasa diorang pulak. Alhamdulillah aku dapat keje seminggu sebelum aku konvo. Aku keje kat Penang hehe. Keje bahagian process. Hehe. Study kat utagha, keje kat utagha. Orang duk acah haih nak dapat orang utagha ka ni. Nakkkkk... HAHAHA.

Last but not least, Afai ter'miss' moment indah ini. Dia dibuai mimpi indah~~ Masing-masing cakap Afai tunggu konvo Ayah Su dia lak kat UTeM next year. Hehe.

Penat berlari masa Mak Uda still dalam dewan. Bila Mak Uda kuar dewan, dia tido kepenatan.

Dah nak balik, barulah dia bangun. So kitorang decide tuk pegi photoshoot kat luar. Cari tempat yang ada view lawa, so shoot!

Next entry la eh. Hehe. Taip entry ni sambil senyum-senyum. Best ooo konvo. Dapat bunga dapat bear. Thanks again my big family. #throwback #myconvocationday

20 September 2014

#throwback Dinner PPKSE 2014

Salam Buat Semua. 

Apa kau ingat dekat blog takleh nak throwback? Hahaha. Alkisahnya rindukan kawan-kawan aku yang berada jauh di mata tetapi selalu di hati. Adehh rindu #geng4ketul aku tu. Sabtu depan kitorang konvo InshaAllah. Tak sabarnya la..


#geng4ketul ; Awin, Aku, Pija, Iffa

Semua persiapan konvo dah settle dari awal lagi bermula dengan bayaran konvo, baju yang meletup vogue da vasss tu, kasut pulak Velvet low heels yang gojes dari Zalora, tudung pau yang Ma punya je kehkehkeh dan nanti aku mekap sendiri sajo. Lain la kalau ade nak sponsor aku ni kikiki.

Cite konvo tu benda minggu depan. Haha sekarang aku nk #throwback dinner aritu. First time aku pakai baju kurung peplum. Aku ni kan berisi sikit so agak susah bagi akak ni nak pakai baju jenis camni tapi disebabkan sekarang pon size ade hingga ke 5,6XL gitu so akak berjaya pakai. HAHA.

Size aku ni 38 kalo baju kurung peplum ni. Agak susah part nak sarung baju ni. Terpaksa mintak tolong roomate aku si Iffa tu. Perkara yang sama berlaku bila nak bukak baju kena mintak tolong jugak. Adehhh memang size ni ngam-ngam ngan aku dan macam terketat sikit bahagian lengan. Maklumlah lengan ni kan ada muscle lemak :-D

 
Grey lari terus dari kaler pink aku tuh.

Tema dinner: Flower girl n flower boy. Hah kena sangat ngan baju aku ni sebab aku beli semata-mata memang untuk dinner pon HAHAHA. Ade lah jugak rasa nak kejar title Queen of The Night tapi meleset. Sikit je lagi sebab budak yang dapat title queen tu betul-betul depan aku ahhh perasan je kan. Kalau time kamera tengah zoom kan budak depan aku tunduk kepala memang aku lah dapat. Hehe poyo tak poyo tak? Bak kata kawan aku, ade la terasa aura nak menang tu.. Pon bolehh nyah.

 Tudung bawal aku jadikan shawl tak sangka jadik. Belakang aku tu nama die Iffa dan boleh panggil die Bohemia. HAHA

Sepanjang 3 tahun kat UniMAP, tiap-tiap tahun school aku, PPKSE akan buat dinner camni dan dua kali je aku pegi sebabnya tahun kedua aku cabut lari balik kampung. Hihi so masa first year dan last year je lah aku pegi. Kalau nak tahu masa first year dinner ni kan #geng4ketul ni meletup sangat sebab Pija dapat title Queen of The Night. Perghhh hebat kau! Oleh sebab tu, kalau boleh nak salah sorang dari #geng4ketul dapat title queen ni. Pija pulak ada hal tak boleh datang dinner aritu. Kalau tak mesti dia dapat lagi huhu.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam malam tu. Arghh rindu sangat!


Iffa yang mekapkan akak aritu. Thank you nyah!

Last but not least, one of the best lecturer forever, Dr Mokhzaini Azizan. Muka garang tapi sekali dia gelak bergegar bangunan HAHAHA sorry Dr Mokh ter-mengumpat :-D Tapi Dr Mokh ni sporting habis lah siap belanja aku ngan Iffa time bukak puasa aritu. Maklum la bulan puasa aritu kan duk UniMAP kejap T___T

Dr Mokh dengan gadis-gadis pewittt

Aritu siap berjanji nak selfie nanti konvo mintak die ingat lagi ape yang die janjikan. Haha. Thank you Dr Mokh dan semua lecturer UniMAP yang penah mengajar saya dari tahun satu sampai tahun akhir. Jasa baik Dr, puan, encik, cik semua takkan dapat saya lupakan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mengajar mendidik anak bangsa. Tanpa usaha dan pengorbanan mereka, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaaan yang cemerlang. Pergh macam bagi ucapan selamat hari guru. Hihi. Semoga berjumpa lagi konvo nanti. InshaAllah.

18 September 2014

Terima kasih Zalora Malaysia.

Salam Buat Semua. 

First time dapat jemputan dari Zalora Malaysia untuk buat artikel pasal kasut sukan New Balance Malaysia. Terima kasih Miss Norain dari pihak Zalora Malaysia. Lepas aku siapkan dan publish entry tu, aku dapat token dari Zalora, aku dapat cash voucher code. Terima kasih sekali lagi sebab dapat la aku beli apa yang aku rasa sesuai dengan aku. Hee.

Memandangkan konvo aku dah dekat, so aku bercadang nak beli kasut baru. Aku ni kalau boleh semua nak baru walaupon kasut dah ada. Kalau nak tahu, kasut yang ada tu sebenarnya aku beli time konvo diploma 3 tahun yang lepas. Konvo kali ni kalau aku pakai kasut tu jugak memang legend habislah kiranya sebab pakai kasut yang sama bila konvo -.-

Order Khamis, Ahad sampai. Okay lah kan. Takde lah lama sangat. Aku puas hati sangat dengan kasut ni. 

Grayscale mode. 

Aku ni saje bagi gambar dalam grayscale mode sebab nak nampak excited. Entry majlis konvo aku akan menjelma jugak. Sabar. Entry tu nanti semua aku buh yang mane aku macam sorokkan sebelum neh. Konvo je pon tapi kenapa aku ni rasa semangat lain macam ek. Perasaan aku sekarang ni kan macam perasaan orang nak kawen. Eh camni ke? Aku belum ada pengalaman hihi hmmm gini lah kiranya macam nak semua perfect! Hah gituuuu ;)

Kasut ni  ada dua kaler. Salah satu kaler takde size aku. So terpaksa pilih yang ni je. Tapi bila match-kan dengan baju aku, memang tiptop. Kalah datin hikhik. I iz tak sabar dah nihhhhhhh!!!

17 September 2014

Wordless Wednesday 2014 #3

Salam Buat Semua. 


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :) 

16 September 2014

Ke Pantai Irama Bachok ke kita?

Salam Buat Semua. 

Petang kelmarin sempat pegi Pantai Irama kat Bachok. Kebetulan kawan aku si Bib (tudung merah) nak ke Melawi boleh la kita pegi pantai hihi. Makan lok ching dekat pantai perghh memang layan habis. Kalau tak kenal lok ching tu ape... Boleh GOOGLE okay?

Sementara tunggu pacik lok ching faveret si Bib datang, kita ambik gambar dulu la. Huhu. Macam mak-mak sangat sebab ada budak sekali kan. Budak-budak ni anak Bib.. Arissa n Ammar. Nampak macam kembar tapi bukan ye. Beza setahun setengah camtu la diorang ni. Dua-dua sama berat dan tinggi hampir sama.

 
Cikna (aku), Ammar, Bib, Arissa dan Hanis

Mula-mula guna adik bongsu si Bib yang ambikkan. Maklum la budak kecik, memang kena buli lah. HAHA. Oh ye ada sekali ngan adik Bib yang no 2, Hanis. Hanis ni nurse. Pewitt pewitt sikit kat die. Hehe. Lepas dah si bongsu malas nak melayan kakak-kakak die ni, kita guna monopod pulak. Bermulalah posing di pantai. Hah gituuuu.


 Sesi mengada.

Saje je aku buh tangan kat muka. Aku nak tunjuk bukti yang muka aku lagi gelap dari tangan aku. Bila iklan Krim Putih Susu D'Herbs tu keluar, aku langsung tak terasa. Sebabnya tangan aku dah putih. Aku nak putihkan muka. Ade ke krimnya Datuk? Terlajak laris ko.... Muda-muda dah jadi usahawan berjaya. Kagum ngan beliau ;)

 


Aku ni orang yang simple ber-t-shirt lengan panjang, jeans ngan tudung instant dan pakai selipar jepun je. Asalkan sedap mata memandang dan aku selesa, aku teruskan je. Hehe. Orang lain nak pandang slack aku comot ke ape, aku nak bagi, #akuyangpakaikoyangpanas? Lalala.

Oh keje pegi berjalan je kan aku ni. Hari tu pegi KB Mall dan semalam pegi pantai. Walaupon aku tak keje lagi, tapi aku ade lah buat something berguna bila aku kat umah.

 

Keje main gunting je kan aku ni sejak dua menjak ni. Kalau nak tahu beg mekap style aku cam mana, camni lahhhh...


Bab yang gunting n tampal tu pulak next entry ye. Mencari model comel untuk buat photoshoot. Hee. Tunggu k. Selamat minum petang semua. Eh ada ke?

Jom sarapan dengan Nasi Kerabu!

Salam Buat Semua. 

Selamat pagi dan selamat Hari Malaysia semua. Hee amacam cuti? Best tak? Aku ni memang keje cuti je. Hari Isnin minggu depan baru start keje. Keje pon aku dapat kat utagha jugak. Maybe jodoh ngan orang utagha mane tau kehkehkeh. Nanti aku update lain pasal keje aku tu. Oh ye keje tu kat kilang kat Bayan Lepas, Pulau Pinang. Yeayy boleh makan nasi kandar tetiap hari. Hehe. Aku suka nasi kandar kuah campur satu anne!!! Gegege.

Sekarang ni kita tutup pasal nasi kandar... Kita makan nasi kerabu air tangan bonda ku yang tercinta muah muah. Memang laku habis la kalau bab nasi kerabu yang Ma aku buat. Ianya sudah terbukti tiap-tiap kali Ma buat nasi kerabu ni. Kakak aku selalu sangat suh Ma buatkan nasi kerabu kalau Ma pegi umah die. Bukan ape, die nak bawak pegi ofis katenya kawan-kawan die suka nasi kerabu lagi-lagi yang Ma buat. Nasi kerabu antara menu wajib bila kakak aku buat rumah terbuka. Terlajak laris gituuuu kau!

 Bahan-bahan wajib ada; Sambal kelapa + ikan rebus, air lada, ulaman, ikan rebus goreng dan pelengkap BUDU. Kikiki.

Alhamdulillah untuk rezeki pagi ni. Jom bersarapan! Sarapan penting okay untuk kita semua... Sarapan pukul 9 okay tak? Hihi.

15 September 2014

Ketagih petai tahap kronik.

Salam Buat Semua. 

 
Kredit: GOOGLE

Bahaya tak kalau makan petai tetiap hari? Almost every day duk makan petai ni. Pantang dapat makanan.. Bila makan mee goreng pon mesti nak ambik petai sekali. Bila makan nasi lagi la petai tu pembuka selera aku. Adeh risau. Korang suka petai tak?

Petai ni bau busuk tapi ape ade hal, aku bukan shishi merata kan.. HAHAHAHAHA!

ps; Petai sedap oiiiiii

13 September 2014

Jalan-jalan cari pasal. Tak jumpa pon pasal tu. HAHAHA

Salam Buat Semua. 

Sape blogger yang duk area Kota Bharu? Jom buat gathering!! Hehe. Sementara masih menganggur. Penanam buah anggur yang belum berjaya -.- Boleh la nak jumpa kenal depan-depan ye dak? Hee. 

Alkisahnya semalam jalan-jalan pusing KB Mall sebab.....

 Siti Nurhaliza nak datang!!!

Apa yang menyedihkan semalam. Hampir 20 hingga 30 minit gak lah tunggu kak Siti datang. Sambil-sambil duk tunggu kak Siti kat Watson, usha la seat kosong kat Baskin Robin. Full house je BR ni. Pastu bila ade free seat je terus pi duduk. Alang-alang tunggu kak Siti sampai, kita makan BR lah dulu. So pilih la ais krim. Kami makan single scoop junior je. Tu pon dah banyak -..-' 

Tup-tup bila nak bayar akak cashier ni menjerit-jerit cakap, "Siti dah sampai oi!!!" Tepat kul 3 petang kak Siti sampai. Tak sempat nak pegi sambut kat pintu masuk KB Mall hehehe.

Pastu kan akak cashier BR terus laju bagi duit balance aku. Bukan sebab apa, dia nak pegi Watson sebelah. Excitednya kakak... Haha. Sebenarnya aku lagi excited. Aku ni kan peminat tegar Siti Nurhaliza dari dulu sampai sekarang. Wiwiwi :)

Aku letak aiskrim pastu pegi masuk Watson jap amek gambar kak Siti. Hewhew. Tak dapat bergambar sebelah kak Siti pon takpe lah janji dapat tengok depan-depan. Cantiknya kak Siti ni... :')

Gambar paling clear dari fon kawan aku ;)

Lepas berasak-asak dalam Watson. Aku pegi balik kat BR. Makan aiskrim yang aku tinggal tadi. Haha. Nasib baik aku ada kawan yang memahami. Thanks Adila and Pija. Love you olls deep deep bak hang. Hahahaha.

 
Selfishhhh bersama hahaha

Dah habis makan aiskrim masuk shopping barang dapur sikit untuk Ma aku pastu terus naik level 2 sebab kawan aku, Adila ni dia mengidam nak makan kat The Manhattan Fish Market so kita layankan aje sebab aku pon tengah lapar. Kemain tak makan sebab dah janji nak makan kat luar. Hiks.

Dah habis makan dah pon! Muka kekenyangan semua ni.

Bila habis je makan kat sini terus kuar dari KB Mall sebab nak pecut pegi jumpa kawan Pija lak kat Kelantan Trade Centre (KTC). Tambah pula kat situ ada Karnival Usahawan Wanita Kelantan. Apa salahnya kita orang pegi support kan. Tapi sayangnya dengar cite hari Khamis ade Fizo Omar ngan Ayda Jebat. Nasib baik Zul Ariffin tak mai kalo dia mai sama mau aku pon datang terjah gak KTC ni. Hahaha. Petang semalam ada show dari KB Buskers ngan sape entah sorang lagi Zahidan ke apa. Time aku pegi dah kul 5.30 petang dah pon. Sebelum tu aku tak sure sape ada mai.


We olls datang support booth Fluffy Stuff.

Fluffy Stuff ni ada kedai online. Boleh la like pages dia kat Facebook dan boleh la usha kat kedai dia. Klik [SINI] okay guys!

Okay lah sampai sini dulu. Oh ye nak update sikit pasal keje aku. Actually dah dapat keje kat kilang kat Penang tapi sekarang ni aku masih dalam dilema nak pegi ke tak. Banyak masalah pulak. Hmm doakan aku ye kawan-kawan. Thanks :)

12 September 2014

In love with...

Salam Buat Semua. 

Pheww jatuh cinta jatuh cinta!! Jangan jatuh katil sudah la ye. Sakit! Hahaha! Disebabkan oleh jatuh cinta punya pasal dah jadi addicted sangat dah ni. Sampaikan 1 hari setengah dah siap. Huhu. Hah jatuh cinta pastu boleh siap. Aikkk apa kaitan. Hah~ Niii nak citaaaa ;)

Bermula lah kisah jatuh cinta dengan beading. Hikhik. Ingatkan ape lah kan. Ini semua untuk konvo aku yang bakal berlangsung 27hb ni kat Perlis. Hoi kemain kan nak beading bagai kat baju tu. Special beno. Huhu. Kain tu fully sponsored by Ma. Upah jahit dengan beli beads je duit aku. Total semua sekali ade lah dua kali ganda baju siap kat kedai. Tapi dah kata nak upah jahit jugak so Ma aku ni layankan aje anak pompuan dia ni. Hihi. Thanks Ma. Thanks jugak Abah sebab beli kain yang matching dengan tema aku nak. Temanya ialah.... MANA BOLEH BAGITAHU. HAHAHA! Bajet dah lari. Tak sempat nak kejar. Haha so, aku buat keputusan tuk jahit sendiri je beads sebabnya upah jahit manik mahal. Haha.

Aku pilih Italian Valentizo + Lace

So bermula lah beading ni start petang Rabu. Tak tahannya pagi amek baju ngan tukang jahit, petang tu aku terus pegi kedai cari beads. Pilih beads sendiri, suh amoi tu dia buat tak tahu je aku pang jugak kang. Haha. Pilih punya pilih dan pilih ikut sedap mata aku je. Matching sendiri so bayar. Balik tu terus stat menjahit sampai pukul 1 pagi. Siap kedua-dua pergelangan tangan baju aku.

 
 Sarat ke aku buat ni?

Petang Khamis pulak sambung buat yang bahagian bawah baju dan taraaaa siap jugak~~ Bangga bila Ma puji cakap cantiknya.. Dah boleh ambik upah jahit beads. Kalo tahu jahit, dah tak perlu hantar kat orang dah nanti.

 
Grayscale mode. Cuba la teka kaler ape? Hewhewhew

Sebenarnya dalam keje beading ni tak susah pon dan tak ambik masa yang lama kalo betul-betul fokus. Asalkan jangan malas, InshaAllah cepat siap macam aku buat ni. Aku ni amatur lagi dalam bab-bab beading tapi sebab semangat aku berkobar-kobar nak cepat siap dan nak tengok hasilnya memang aku pulun betul. Siap je, fuhhh berbaloi lawa je. Eh puji keje sendiri hehe.

Tak sabar aku nak pakai konvo nanti. Hehe. Tetiba rasa nak jahit beads kat tudung pulak. Tapi kena cari tudung dulu sebab tak beli lagi. Aku ni dalam dilema sebab tak tahu nak pakai tudung acane. Ada cadangan tak? Ni baru konvo, aku dah pening. Kalo tunang, kawen nanti? Tak tahu lah aku. Hihi. Okay lah bye.

11 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Salam Buat Semua. 

www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Klik kalo nak join ;)

Kata nak update blog, join segmen kira blog ter-update lah jugak kan. Hee. Jom kita kenal-kenal!

Latar Belakang Dak Eina
  • Seorang blogger yang suam-suam kuku bermula Januari 2009 sampai lani. Sekarang ni tengah tunggu panggilan kerja. Dah habis belajar kat UniMAP. Seorang anak yang manja dan juga Mak Uda kepada budak-budak comel (anak-anak sedara).

Kelebihan Blog Dak Eina
  • Blog yang sempoi mesra dengan semua orang. Blog ni banyak memaparkan cerita-cerita pasal diri ini sebabnya kalau boleh tak nak memori yang terindah dilupakan. Hehe kita kan kadang-kadang makan semut terlebih dan boleh senang lupa. So dengan blog, memori ini takkan terpadam dan paling best dapat share ngan blogger lain! Hehe.
  
Impian Bila Jadi Blogger 
  • Impian nak jadi femes tu takde lah. Tapi kalo femes ape salahnya. HAHAHA. Sekarang ni cukuplah kalo mahu dikenali antara blogger. Kalau boleh menjadi kawan di alam maya sehinggalah ke alam nyata. ;) 

 Itu je dari Dak Eina. Salam perkenalan buat semua blogger ;)

09 September 2014

New Balance Malaysia.

Salam Buat Semua.

Hey hey hey raya sudah habis. So badan semua macam mana? Makin gemuk ke makin kurus? Puasa sebulan of course la ada kurus sikit kan? Pastu dah raya dengan open house tetiap hari direct dua minggu tambah pulak selingan lagi ngan kenduri sana sini. Mesti bertambah balik lemak tu kan? Kalo dah gemuk, mestilah kena maintain-kan balik. Kasi shape balik body tu. Macam aku pulak kena start diet balik lah sebab makan tak kawal. Hukhuk padan muka aku (T_T) Iols nak kurus before konvo 3 minggu lagi ni. Haha sempat ke? Bak kata Adnan Sempit, "Di mana ada kemahuan. di situ ada highway!"

Hah kita ni sebenarnya nak buat sesuatu perkara jangan ada penyakit M sudah. Contohnya macam, "Malasnya nak diet bukannya leh kurus pon", eh eh kalo malas dan tak disiplin masa diet memang lah takkan kurus dik non oi.

Kita ni jangan reti diet je tapi kena reti bersenam jugak tau. Banyak aktiviti boleh kita buat antaranya pegi kelas aerobik, main futsal atau paling tidak pon joging. Joging round kampung tetiap petang pon dah okay. Hihi. Tapi kalo pompuan jangan duk gatai p joging sorang-sorang la na. Mau kena ngorat kahkahkah.

Hah yang mana nak p bersenam tu, apa kata jenguk satu dua kasut yang terhangat kat pasaran sekarang nih. Amboi mau semua duk jeling kalau aku joging keliling kampung pakai kasut sukan comel. Haha.

Seperti yang kita tahu, kasut sukan memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti kita. Ini kerana ianya memberikan  peluang untuk membentuk prestasi yang lebih baik. Oleh itu, kasut sukan yang baik juga memberikan kita keselesaan yang optimum dan mempunyai sifat tahan lama yang baik. 

Jika korang mencari semua ciri ini, apa kata dapatkan kasut sukan New Balance Malaysia kerana produk mereka adalah antara yang terbaik di pasaran ;)

 Nak satuuuuuuu!!!

Apa yang lagi menarik ialah kasut sukan New Balance Malaysia kini lebih stylish dari segi rekaannya. Kasut sukan yang fashionable ini ternyata telah mencipta fenomena dan disukai ramai. Lelaki perempuan dua-dua boleh pakai. Kalau tak percaya, ce tengok niii. Laki perempuan dua-dua boleh pakai.

Perghhh lawo kan lawo kan??

Tunggu apa lagi. Jom dapatkannya. Hihi. Sekarang dah ade kat Zalora uols. Pegi la terjah!!! Dapatkan koleksi kasut sukan terkini daripada New Balance Malaysia hari ini juga daripada ZALORA Malaysia dengan harga yang berpatutan. Jom shopping online di Zalora sekarang!

07 September 2014

Segmen: Nak Blog URL By Macam-Macam Cerita

Salam Buat Semua. 

http://thisni3zahata.blogspot.com/2014/09/segment-nak-blog-url.html
Klik banner kalo nak join k!

Perghh sempat join segmen sebelum ke Kulim malam nanti. Oh guys! Doakan aku berjaya interview esok. Hehe. Tadi alang-alang ber-blogwalking terus la join segmen ni. Dah lama tak join. Hihi. Now, Dak Eina kembali. Gegegege gelak dinosour. ;)

Blog ke sini tuk join. Kalo menang dapat gift dari Macam-Macam Cerita dan tentunya blog korang akan termasuk dalam bloglist Macam-Macam Cerita. :)

Jumpa lagi. Bye!

06 September 2014

Anak buah aku.

Salam Buat Semua. 


Still ingat muka budak-budak comel ni? Blog aku ni dah dekat 5 tahun usianya. Kalo sape yang bace blog aku dari mula aku aktif berblog sampai lani yang suam-suam kuku je ni memang kenai betul la ngan diorang. Dia lah Izzat dan Yaya. Cepat betul masa berlalu. Masing-masing dah umur 7 tahun (Izzat) dan 6 tahun (Yaya). Seorang kurus dan seorang gemuk. Kalo dulu Izzat chubby dan Yaya lak kecil comel jek. Sekarang ni Yaya dah potong Abang Izzat dia haha. Izzat pulak kurus. Diorang dua ni sepupu. Izzat anak abang aku. Yaya pulak anak kakak aku. Dua-dua ni kaki buli aku. Dah pandai dah dua-dua ni sekarang. Mesti ade je akal diorang nak buli aku. Tapi takpe. Mak Uda suka sebab Mak Uda sayang anak-anak buah Mak Uda neh. Tetiba rasa sedih lak malam ni. Entah apa-apa lah Mak Uda ni kan. Haha. Saje meluahkan perasaan rindu kat sini. Hikhik mengada. Isnin ni interview kat Kulim. Doakan aku kawan-kawan. ;)

ps; Sayang Izzat Yaya Syahmi Azfar ;)

06 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri ;')

Salam Buat Semua.

Rasanya belum terlambat tuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger yang mengenali aku. Maaf Zahir dan Batin. Salam kosong-kosong hikhik.

Jemput tengok gambar raya aku.

Raya pertama. No family potrait sebab abang aku belum transfer dari kamera dia. Tak nak paksa dia. Bukan retis wajib tunjuk kat semua. Cukupla kami anak beranak je. Eksklusif hikhik. Kali ni blog aku. Gambo aku jela. HAHHAHAHAHA ;)

Tema: Pink + Turqoise

Raya Kedua. Berpeluang beraya ngan kawan-kawan. Thanks korang sebab datang beraya umah aku. Nasib baik sempat goreng bihun. Hihi sebab sebelum tu kuar shopping bawak ma n macik aku pegi tesco. Now kita boikot tesco okay? Lepas tu ikut diorang pegi umah bff aku si Diana. Lelaki yang 4 orang tu pon bff aku jugak. Dari sekolah teknik tahun 2005 sampai sekarang. Cuba la kira bape lama. Huhu.

Tema: Purple + Peach

Raya ketiga. Pegi beraya umah kawan kakak aku. Dah lama tak pegi katanya. Aku ni ngikut jelah. Hihi. Gambar kat bawah ni Izzat n Yaya. Sape yang duk baca blog aku sejak tahun 2009 tau la sebab aku selalu duk cite pasal budak dua orang ni. Kawan baik Mak Uda dan kadang-kadang kaki buli Mak Uda. Takpe, tetap sayang dunia akhirat. Hee :-*


Tema: Hijau + Coklat Cair

So itu jelah gambar raya aku. HAHA macam banyak je kan. In Sha Allah ni tahun terakhir dapat duit raya. Sobsob tapiii excited sebab nak keje n bagi duit raya. Nak jugak merasa memberi sebab tangan duk menerima je kan. Alhamdulillah kutipan duit raya masih banyak. Makin tua makin banyak dan soalan bila nak kawen pon makin menyakitkan hati bila dengar hahaha mentang-mentang dah abes study kan. Saje je kan macik kepoh haha. Sampai masa, aku announce la. Jodoh kan rahsia Allah SWT ;)

Duit raya 2014

Mari mencari kerja! HAHA. Doakan aku dapat kerja kawan-kawan. Doakan aku dapat jodoh cepat-cepat jugak. Opsss. :-P

See ya. Bai!

17 July 2014

Today is My Birthday! ^^,

Salam Buat Semua. 

Hey aku dah Jubli Perak uolss tahun ni. Macam tak percaya jek. Tepuk-tepuk pipi. Tak jadi. Hantuk kepala kat dinding! Haa baru jadi. Sakit dohhh. Haha. Yess kau dah 25 tahun la Dak Eina. Adeh.

 12hb Julai 2014. I'm 25 years old!

Awal nau makan kek kan? Hikhik sebabnya 14hb aku dah balik Kelantan. Yup now aku dah kat Kelantan. Tak dapat jugak merasa sambut birthday di negeri orang. Haha. So, 25 tahun jugak aku sambut 17hb Julai kat Kelantan.

Thanks MED. Walaupon tetiap hari gaduh, tapi 12hb aritu die buat suprise giler-giler lah. Turun nak g jumpa die. Dapat satu kotak hadiah. Hihi. Hadiah apa? Tu rahsia. Ada dalam bilik aku tu. Pegi la tengok kalo nak tahu. Kahkahkah. Tetiap hari tengok tetiap hari ingat die. Saje je kan. Haha. Malu aiii~

Tahun ni makin bertambah umur ni makin takde keistimewaan pulak. Makin rasa kena cepat-cepat cari kerja dan hadiahkan tuk parents aku. Aku tak mengharapkan hadiah dah. Aku pulak rasa nak bagi hadiah. Diorang dah jaga aku 25 tahun beb. So, ko nak apa lagi? Nak husband? Tu ma suh cari sendiri. Haha.

Husband tu nanti lah. Sekarang ni. Aku nak KERJAAAAAAAAAAAAAA!!

Okay la.. Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun untuk diri sendiri. Semoga berbahagia n sukses dalam apa jua yang diceburi.

Selamat berbuka puasa semua. Aku lahir time Maghrib. Saje schedule-kan entry ni.

 Hihi peace yooo~

03 July 2014

Rezeki Allah SWT tu luas.

Salam Buat Semua. 

Alhamdulillah.. Puasa dah hari ke-4 harini. Cepat je masa berlalu kan. Dah tiga hari aku berpuasa kat sini. Tiga hari jugak pengalaman berpuasa pertama kali di perantauan. Hikhik feeling duk oversea gituwww. Tapi duk Perth-lis je pon. Kehkeh.

Ingat lagi tak dengan entry lepas? Kalau tak baca. Scroll bawah dah boleh baca. Syukur alhamdulillah.. Sekali lagi Allah SWT permudahkannya. Perancangan dariNya hebat. Aku insan yang lemah ni hanya mampu merancang. Semuanya telah ditentukan. Allah SWT tunjukkan jalan. Cepat sekali dia tunjuk jalan.

Sekarang aku still kat UniMAP sebab join short course Electrical Installation Design. Syok giler program neh. Enjoy je belajar. Tak stress macam belajar sebelum nih. Hikhik. Pastu aku dapat peluang tuk ikut training DreamEDGE kat Taiping. Alih-alih apa yang aku duk dilema sebelum ni, terjawab. Semalam baru dapat tahu seorang student tak boleh join dua program. Tak adil bagi yang tak dapat join kan? Hmm so aku redha. Aku tau situ bukan rezeki aku. 

Aku diberi dua pilihan. Stay kat UniMAP atau join training kat DreamEDGE yang start 13hb Julai ni. Aku pilih tuk stay kat UniMAP join short course nih sebab aku rasa selesa sangat dengan pembelajaran dia. Lagi pulak, aku ada mintak pandangan ma aku. Siyes hati aku berbelah bagi sangat semalam. Last word ma aku, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..."

So, aku teruskan apa yang aku kendong sekarang... In Sha Allah.. Ada rezeki aku kat tempat lain kerana aku percaya rezeki Allah SWT tu luas.


Salam Ramadhan dari aku.

design with love by Dak Eina