kite kawan

17 July 2014

Today is My Birthday! ^^,

Salam Buat Semua. 

Hey aku dah Jubli Perak uolss tahun ni. Macam tak percaya jek. Tepuk-tepuk pipi. Tak jadi. Hantuk kepala kat dinding! Haa baru jadi. Sakit dohhh. Haha. Yess kau dah 25 tahun la Dak Eina. Adeh.

 12hb Julai 2014. I'm 25 years old!

Awal nau makan kek kan? Hikhik sebabnya 14hb aku dah balik Kelantan. Yup now aku dah kat Kelantan. Tak dapat jugak merasa sambut birthday di negeri orang. Haha. So, 25 tahun jugak aku sambut 17hb Julai kat Kelantan.

Thanks MED. Walaupon tetiap hari gaduh, tapi 12hb aritu die buat suprise giler-giler lah. Turun nak g jumpa die. Dapat satu kotak hadiah. Hihi. Hadiah apa? Tu rahsia. Ada dalam bilik aku tu. Pegi la tengok kalo nak tahu. Kahkahkah. Tetiap hari tengok tetiap hari ingat die. Saje je kan. Haha. Malu aiii~

Tahun ni makin bertambah umur ni makin takde keistimewaan pulak. Makin rasa kena cepat-cepat cari kerja dan hadiahkan tuk parents aku. Aku tak mengharapkan hadiah dah. Aku pulak rasa nak bagi hadiah. Diorang dah jaga aku 25 tahun beb. So, ko nak apa lagi? Nak husband? Tu ma suh cari sendiri. Haha.

Husband tu nanti lah. Sekarang ni. Aku nak KERJAAAAAAAAAAAAAA!!

Okay la.. Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun untuk diri sendiri. Semoga berbahagia n sukses dalam apa jua yang diceburi.

Selamat berbuka puasa semua. Aku lahir time Maghrib. Saje schedule-kan entry ni.

 Hihi peace yooo~

03 July 2014

Rezeki Allah SWT tu luas.

Salam Buat Semua. 

Alhamdulillah.. Puasa dah hari ke-4 harini. Cepat je masa berlalu kan. Dah tiga hari aku berpuasa kat sini. Tiga hari jugak pengalaman berpuasa pertama kali di perantauan. Hikhik feeling duk oversea gituwww. Tapi duk Perth-lis je pon. Kehkeh.

Ingat lagi tak dengan entry lepas? Kalau tak baca. Scroll bawah dah boleh baca. Syukur alhamdulillah.. Sekali lagi Allah SWT permudahkannya. Perancangan dariNya hebat. Aku insan yang lemah ni hanya mampu merancang. Semuanya telah ditentukan. Allah SWT tunjukkan jalan. Cepat sekali dia tunjuk jalan.

Sekarang aku still kat UniMAP sebab join short course Electrical Installation Design. Syok giler program neh. Enjoy je belajar. Tak stress macam belajar sebelum nih. Hikhik. Pastu aku dapat peluang tuk ikut training DreamEDGE kat Taiping. Alih-alih apa yang aku duk dilema sebelum ni, terjawab. Semalam baru dapat tahu seorang student tak boleh join dua program. Tak adil bagi yang tak dapat join kan? Hmm so aku redha. Aku tau situ bukan rezeki aku. 

Aku diberi dua pilihan. Stay kat UniMAP atau join training kat DreamEDGE yang start 13hb Julai ni. Aku pilih tuk stay kat UniMAP join short course nih sebab aku rasa selesa sangat dengan pembelajaran dia. Lagi pulak, aku ada mintak pandangan ma aku. Siyes hati aku berbelah bagi sangat semalam. Last word ma aku, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..."

So, aku teruskan apa yang aku kendong sekarang... In Sha Allah.. Ada rezeki aku kat tempat lain kerana aku percaya rezeki Allah SWT tu luas.


Salam Ramadhan dari aku.

design with love by Dak Eina