kite kawan

18 November 2012

~~hobi baru :-P

Salam Buat Semua. 

Yeayy esok dah start kelas. Bosan melampau takde kelas... Siyes! *mata ke atas, tangan ke bahu* Jangan nak percaya sangatlah. Haha. Kalau boleh, nak kelas 2 hari jek seminggu. Ini dasyat! "Quit study, duk umah la bro!!!!"

Amboi mukadimah pon satu perenggan.. Haha. Actually cuti seminggu minggu lepas, aku tak balik umah pon. Kesian ma aku dapat anak macam ni.. "anak yang tak suka balik umah" Haha bukan tak suka tapi sebab seminggu hari tu dah balik kan lepas rindu peluk cium walaupon tak puas lagi.. Hukhuk tapi apa kan daya...

Hujan kat luar.. Stop kejap pegi angkat kain......... :-P

Okay, sambung balik. Tiket pegi balik kampung mahal. Tak mampu ko.. *alasan* Last sekali cari pak cik selamatkan aku dari duduk sorang-sorang kat hostel. Hehe. Untung jugak ada pak cik kat sini. Boleh lepak kat umah die jek, jumpa sepupu-sepupu yang comel. Hurmm seminggu gak lah duk kat Padang Besar.. Boleh rehat minda sebab seminggu sebelum ni kan test direct :(

Tetiba rasa benda tak penting pon aku cite. Argh lantak, blog aku kan? :-P

Dengan ini, aku mengumumkan hobi baru aku ialah, menjahit felt [?] Aku tak tahu nak panggil hobi ape, ke felt crafting [?] Haha. Abaikan. Sekarang meh tengok hasil yang aku dapat seminggu hari tu :)

D - Dak & E - Eina
Love ni satu je buat lain depan belakang.
Yang ni buat time kat Kelantan.

Untuk geng 4ketul aku.
Hp strap takde.
Harap maklum memang tak cantik :-P

Pencil box pertama yang aku buat.
Yeayy jadi!!
Senyum sampai telinga bila dah siap.
Semestinya untuk Dak Eina.

Nie pulak purse. *belum siap sepenuhnya*
Bila dah siap pendek lak zip tu. 
Nak letak IC, lesen, kad bank n duit lepas jek, nak keluarkan payah betul.
Hahaha!
Peringatan, lain kali beli zip panjang sikit tuk buat purse :) 

Semua ini inspirasi dari Yatie Musa. Dia kreatif! :)
Craft dari dia cantik-cantik, suka tengok.. Yang penting kemas.

Satu kepuasan bila benda ni dah siap dijahit. Mula-mula jahit memang susah, nak matikan jahitan pon ada skill tahu? Pastu dah lama-lama, tak kekok lagi. Dah reti sikit. Ye la tangan takde seni langsung, ada hati nak menjahit kan aku nie? Tapi ma aku support aku 100%. Dia sanggup ikut aku jalan sana, jalan sini teman pegi cari bahan dengan satu alasan "Nanti Eina bosan kat umah Ucu (pak cik) macam mane? Kalo ada benda-benda ni, ada jugak keje nak buat". 

So, apa lagi, ma aku sponsor glue gun, zip, benang, butang warna-warni, dan kain felt. Oh kalau nak tahu, aku tak buh fiber dalam love kat atas tu. Aku gantikan dengan span. Haha. Tak sangka aku boleh ketagih buat benda ni. Balik Kelantan nanti nak cari fiber lah sebab kat sini tak tahu barang-barang macam ni mana dijual :'(

Lepas ni boleh buat macam-macam. Hehe tapi buat untuk kawan-kawan je la. Nak ambik order tak boleh sebab memang tak lepas. Hahaha!

16 November 2012

~~busy body..syuhhh jauh sikit!!

Salam Buat Semua dan Salam Maal Hijrah 1434H.

Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Tutup buku lama, ayuh kita buka buku baru :)

Maaf tajuk entri agak kurang sedap untuk didengar. Tapi itulah yang ingin aku katakan sekarang. Aku paling menyampah ngan sesetengah orang yang suka sangat duk jaga tepi kain orang. Padehal dah besar panjang, umur dah makin lama makin meningkat tapi pemikiran macam budak-budak. Sangat tak matang! Kekadang malas nak ambik port tapi kalo dah selalu sangat, sampai dah satu tahap tu orang cakap boleh meletuplah. So kita kenalah bersuara supaya diorang sedar diri sikit.

Sumber; GOOGLE

Kalau dah betul diorang hebat. Sebelah pihak lagi dah buat salah, be professional lah babe. Face to face ngan orang tu.. Tegur dengan baik. Luahkan semua apa yang korang tak suka, meluat, benci dan macam-macam lagi yang patut. Tapi tak buat jugak, duk mengumpat sana sini.. Bukan ape, taknak ler dosa tu makin bertambah. :)

ps; Aku tak suka gaduh please :))

07 November 2012

~~pernah tak rasa tertipu dengan tips exam?

Salam Buat Semua. 

Malam tadi selesai menjawab test EMT (Electromagnetic Theory). Terus terang aku cakap, soalan tadi susah. Bukan susah nak mampos, tapi susah giler. Haha. Test direct dari Isnin sampai Khamis. Kesian tak kat aku?

Sumber; GOOGLE

Pastu kan biasalah, kalau dah nak test ke final ke mahupon kuiz, semua duk cari tips. Dari lecturer kelas sendiri hinggalah ke lecturer kos lain. Sanggup kau tebalkan muka pergi tanyakan tips dengan budak kos lain. Hihi. Ok, bila dah dapat tips, apa lagi? Pulun duk study yang tu lah. Haha.

Semua tips bergabung. So semua berkumpul study tips aje lah. Hahahaha. Berharap giler soalan sama macam tips yang dapat tu!

 Sumber; GOOGLE

Bila tiba masanya, test ke final, masing-masing muka masam mencuka. Tips yang duk study tu, haram nak sama! Iras-iras pon takde. Ceitt mulalah nak menyumpah macam-macam. "Takleh percaya kat tips lagi!!" "Soalan kejam! Bapak susah!" "Test...You killing me softly!!!"

Amboi~ Huhu.

Hikhik ayat-ayat kat atas tu macam pernah dengar jek. Hehe. Hurmm ayat aku! Hah tadi je baru sebut semua tu. Haha.

Mulanya memang mencarut gak la bila dapat soalan. Tapi lama-lama mengaku lah. Salah sendiri. Tak cukup masa study memang tak logik lah sebab cuti seminggu hari tu buat ape kan. Pastu nak salahkan tips pon tak guna jugak. Apa guna belajar, kalau mengharapkan tips semata-mata? Haa. Itulah student. Aku tak terkecuali. Hehehe.

Oleh itu, marilah kita naikkan slogan, "Jangan duk percayakan tips lagi" HAHAHAHA!

Sambung study, malam esok test Science Engineering dan lusa pulak Power System Engineering, doakan aku boleh buat tau~~~~ Pastu cuti seminggu lagi. Untungla... Tak sabar dah nak cuti. Hehe excited kemain, padehal tak balik pon. Hee :)

Jumpa entry akan datang. Muehehe :-P

ps; Siyes sedih sebab hampir 30 markah hilang begitu saje :(


design with love by Dak Eina