kite kawan

28 February 2011

~~tak sabar! :P

Salam Buat Semua. 

Yay! Hari nie dah Isnin.. Cepat giler waktu berlalu. Pejam celik pejam celik dah habis sebulan. Esok dah masuk bulan Mac. Lagi seminggu gaji! :) Yes yes yes shopping time! Kekeke.. Pastu jumpa kawan-kawan tuk rehearsal konvo hari Selasa. Hari Rabu kita pakai jubah dan konvo! Alahai tak sabarnya! :P

Esok 1hb... Lusa 2hb... Tulat 3hb... 4hb, 5hb, 6hb...  

Isnin dah 7hb... Yay dapat gaji!!!

Duit duit duit $$$$$$$!!

Shopping shopping shopping >.<

8hb pulak.. Ambil jubah dan rehearsal.. Dapat jumpa kawan.. Dah 6,7bulan tak jumpa~ Rindu bangat! 

9hb konvo!!!! Photoshoot sampai pengsan! Free pulak tuh!

TAK SABAR dahhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Yang sebenarnya~ Saya tak sabar nak dapat gaji ke nak konvo nie. Cu teka cu teka? :P


Babai!

23 February 2011

~~tenang dan tak tenang... aiyokk!

Salam Buat Semua. 

Sorry dah lama tak update. Seperti biasa, alasannya busy! Hee :P Bukan je busy tapi jiwa tak tenang :(

Isnin lepas, Abah saya masuk wad sebab suspek denggi. Siyes rasa macam 'patah kaki' sebabnya memikirkan macam mana nak pergi keje kalau takde Abah. Abah kan tolong hantarkan dan amikkan saya.  Ada lesen tapi taknak guna, dah tuh umah ngan tempat keje dekat nak mati tapi takut nak bawak motor! Arghhh rasa nak hentak kepala kat dinding je sebab tak berguna! :'(

Mula-mula dapat tau Abah masuk wad, Mom yang call. Time tuh ngah keje, mau tak menangis saya time tuh jugak. Syukurlah bos paham keadaan saya. Lantak ah nangis depan bos. Air mata mana nak sekat-sekat. Dah la saya nie jenis senang kuar air mata. Baru nak cite sikit, air mata dah sebaldi.. Teruknya~~

Hari nie saya cuti. Tetiba rasa cepat je masa nie berlalu. Macam baru semalam saya gedik-gedik ngan kamera tup tup hari nie dah seminggu kejadian nie berlaku. Bangun hari nie lewat sikit la maklum la cuti tapi tak boleh lewat sangat sebab tengahari dah janji ngan Mom nak pegi hospital tengok Abah. Sejak Abah masuk hospital nie tak menyempat pon nak pegi tengok. Mana la sempat. Keje bukan office hour tambah pulak semalam kena shift petang. Mane boleh lawat orang sakit time malam der...!

Sebelum nak pegi tu, Mom ada cakap, Abah nak suh bawakkan jus epal hijau. Teringin katanya. So Mom suh saya buatkan. Tengah ralit mesinkan epal, tetiba telefon umah berbunyi (berdering kan?). Laju je saya pegi angkat. Pelik sape lah yang call time macam tuh. Bila dah angkat, dengar suara Abah. Abah cakap, dia dah boleh balik hari nie. Bila tanya nak balik ngan abang ke, Abah cakap, mintak tolong ngan kawan dia hantarkan. Maklum lah Abah kan dulu keje kat hospital tu jugak, so ramailah kawan dia kat situ. 

Pukul1.30 tadi, Abah dah selamat sampai. Tengok Abah dah sihat, tenang sikit hati nie. Tak macam hari tu, penat semacam je. Risau pulak. Sekarang nie dah tak risau dah. Abah kena tahan kat wad 2malam jugak la. Abah takde pape cuma kena masukkan air dan darah kena check tetiap hari. Takde orang jaga pon Abah sebab Abah boleh jalan sendiri, pegi bilik air pon takde masalah.

Alhamdulillah, sihat jugak Abah. Semalam umah kena fogging. Haruslah kalau ada kes denggi sampai masuk wad bagai nie. Pegawai kesihatan terus datang serbu umah tengok kawasan umah macam mana. Takde pape masalah... Syukur.. Kalau ada takungan air pastu ada nyamuk, kena denda sampai RM500 tau! Melayang tak memasal duit tu. Sayang beb sayang. RM500 dah boleh beli macam-macam kan?

Bercerita pasal duit. Cuba teka duit poket saya ada berapa sekarang nie. RM5? RM10? RM50? Semua salah.. Saya ada RM2 je sekarang nie. Siyes tak tipu! Nak mintak duit ngan Mom pon rasa serba salah sebab tadi time berbual ngan Mom, dia pon ada cakap takde duit.. Kena ikat perut lah nampak gayanya! Bawak bekal roti la... Jimat RM2 tuh. Hik hik.

Pastu boleh la kurus. Kurus? Erkk boleh ke? Boleh je kalau tak kuat makan. Hee~

~muka ini tak tenang!~

Pasal Abah, saya dah tenang... Kalau fikir pasal duit, siyes jadi tak tenang balik... Lambatnya first gaji.. Azab jugak tunggu gaji nie kan.... Wuwuwuwuwuwu :P 

Babai!

20 February 2011

~~tukar template.. sape sini baik hati? :))

Salam Buat Semua.

Takde keje nak buat.. Haha dah nak masuk 2pagi masih tak tido lagi. Teruk betul. Macam keje petang pulak esok padehal keje pagi... Huh teruk-teruk! Pastu mulalah takde mood, mengantuk macam pagi tadi. Serius takde mood.. Tido lewat semalam, bangun awal.. Tak cukup rehat. Konfem.. Esok pon macam tadi.. Senget kan Dak Eina nie.. Hihi tapi takpe la nak tukar template nie. Alaa sementara je. Rasa nak template baru.. Teringin sangat nak tukar ala-ala macam mengidam gitu. Kalau nak template yang lama, upload saja. Apa susah? Huhu.

Dulu dah pernah guna template nie. Comel je.. Kan? Ade pink.. Tu yang penting! Maklum la Dak Eina ngan pink mana boleh pisah~ 

Nak buat template baru.. Tapi tak pandai pastu tambah-tambah sekarang busy memanjang kalah menteri.. Hihi.. Sape sini baik hati dan nak tolong Dak Eina??

Babai!

19 February 2011

~~kau bahagia umpama happily ever after, aku derita kau tahu?

Salam Buat Semua. 

Arghh entry nie panas sikit! 

Sorryy nak biasakan diri ngan AKU. Aku tak tahu nak luah kat sape sekarang nie. Syukur ada blog. Boleh aku lepas geram kat blog. Aku cuba nak lelap mata tapi tak boleh. Padehal esok, aku keje shift pagi. Selalunya sejak aku keje nie, waktu-waktu macam nie aku dah diulit mimpi dah. Maklum la keje aku tuh nampak je rileks tapi bila dah jumpa katil, semua layu beb! Ok serius, aku ada masalah nih!

Aku kesal sangat ambik tahu pasal dia. Aku cuba nak lupakan dia tapi makin aku lupa, makin aku ingat dia. Susahnya nak buang sesuatu kenangan tuh kan even dah ada orang lain, tetap ada jugak kesan kan?

Hmm aku bukan tak nak tengok kau bahagia tapi lepas aku tengok cara kau senyum macam kau langsung takde rasa bersalah kat aku. Aku rasa macam "Ishh mamat nie.. Teruknya.. Kau bahagia.. Aku kat sini derita ada kau kesah? Ciput je pon ada pernah kau ingat?"

Semoga kau terus bahagia la ek...... Malas aku nak cite banyak-banyak. Kau buat, kau dapat.. Allah itu Maha Adil. 

~sekadar gambar hiasan... abaikan~

Aku terpaksa buat entry nie.. Bila dah buat, lega sikit. Sikit je.. Masih banyak kesan kat hati nie.. Tapi biarlah slow-slow.. Hmm... Entry nie aku akan delete bila aku dah tenang. Selagi aku tak tenang, entry nie akan  terus melekat dalam blog nie. Huk huk :(

ps; Bila la aku nak tenang :'(
Babai!

16 February 2011

~~cuti.. takde kerja cari kerja.. hehe :P

Salam Buat Semua. 

Hari nie hari Rabu kan. Tetiap hari Rabu saya cuti pastu hari Jumaat saya full, takde shift. Penat tau. Hihi tapi dah biasa dah 12jam keje :P

Bila cuti nie rindu pulak nak dengar bos saya tuh membebel. Tetiap hari mesti saya kena. Haiya apa mau buat, kena hadapi jugak. Mencari rezeki la katakan. Mengais pagi makan pagi, petang makan dua kali. Huhu. Siyes bila dah keje nie, berat badan makin bertambah tau. Sekarang dah naik sampai 55kg! OMG! Terkejut monyet I nyah oiii. Ingatkan bila dah keje, berat badan akan turun sebab banyak 'bersenam' tapi makin naik ada laa... Hmm bahagia kot. Tett no komen pasal nie :P

Pastu dah time keje banyak buat keje sampai bila dah cuti nie rasa bosan teramat. Ye la time keje kena rajin, tak boleh malas-malas kang kena buang. So dah terbiasa buat keje dan tak pernah duduk diam even takde customer pon kena buat keje. Hari nie je telah buat macam-macam. Tolong Mom masak. Siap boleh buat ikan bakar sumbat kelapa tumbuk cili serai garam gula *apa entah nama menu tuh, lupa pulak nak tanya Mom tapi siyes best ok!*

Tengahari main masak-masak tapi main masak yang realiti punya laaa, petang pulak kemaskan halaman umah. Bersepahnya depan umah nie. Macam umah takde orang. Kahkahkah giler aku kutuk umah sendiri :P

Siyes sangat bersepah! Huhu pastu kemas-kemas kat depan nie, kitorang (saya ngan Mom) pegi letak barang-barang tuh kat bahagian belakang umah. Macam pegi sepahkan kat belakang umah pulak. Bersepah kat bahagian belakang takpe kan? Hee~ 

Dah siap kemas bahagian depan ngan belakang umah, saya siram pokok bunga pulak. Dah lama tak siram pokok bunga. Selalunya Abah yang buat keje nie. Tapi takpe lah, kali nie biar saya yang buat memandangkan dah lama tak buat kan. Terisi gak hari nie ngan keje.

Yang tak boleh blah, takde keje cari keje ialah camwhoring. Belit-belit shawl dan camwhoring! Yeahh! Terbaik! Tengoklah sekeping dua. Letak bebanyak kan orang meluat pulak :P

~takde keje cari keje, inilah hasilnya~

~muka gedik! rasa nak tampar diri sendiri je sebab buat muka gedik... huhu~

Kesimpulannya, bila dah terbiasa buat keje, mesti nak je ada keje supaya tak boring. Kini baru saya tahu, keje itu best! Menyesalnya tak cari keje 7bulan yang dulu. Huhu!

Babai!

15 February 2011

~~Salam Maulidur Rasul :)

Salam Buat Semua. 

Pagi semua~~ Erkk pagi ke? Huhu Salam Maulidur Rasul ye semua umat Islam. Cuti ye? Best ke? Orang lain cuti, saya keje. Biasa lah kuli kan. Hahaha. Hari nie saya keje shift petang. Boleh la update blog kejap kan. Dah siap-siap lama dah, sekarang nie pon ngah mengisi perut sambil update. Jom la ke sini. Menu hari nie ---> Nasi Kerabu Tumis.

Ok fine, entry nie saje je nak lepas geram. Korang cuti hari nie kan? Takpe takpe esok saya cuti. Mana best? Cuti ramai-ramai ke (hari nie) atau cuti sorang-sorang? Hmm~ Tapi rasa nak keje je esok. Tak cuti boleh gaji lebih sikit :P

Dah la saya ngah giler nak keje sekarang nie! Arghhh!

Babai!

13 February 2011

~~cuti selepas bekerja 12hari tanpa henti.

Salam Buat Semua. 


Dah lama tak letak gambar besau dalam entry. Hihi. Entry nie saya nak taip pendek je. Saya cuti hari nie sebab tuh boleh update blog. Sekarang ngah rehat depan tv sambil tengok Puteri Impian. Huhu. Best je rasa  dapat cuti hari nie. Ye laaa keje tanpa cuti selama 12hari berturut-turut tu. Kau boleh tahan?? Dah la kena tahan ngan perangai bos yang cerewet. Huh.. Cerewet pon baik~ *cover balik* Sepatutnya tak boleh cuti hari Ahad tapi bos cakap sejak saya start keje 1hb hari tu, takde cuti pon, so dia bagi cuti la hari nie. Minggu depan start cuti hari Selasa. Huhu. Ok lah, nak sambung tengok cite Puteri Impian. Best layan cite dulu-dulu nie. Korang tengok tak? 

Babai!

12 February 2011

~~betapa bertuahnya saya :)

Salam Buat Semua.

Alahai sibuk giler ah sekarang nie. Minggu nie, saya kena keje 12jam tetiap hari. Takde cuti lagi keje 11hari nie.. Power tak saya? Keh keh keh.. Minumlah kacip fatimah. Baru bertenaga lebih. Eh tetiba. Hahaha takde la sampai makan kacip fatimah. Tapi ade lah makan supplement sikit. Kalau tak, mesti ada sakit-sakit. Setakat nie Alhamdulillah, masih bertenaga :)

Hari nie keje shift petang, so boleh la update blog kejap. Tinggal lama blog nie tak best jugak. Nanti ada orang rindu nak dengar cite saya. Nak kontek saya malu. Baca blog je la nak tahu aktiviti harian saya kan. Tak gitu awak? Sape makan cili dia terasa pedasnya. Hahaha. Pastu tengok visitor blog nie makin turun. Huk huk huk orang dah lupa ke blog Dak Eina nie? :( *perasan blog nie femes.. wek wek blah la lu*

Graf visitor makin turun tapi BE ada dua. Huhu kena update blog tetiap hari la nie. Ye la sampingan punya~ Terima kasih Nuffnang!

Nak cite hal keje ke tak eh? Syukur Alhamdulillah dah start suka keje nie walaupon keje sekarang nie tuk sementara je. Ye la amek elektronik, keje pasal bisnes. Sikit masa lagi kalau ada modal, saya nak bukak kedai sendiri. Huhu InsyaAllah... Doa-doakan ye. Lagi... Ape ek? Hah semalam ada mat saleh datang kat kedai. Ya ampon! Berbelit-belit lidah gua speaking. Huhu dah la mat saleh tuh ensem, tinggi, mata biru~ Tergoda I nyah oi! Muka senyum je. Manisnya. Tak nak ngorat aku ke? Tetiba =.='

Hal keje yang lain. Budak yang keje sekali dah berhenti sebab dapat keje kat tempat lain. Oh tak best sebab budak tuh lawak ok. Best kenal ngan dia. Kenal tak sampai 10hari, kitorang dah rapat macam kenal bertahun-tahun. Bos pon pelik ngan kemesraan kitorang. Biasalah peramah kan. Hee :P

Yang paling gerun bila bab-bab duit nie. Minggu nie je dah kena tipu ngan duit palsu! Duit RM100 pulak tuh! Tension betul. Dah rugi kat situ. Selama nie tak pernah pon jumpa duit palsu. Bila keje gini baru kenal. Siyes memang kertas ah. Boleh pulak main photostat duit. Teruk ah sapa yang buat keje terkutuk tuh. Allah marah tahu tak? Dah dah saya pulak terlebih marah :P

Kalau cite tang pegi dan balik keje, Abah yang tolong hantar dan amikkan. Ye la anak pompuan bongsu kan. Cun pulak tuh.. Hahahaha mestilah Abah sayang. Mom suh pegi ngan motor tapi ketakutan melanda diri la. Huhu bagi motor haruslah saya takut. Cuba bagi kete konfem Abah tak payah susahkan diri hantar dan amik saya lagi. Hehe :P

Walaupon umah ngan tempat keje dekat giler ok, 5minit dah boleh sampai tapi itu lah tak berani kan ngan motor tuh. Bagus jugak Abah tolong amikkan. Ye la keje sampai pukul 10malam. Pastu nak kena bawak motor balik sorang-sorang pulak tuh. I takut ok!

Lagi pasal bertuah, balik je keje mesti Mom ajak makan malam. Bukan makan sorang-sorang tapi makan ramai-ramai. Takde lah ramai sangat. Ye la yang duduk dalam umah nie 4 orang je, Abah, Mom, Abang dan saya. So sejak keje sampai malam nie, tetiap hari makan malam bersama keluarga. Mom n Abah sanggup tunggu saya balik keje dulu tuk makan malam. Sweet tak family saya? Makan ramai-ramai lagi berselera tau!

Dan yang terakhir ialah saya keje sebab nak bayar photographer time konvo nanti. Ye la pegi ngan orang tua kan. Takleh la posing lebih-lebih. Bila abang saya tahu je, terus dia cakap dia nak mintak cuti nanti saya konvo nie. Ye la abang saya pon baru je beli DSLR. Apa guna beli kalau tak pakai kan? Time de event camtu la kita guna. Ye dak? Selamat duit saya bila dengar abang nak amik cuti. Huhu. Terus je sms kawan saya tuh, saya nak cancel khidmat dia nanti. Bila fikir-fikir balik, cam melampau pulak sampai guna photographer kan. Sekarang~ Takde ah melampau sangat sebab guna khidmat abang sendiri. Bertuah kan? Jimat kan duit saya. Takkan ngan adik sendiri pon berkira abang oi? Huu.

Eh eh dah kul12. Saya keje shift petang masuk pukul1. Off laptop dan bersiap. Ok jaga diri. Ada masa jumpa lagi~

ps; Kucar kacir sikit entry nie. Sorryy :)

Babai!

06 February 2011

~~selesa sikit.

Salam Buat Semua.

Hee sorry.. Busy sangat oh sekarang nie. Balik keje sempat online fb je. Blog langsung tak sentuh. Nak blogwalking lagi laa.. Sorry sangat. Baru tahu keje nie penat. Alhamdulillah, tiap hari makin selesa ngan keje. Dah boleh sesuaikan diri. Hihi. Tetiap hari jumpa laki ensem. Ada can nak dapat bf baru. Wakakaka. Aku nie nak keje ke nak cari bf baru. Huh niat dah jauh tu. Ok, gurau je. Niat nak keje, cari pengalaman. Mana tahu boleh perkembangkan lagi pengalaman yang ada. Betul tak? Huhu.

Hmm ok la setakat nie. Lega sikit boleh update blog even sekejap.

Babai!

02 February 2011

~~penat! serius sangat penat!

Salam Buat Semua. 

Alhamdulillah hari nie dah masuk bulan Februari. Cepat je kan masa berlalu. Pastu bulan Mac pulak. Oh konvo! Saya dah tak sabar nak konvo! Yay!!

Pastu hari nie saya dah start keje. Ala keje biasa-biasa je pon. First day keje baru lah saya rasa, arghh penat weii.. Lambatnya habis keje. Ye la sebelum-sebelum nie mana nak rasa penat, lenguh-lenguh badan sikit boleh la baring atas katil. Dah keje nie mana boleh guling-guling dah :'(

Serius, sangat penat!

Sekarang baru tahu penat lelah seseorang bekerja demi mencari rezeki. Blog nie konfem terabai~

Tapi if  saya free, saya akan update jugak blog. Jangan risau. Saya ngan internet mana boleh pisah. Huhu. Balik keje tadi terus online. Amacam? Giler tak budak nie =.="

Semalam ada lepak-lepak ngan lelaki ini dan kawan saya. Tak sangka kitorang boleh pegi terbang sampai ke PCB. Oh takpe~ Saya suka pergi pantai. Nyaman jek... :))

Jom usha gambar, malas dah nak menaip. Kejap lagi dah nak tido. Esok keje pagi :P

~ngan Dik Jaa.. perjumpaan yang dirancang last minute.. last jumpa dia masa amek result SPM tahun 2007.. giler lama kot tak jumpa dia~

~yes.. orang belanja makan KFC! Krushers sangat sedap ok! Pilih lah yang Mocha Choc kot. tak ingat~

~posing tuk cover album tu perlu bila pegi pantai.. kekeke~

~gambar nie kena crop, kalau gf kawan saya tengok, mesti dia bunuh saya... tak pon kawan saya terbunuh.. hahahaha ye laa.. dia kan jeles ngan saya. hihi~

Ok, dah siap dah. Lama giler wat entry nie.... :'(

Nak tido dah... ok selamat malam Malaysia :)

Babai!

design with love by Dak Eina