kite kawan

29 March 2014

Rindu budak hensem nieee.

Salam Buat Semua. 


Hikhik dah lame tak cite pasal anak buah kesayangan ni, #IzzatDamien. Dah besar dah dia. Tahun ni dah masuk sekolah darjah 1. Sekolah kat Kelantan lagi tau sebab abang aku dapat transfer dari Sabah ke Kota Bharu. Alhamdulillah. Mana-mana pon sama. Janji keje tu halal ;)

Hari tu dapat luangkan masa seminggu je ngan Izzat ni sebab aku kena balik Perlis, cuti semester dah habis time tu :'(

Dah la datang sini (Sabtu), Ahad tu terima kol dari ma aku kat Kota Bharu bagitahu yang Izzat demam. Hmm aku rasa Izzat demam rindu. Kikiki. Kesian dia. Aku terus nangis tau dia demam. Tup tup malam tu Mak Uda dia pulak yang demam. Yess demam rindu! Suhu cecah 39'C kot. Pastu hari Isnin, pegi klinik U siap kena tahan ngan doc lagi. Kena minum air gula pulak tu. Air gula tu sebab perut kosong padehal dah pukul 12 tengahari. Haha first time minum air gula. Sedap! HAHAHAHA!

Malam tu pegi kecemasan hospital kat Kangar sebab demam tak kebah jugak. Fellow pon suh pegi hospital, mana lah tau nanti tengah-tengah malam aku meracau ke apa kan. Kena amek darah sebab suspek denggi bila aku cakap kawasan umah aku (kat Kota Bharu) kawasan hitam denggi. Lepas dah amek darah dan tau keputusan ujian tu, tau tak doc cakap ape? Awak demam biasa je ni... Hmm dari situ aku dapat buat kesimpulan, aku demam rindu. Rindu Izzat! Huhu.. Hiks tenkiu roomate, Iffa tenkiu Pija sebab jadikan PFE ko ambulans malam tu. Sampai sekarang aku duk panggil kete dia ambulans. Wekkk :-P

Dua perenggan cite pasal aku. Tersasar jauh. Takpe lah berkaitan dengan Izzat jugak kan. Sape suh buat Mak Uda rindu Izzat. Kan Mak Uda dah demam rindu :')

Sabtu depan, In Sha Allah balik kejap jumpa Ma, Abah dan Izzat. Rindu bak hang!

Misi mencari B-Daman, nak bagi Izzat hadiah pastu nak bagi Izzat ingat Mak Uda bila Mak Uda dah balik Perlis. Hehe sayang Izzat lebih! Yaya, Syahmi, Ashraf dan Azfar pon Mak Uda sayang jugak. Kikiki.

Jom layan gambar #IzzatDamien kesayangan Mak Uda, Tok Ma n Tok Bah. Mummy Daddy Izzat pon sayang Izzat jugak :)


 



Tu diaaa.. Tok Ma dan cucunya. Kusyuk duk main iPad n tab. Rindu dua-dua tau! Minggu depan peluk cium tak lepas lah. Siaplah!

2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

ida said...

oh my!! did you eat spiderman head?!!haha. cute...
happy birthday anyway! may your niece grow up as a good person. <3

ida said...

oh my!! did you eat spiderman head?!!haha. cute...
happy birthday anyway! may your niece grow up as a good person. <3


design with love by Dak Eina