kite kawan

19 June 2014

Azabnya nak habiskan dua paper niiii.

Salam Buat Semua.

Buat keje gila sikit pagi-pagi ni duk update blog. Alaa apa nak pelik. Kata student kan, kalau tak stay up tu bukan namanya student. Student tido on time tu masa mula-mula start semester je sebab time tu assignment, test semua takde lagi. Kan? Setuju tak apa yang aku cakap. Ni aku ni sebab study la ni. Kalau tak, dah terbongkang jugaklah.. Hahaha.


Baru dua paper lepas. Ade lagi dua paper. Sabtu (21.06.2014) dan Khamis (26.06.2014). Nampak tak gap yang lama. Adehh tiap semester mesti jadi last yang balik. Dah la pasni tambah dua minggu lagi duk sini. Hmm makin lama hitungan hari nak balik kampung. Sobs sobs. Sedih sangat. Tapi kena hadap jugak. Last semester, berkorban apa saje. September nanti dah boleh konvo! In Sha Allah. Doakan semua paper yang aku amek lulus dengan jayanya... Lepas tu cari keje. Sekarang pon dah apply macam-macam. Interview dua tiga duk panggil. Pape lepas ni, ada rezeki ada la. Usaha tetap usaha. Jangan mengalah. Jangan lama sangat duk simpan sijil nanti berkulat. Hee tu ayat abang aku. In Sha Allah mudah-mudahan dapatlah keje nanti.

Kesimpulannya, azabnya nak habiskan dua paper ni. Pastu dah boleh menjerit MERDEKA!! MERDEKA!! Heee. Tak sabarnya. Okay sambung study!

Opss sebelum terlupa, aku sokong Germany. Hye Klose. Okay bai!

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina