kite kawan

24 October 2015

Keperluan ke kehendak? :/

Salam Buat Semua.

Hai. Dah lama tak bersua. Kali ni mood blogging tu datang tiba-tiba. Ibarat kilat sambar menyambar. Hati berdebar-debar. Tangan terketar-ketar. Eh sebab apa. Suka hati la. Tak berkaitan pon hahaha. Aku baru baik demam. 3 hari jugaklah tersadai tapi pesen antibodi kuat *berlagaknya* takde lah demam teruk mana.. Bila demam, kenalah lasak sikit, kalau tak demam tu ikut kelemahan kau tahu tak?

Pagi kemarin pegi klinik konon nak dapat ubat je la. Sekali, doc tanya ada pape lagi tak? Alang-alang mintak la MC. HAHA. Doc cakap okay boleh saje. "Kenapa you macam takut-takut nak mintak?" Doc persoal balik kat aku. Mau tak takut nak mintak sebab dekat kaunter dah siap kena warning. Doc akan bagi MC pada yang betul-betul memerlukan saja. Ok fine. Kira aku ni tak perlu? Kes aku ni kalau dah sampai ke klinik tu kira dua kali ganda perlu lah! HAHAHA.

Ubat demam yang dah boleh agak dah dapat yang ni.

Tapi.. Bukan ini yang aku nak cita bab keperluan ke kehendak? Uolss pon tahu kan Apple baru je release iPhone 6S tu. Nak pulak ada kaler rose gold. Kau ghase? Diri ku tak tercabar dengan kehadiran kaler tu. Hukhuk. So sekarang, persoalannya keperluan ke kehendak?

Ya Allah.. Jika dia jodohku dekatkanlah. Jika dia bukan jodohku, tak kira nak dia jugak.. Rose Gold!

Tak kira nak jugak! Target dua bulan dari sekarang. InshaAllah. Handphone memang keperluan. Now dah ada seketui handphone yang belom cukup setahun pon guna tapi yang si iPhone ni dah kira bertukar jadi kehendak dah kalau dah tahap masuk mimpi bagai ni hehe. Tak tahu kenapa. Obses ke? Tak pon. Tapi... Awat duk jadi tergoda entah. Seksi tang mana? HAHA. I need you lah baby. Serious serious serious!!! Dulu pernah cakap kat Ma. Salah satu hantaran Eina, iPhone lah selain dari DSLR & teddy bear besar hihi. Demand. Sape nak kawen ngan kau entah. InshaAllah. Ada jodoh.. Satu hari nanti. Berdoa, berusaha, tawakal kepada Allah SWT ;)

Okay then, dah pukul 5. Cuti kak yong kawasan dah tamat. Malam ni kerja. :(((((( *muncung panjang sikit* Sebabnya ni pon dilema. Cita-cita jadi engineer nak tukar ke housewife boleh tak? Kesian suami aku nanti kena tanggung semua. Hikhik. Takpe lah saya jaga awak dan anak-anak kita. Hee mengada. Hai bakal suami. Sesiapa pon awak, saya tunggu ok? Bye.

3 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

amira faqihah said...

hai kak eina ! lama dah x baca entry akkk ;D

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Farahain ZFA said...

hai , ain datang singgah sini dan follow awak .
salam perkenalan :)


design with love by Dak Eina