kite kawan

24 October 2015

Keperluan ke kehendak? :/

Salam Buat Semua.

Hai. Dah lama tak bersua. Kali ni mood blogging tu datang tiba-tiba. Ibarat kilat sambar menyambar. Hati berdebar-debar. Tangan terketar-ketar. Eh sebab apa. Suka hati la. Tak berkaitan pon hahaha. Aku baru baik demam. 3 hari jugaklah tersadai tapi pesen antibodi kuat *berlagaknya* takde lah demam teruk mana.. Bila demam, kenalah lasak sikit, kalau tak demam tu ikut kelemahan kau tahu tak?

Pagi kemarin pegi klinik konon nak dapat ubat je la. Sekali, doc tanya ada pape lagi tak? Alang-alang mintak la MC. HAHA. Doc cakap okay boleh saje. "Kenapa you macam takut-takut nak mintak?" Doc persoal balik kat aku. Mau tak takut nak mintak sebab dekat kaunter dah siap kena warning. Doc akan bagi MC pada yang betul-betul memerlukan saja. Ok fine. Kira aku ni tak perlu? Kes aku ni kalau dah sampai ke klinik tu kira dua kali ganda perlu lah! HAHAHA.

Ubat demam yang dah boleh agak dah dapat yang ni.

Tapi.. Bukan ini yang aku nak cita bab keperluan ke kehendak? Uolss pon tahu kan Apple baru je release iPhone 6S tu. Nak pulak ada kaler rose gold. Kau ghase? Diri ku tak tercabar dengan kehadiran kaler tu. Hukhuk. So sekarang, persoalannya keperluan ke kehendak?

Ya Allah.. Jika dia jodohku dekatkanlah. Jika dia bukan jodohku, tak kira nak dia jugak.. Rose Gold!

Tak kira nak jugak! Target dua bulan dari sekarang. InshaAllah. Handphone memang keperluan. Now dah ada seketui handphone yang belom cukup setahun pon guna tapi yang si iPhone ni dah kira bertukar jadi kehendak dah kalau dah tahap masuk mimpi bagai ni hehe. Tak tahu kenapa. Obses ke? Tak pon. Tapi... Awat duk jadi tergoda entah. Seksi tang mana? HAHA. I need you lah baby. Serious serious serious!!! Dulu pernah cakap kat Ma. Salah satu hantaran Eina, iPhone lah selain dari DSLR & teddy bear besar hihi. Demand. Sape nak kawen ngan kau entah. InshaAllah. Ada jodoh.. Satu hari nanti. Berdoa, berusaha, tawakal kepada Allah SWT ;)

Okay then, dah pukul 5. Cuti kak yong kawasan dah tamat. Malam ni kerja. :(((((( *muncung panjang sikit* Sebabnya ni pon dilema. Cita-cita jadi engineer nak tukar ke housewife boleh tak? Kesian suami aku nanti kena tanggung semua. Hikhik. Takpe lah saya jaga awak dan anak-anak kita. Hee mengada. Hai bakal suami. Sesiapa pon awak, saya tunggu ok? Bye.

04 September 2015

Blogging dan kerja.

Salam Buat Semua. 

Hai pagi buta update blog. Kau tak keja ke esok Dak Eina? Jawab aku, "Tak..." Hee al mak longgg lah kerja shift. Weekend waktu orang cuti.. Tapi aku kerja. Orang lain kerja, aku cuti. Bila ni nak back to normal. Aku dah tak normal dah. Ni penangan tidur 13 jam la ni sebab tu malam ni tak lena nak tido. So, aku update blog! I miss u much blogging time.

Alhamdulillah dah September 2015. Kalau tahun lepas waktu ni aku duk tengah mencari kerja lagi. Akhir bulan September 2014 dah start kerja kat Penang ni. Im starting work on 24th September 2014. 3 minggu lagi raya haji and genap setahun kerja. Excitednya!! Awal bulan Februari convert to staff sebab aku start dengan management trainee (program bersama Unimap-Inari). Bulan Ogos ni dah starting gaji baru sebab dapat increment hehe Alhamdulillah. Next month gaji baru lagi sebab dapat review untuk confirmation next level of my career. Alhamdulillah syukur sangat sebab bermula dari bawah so kita pelan-pelan la ke next level. Bersabar, berdoa dan inshaAllah kita akan dapat jugak. Di samping tu, usaha pon perlu la =)

Dulu sebelum kerja, boleh la nak tido lewat malam main blog. Sekarang ni, kalau tido lewat pon sebab nak prepare siap-siap untuk ke night shift. Malam berjaga, siang tido pastu malamnya pegi kerja. Elak dari mengantuk time kerja. Hihi. Kerja pagi aku jadi mengantuk teruk kalau lepas makan. Makan pulak kari, memang ubat tido la kan. Haha. Kerja malam kurang mengantuk sikit dan aku pon tak tahu kenapa.

Huh dah pukul 4.30 pagi. Tetiba rasa mengantuklah. Oh time for bed haha. Esok lepas Subuh, sambung tido balik. Malamnya nak OT tapi tak tahu lagi rajin ke tak nak p hahaha.

Selamat malam dunia. Selamat malam cinta.

05 August 2015

Rindu. Dewasa. Jodoh.

Salam Buat Semua.

Selamat hari raya aidilfitri gaisss. Sempat lagi kan sebab still dalam bulan Syawal. Huu. Ya Allah.... Rindu nak blogging. Sekarang memang langsung tak dapat nak blogwalking macam dulu-dulu. Apa la nasib hang blog bersawang jelah pasni. Entah-entah memang lesap terus aku dari dunia blog ni. Haha. Hidup mesti diteruskan. Aku pon dah dewasa. Dewasa sebab berjaya drive Ronaldo sampai ke Penang. Macam tak percaya ja. Hikhik.

Cerita pasal dewasa... Alhamdulillah umur aku dah berganjak ke usia 26 tahun raya aritu. Der 26 tahun still single. Hmm. Bab yang ni den lemah sikit. Bila pegi beraya duk tanya soalan sama ja. Bila nak kawen. Mak kawan aku siap tanya, "Datang sorang je ke".. "Aah sorang je macik, kan tak kawen lagi" Hahaha. Dalam hati sedih sebab umur baya aku dah beranak pinak dah. Aku ni still mencari. Hmm takpe lah, orang cakap, lambat kawen rezeki jugak sebab boleh berbakti and bahagiakan mak abah family dulu. Betul jugak. Think positive :)




Gaiss. Jawab je camni bila orang selalu tanya kita bila nak kawen haha. InshaAllah, cepat atau lambat. Ianya pasti akan datang jua.

 #Jodohkumana #awakkatmana #Imwaiting

http://3.bp.blogspot.com/-zgxwAkthXN0/UMIIgu96T6I/AAAAAAAAAE0/niBE01_1fk8/s1600/misteri-jodoh-benarkah-cari-jodoh-itu-susah.jpg

Okay, tido dulu. Bye!

07 April 2015

#newtoys

Salam Buat Semua. 

 
DCR****

Alhamdulillah. Setelah 6 bulan keje, aku dapat beli kete pertama aku. Tuan empunya belum dapat merasa De Cristiano Ronaldo (DCR) a.k.a Ronaldo ni lagi sebab balik kampung aritu untuk settle down payment pastu sign agreement untuk loan bank yang berlambak tu. Balik rumah, tanya akak aku ape entah yang duk sign tadi. Blur =.='

Booking receipt. Kenangan ko =P

Satu dah tercapai. Next!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebelum raya ni.. In Sha Allah. Oh bertambah hutangku. Kbye!

design with love by Dak Eina