kite kawan

03 July 2014

Rezeki Allah SWT tu luas.

Salam Buat Semua. 

Alhamdulillah.. Puasa dah hari ke-4 harini. Cepat je masa berlalu kan. Dah tiga hari aku berpuasa kat sini. Tiga hari jugak pengalaman berpuasa pertama kali di perantauan. Hikhik feeling duk oversea gituwww. Tapi duk Perth-lis je pon. Kehkeh.

Ingat lagi tak dengan entry lepas? Kalau tak baca. Scroll bawah dah boleh baca. Syukur alhamdulillah.. Sekali lagi Allah SWT permudahkannya. Perancangan dariNya hebat. Aku insan yang lemah ni hanya mampu merancang. Semuanya telah ditentukan. Allah SWT tunjukkan jalan. Cepat sekali dia tunjuk jalan.

Sekarang aku still kat UniMAP sebab join short course Electrical Installation Design. Syok giler program neh. Enjoy je belajar. Tak stress macam belajar sebelum nih. Hikhik. Pastu aku dapat peluang tuk ikut training DreamEDGE kat Taiping. Alih-alih apa yang aku duk dilema sebelum ni, terjawab. Semalam baru dapat tahu seorang student tak boleh join dua program. Tak adil bagi yang tak dapat join kan? Hmm so aku redha. Aku tau situ bukan rezeki aku. 

Aku diberi dua pilihan. Stay kat UniMAP atau join training kat DreamEDGE yang start 13hb Julai ni. Aku pilih tuk stay kat UniMAP join short course nih sebab aku rasa selesa sangat dengan pembelajaran dia. Lagi pulak, aku ada mintak pandangan ma aku. Siyes hati aku berbelah bagi sangat semalam. Last word ma aku, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..."

So, aku teruskan apa yang aku kendong sekarang... In Sha Allah.. Ada rezeki aku kat tempat lain kerana aku percaya rezeki Allah SWT tu luas.


Salam Ramadhan dari aku.

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina