kite kawan

18 November 2012

~~hobi baru :-P

Salam Buat Semua. 

Yeayy esok dah start kelas. Bosan melampau takde kelas... Siyes! *mata ke atas, tangan ke bahu* Jangan nak percaya sangatlah. Haha. Kalau boleh, nak kelas 2 hari jek seminggu. Ini dasyat! "Quit study, duk umah la bro!!!!"

Amboi mukadimah pon satu perenggan.. Haha. Actually cuti seminggu minggu lepas, aku tak balik umah pon. Kesian ma aku dapat anak macam ni.. "anak yang tak suka balik umah" Haha bukan tak suka tapi sebab seminggu hari tu dah balik kan lepas rindu peluk cium walaupon tak puas lagi.. Hukhuk tapi apa kan daya...

Hujan kat luar.. Stop kejap pegi angkat kain......... :-P

Okay, sambung balik. Tiket pegi balik kampung mahal. Tak mampu ko.. *alasan* Last sekali cari pak cik selamatkan aku dari duduk sorang-sorang kat hostel. Hehe. Untung jugak ada pak cik kat sini. Boleh lepak kat umah die jek, jumpa sepupu-sepupu yang comel. Hurmm seminggu gak lah duk kat Padang Besar.. Boleh rehat minda sebab seminggu sebelum ni kan test direct :(

Tetiba rasa benda tak penting pon aku cite. Argh lantak, blog aku kan? :-P

Dengan ini, aku mengumumkan hobi baru aku ialah, menjahit felt [?] Aku tak tahu nak panggil hobi ape, ke felt crafting [?] Haha. Abaikan. Sekarang meh tengok hasil yang aku dapat seminggu hari tu :)

D - Dak & E - Eina
Love ni satu je buat lain depan belakang.
Yang ni buat time kat Kelantan.

Untuk geng 4ketul aku.
Hp strap takde.
Harap maklum memang tak cantik :-P

Pencil box pertama yang aku buat.
Yeayy jadi!!
Senyum sampai telinga bila dah siap.
Semestinya untuk Dak Eina.

Nie pulak purse. *belum siap sepenuhnya*
Bila dah siap pendek lak zip tu. 
Nak letak IC, lesen, kad bank n duit lepas jek, nak keluarkan payah betul.
Hahaha!
Peringatan, lain kali beli zip panjang sikit tuk buat purse :) 

Semua ini inspirasi dari Yatie Musa. Dia kreatif! :)
Craft dari dia cantik-cantik, suka tengok.. Yang penting kemas.

Satu kepuasan bila benda ni dah siap dijahit. Mula-mula jahit memang susah, nak matikan jahitan pon ada skill tahu? Pastu dah lama-lama, tak kekok lagi. Dah reti sikit. Ye la tangan takde seni langsung, ada hati nak menjahit kan aku nie? Tapi ma aku support aku 100%. Dia sanggup ikut aku jalan sana, jalan sini teman pegi cari bahan dengan satu alasan "Nanti Eina bosan kat umah Ucu (pak cik) macam mane? Kalo ada benda-benda ni, ada jugak keje nak buat". 

So, apa lagi, ma aku sponsor glue gun, zip, benang, butang warna-warni, dan kain felt. Oh kalau nak tahu, aku tak buh fiber dalam love kat atas tu. Aku gantikan dengan span. Haha. Tak sangka aku boleh ketagih buat benda ni. Balik Kelantan nanti nak cari fiber lah sebab kat sini tak tahu barang-barang macam ni mana dijual :'(

Lepas ni boleh buat macam-macam. Hehe tapi buat untuk kawan-kawan je la. Nak ambik order tak boleh sebab memang tak lepas. Hahaha!

1 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Nur BaiYah said...

salam perkenalan..datang singgah n follow aak..
bagus hobi baru awak tu..comel n kreatif


design with love by Dak Eina