kite kawan

15 March 2009

konsert pertama af7 gempak bgt!!!

uh sgt2 ler xpuas ati..apsal r MU vs LIV men smlm gk..dh ler 1st konsert!! uh sgt2 xadil ler ari smlm!! dh ler kalo MU mng xpe gk..neh sgt2 mngecewakan ak n berjuta ag peminat MU tuh..huh congrate ler peminat2 LIV..LIV-4 n MU-1..uh xpew lar..sape suh men tyme konsert AF..haha..back 2 AF!! nway xpe lh jnji persembahan ARIL n ISMA ak sempat tgk!! huh ARIL btl2 besh smlm..sgt2 bertenaga lar..yg penting tiada penyingkiran wei..huhu :)


berita hangat dr murai.com.my:

Konsert Pertama AF7 Tiada Penyingkiran

Ramalan ramai pihak bahawa tiadanya penyingkiran dalam konsert sulung Akademi Fantasia 7 (AF7) menjadi kenyataan apabila tidak ada pelajar yang terkeluar selepas kesemua 14 pelajar tamat membuat persembahan sebentar tadi (Sabtu).


Konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, itu dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104) dan turut menyaksikan buat musim kedua berturut-turut penampilan AC Mizal sebagai hos. Ia juga mengumumkan secara rasmi bahawa pengkritik tetap baru adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie.


Barisan pelajar perempuan yang membuat persembahan malam tadi adalah Adila dengan lagu Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal Jaclyn Victor, Isma (Sepi/ Yuni Shara), Rini (Elergi Sepi/ Azharina), Claudia (Sempurna/Andra & The Blackbone), Zizi (Molek/ Elyana), Aishah (Dan Sebenarnya/ Yuna) dan Rubisa (Matahariku/ Agnes Monica).


Manakala pelajar lelaki yang membuat persembahan ialah Qhaud (Phoenix Bangkit/M Nasir), Yazid (Penghujung Rindu/ Jamal Abdillah), Sidi (Terima Kasih Cinta/ Afgan), Hafiz (Lagu Kita/ Aizat), Obri (Jeritan Batinku/ P Ramlee), Aril (Rahsia Perempuan/ Ari Lasso) dan Akim (Hatiku Kau Luka/ Alleycats).


Kesemua pelajar menyanyi secara solo diiringi live band pimpinan Acis dan belum ada sebarang gimik luar biasa atau mengejutkan malam tadi.


Pelajar yang mendapat pujian pengkritik adalah Hafiz, Aril, Qhaud, Akim, Claudia dan Aishah manakala pelajar yang dikritik hebat adalah Obri.


p/s : kalo sy jd pengkritik ler..sy akn puji persembahan ARIL, ISMA n AISYAH!!!! huhu :)



Antara 'transformasi' yang terlihat dalam konsert pertama:



1. Tidak ada lagi tagline barisan pelajar seperti "Terlebih Sudah", "OKlah Tuu..." atau "Mesraaa..."
2. Tidak ada segmen nyanyian dan tarian lagu tema, Menuju Puncak, cuma muzik intro ketika konsert bermula.


3. Pelajar menyanyikan lagu dengan lebih pendek iaitu dari verse (rangkap) dan sekali chorus seperti mana American Idol. Mungkin juga kerana ini konsert pertama di mana 14 pelajar membuat persembahan dan bagi menyesuaikan dengan durasi rancangan itu.


4. Pelajar-pelajar mengenakan fesyen simple dan kasual rekaan krew baru tetapi sudah lama bergiat dalam bidang solekan dan imej iaitu Shada.


5. Meja pengkritik berada di sudut kanan pentas bukan lagi di depan-bawah pentas. Pentas utama pula lebih kecil dan pelajar yang menunggu giliran menyanyi duduk di kerusi yang berada di tengah-belakang pentas, bukan lagi di sudut kiri pentas. Dua kumpulan peminat juga berdiri di bawah pentas untuk bersorak seperti mana Anugerah Era.


6. Dalam konsert musim-musim lalu, hos AC Mizal akan memanggil pelajar dan bermesra dulu di sudut sofa tetapi kali ini dia hanya berbual selepas persembahan secara berdiri. Mungkin kerana tidak mahu mengganggu fokus dan konsentrasi pelajar sebelum mereka menyanyi.


7. Paling penting, dapat disaksikan bahawa kualiti vokal pelajar musim ke-7 lebih baik kerana rata-rata mempunyai vokal yang mantap.


8. Ini adalah pertama kali konsert mingguan AF berlangsung di gelanggang baru, Dewan Sri Putra, Bukit Jalil (bersebelahan Stadium Putra).




p/s : hope 2nd konsert xmghmpakan~~~ hihi :)




lastly!!
jgn lupe afundi dak2 AF7 ok~~~
AFUNDI(nama singkatan pelajar)
hantar ke
32999

8 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina