kite kawan

30 April 2011

~~Maharaja Lawak Minggu ke-5 JOZAN :)

Salam Buat Semua.

Amboi Dak Eina update blog la time time macam nie. Pelik tak? Hahaha! Jangan pelik ok, nanti esok saya cite la kenapa dan mengapa saya boleh update blog tak kira masa dah sekarang nie :)

Actually saya baru lepas tengok Maharaja Lawak (ML) kat Youtube. Maklum la kat umah takde pakej Mustika. Memang bagus Astro. Yang best-best tayang kat Mustika. Kalau nak tengok kena langgan dulu. Itulah dinamakan strategi =.='

Kalau boleh nak je langgan Mustika tapi takpe lah, channel yang beratus pon tak habis nak tengok lagik. Hak hak lagipon sekarang, Youtube dah ade semua tuh. Search je nak ape ngan full movie ape semua ada. Huhu maju-maju!


So, straight to the point, paling best ML minggu nie semestinya JOZAN! Saya minat JOZAN ok! Time diorang jadik pengacara Raja Lawak pon, saya tetap minat diorang. Kalau ada undian tuk JOZAN time mengacara, konfem dia menang. Lawak dia kalah lawak-lawak peserta lain. Ye tak? Hee~

Dah tengok persembahan diorang? Nah~ Konfem gelak guling-guling :P





Bagi pandangan saya, lawak diorang paling terbaik minggu nie. Sepah ngan Nabil? Ok laaa~ Huhu!

Babai!

29 April 2011

~~Prince William & Princess Kate Middleton.. sweet! :))

Salam Buat Semua.

Alahai comel je pasangan nie.

Tadi balik keje kul7 sebab shift pagi. Balik je umah, satu family ngah tengok perarakan pasangan pengantin kat #712 - Live Royal Wedding. Wuu laju je ambik tempat nak tengok sama. Fuhh! Cantik ah Kate. Prince William pulak ensem. Memang sepadan lah diorang. Jeles pulak nengok.. Hik hik. Tak baik jeles-jeles ea :P



Congratulations Prince William & Princess Kate Middleton  :)

ps; Tak sabar nak kawen! :P

pss; Kalau tak paham, translate lah ye putera raja. Muahaha!

Babai!

25 April 2011

~~tension! dah lama tak tension macam nie tahu!

Salam Buat Semua.

Sorry baru boleh update blog. Biasalah ada cite panas sikit mesti nak story kat blog. Maklumlah, blog kan tempat saya bercerita-berkongsi-meluahkan perasaan sedih, amarah mahupun gembira. Wah ayat nak mantap tapi hancuss. Hahaha!

Nie gara-gara blog Pinky Girl Talk update la nie. Jeles ngan dia terus nak update sekali. Ok, nampak sangat menipu. Kekeke tak pasal-pasal budak nie kena. Sorry dear. Actually saya nak promote blog you lah! =)

Ok, sekarang musim tension kembali. Kalau budak-budak u tension ngan final exam. Saya pulak tension ngan keje. Walaupon keje bukan susah sangat tapi tetap rasa tension. Bukan tension pasal keje sebenarnya tapi lebih kepada bos. Bos saya tuh perangai macam ape entah. Dua bulan keje sebelum nie ok je perangai. Sejak dua menjak nie kenapa la boleh berubah sebegini teruk. Bila dah nak masuk bulan ketiga nie, tetiap hari buat hal. Buat saya menyampah gila. Dah mula rasa tak tahan dengan dia. 

Setiap kali datang angin giler dia, *saya bukan nak cakap dia giler* semua orang dia nak marah. Customer pon tak terkecuali. Pastu bila customer lari, dia salahkan saya dan budak sorang lagi. Ape hal makcik cina nie. Geram betul ah. Selamat ah makcik tu sebab saya bukan jenis panas baran. If saya baran sekalipon, saya tetap hormat dia sebab dia bos saya. Pendam dalam hati. Nak marah pon, marah dalam hati jugak. Pujuk diri sendiri supaya hati cepat sejuk jangan yang panas tuh meletup sudah.

Hari Khamis lepas, dia ada mengamuk sikit yang jualan saya makin hari makin menurun. Dah tuh nak suh saya bomohkan customer ke hape makcik? Dah la kawasan tuh dah kurang orang, pastu nak salahkan kitorang. Ada ke patut? Siap bagi saya masa 3hari tuk naikkan balik jualan. Kalau tak, saya akan diberhentikan atas alasan = tak sesuai keje kat situ. Bongok ke makcik neh? Geram ah nak sound dia tapi Dak Eina kan budak baik, penyabar lak tuh *angkat bakul sendiri* so sound dia dalam hati, "Ehh tak sesuai? Aku dah keje dua bulan setengah nak masuk bulan ketiga dah nie ok ada ke patut cakap aku tak sesuai? Kau giler ke hah?" Haishh tension haku =.='


Esok kalau nak kira hari ke-3 la, tempoh masa yang dia bagi tuh. Kalau kena berhenti pon, nak buat macam mane kan? Berhenti je. Tapi kekadang ok pulak makcik tuh ngan saya. Boleh bergurau senda, bercerita itu ini. Pelik betul la. Meroyan ke hape? Hahaha! Kalau dia nak suh saya sambung keje ngan dia maybe sampai bulan nie je kot. Cukup-cukup la seksa diri keje kat situ. Kena tahan dengar dia membebel, *tahan giler telinga aku dengar dia membebel selama dua bulan setengah nih* jadik kuli batak dia hmm ape lagi eh. Semua yang teruk-teruk lah! Cuti kena potong gaji! Dah la gaji sikit! Potong lagi tu. Keje OT pon bayar sikit! Hah ape lagi eh?

Lain kali lah saya sambung. Dah ngantuk bebenor nih. Panas badan ah malam nie sakit hati punya pasal. Kekeke. Giler ah entry nie. Main sembur jek. Berani kerana benar. Ye tak? Sape kenal makcik tu? Korang bukan kenal pon kan. Tu yang berani buat entry nie. Haha!

Ok lah. Nekad, keje sampai bulan nie saje. Lepas nie cari keje lain, mungkin di negeri orang~ InsyaALLAH :) 

Babai!

19 April 2011

~~saya belanja korang ngan donut! suka tak?

Salam Buat Semua.

Nah.. Tuk korang :P

~big apple donuts~

Selamat menjamu selera semua (^.^) 

Babai!

18 April 2011

~~selamat tinggal sayang :'(

Salam Buat Semua.

 

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersamamu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

 

Maafkan ku jika aku yang bersalah.

Aku abaikan tanggungjawabku dalam menjaga kau.

Aku pentingkan kerja aku.

Janji nak belikan kau cage baru tapi tak terbeli pon sebab alasan = takde masa nak kuar pegi beli.

Giler terkilan betul aku bila ingat-ingat balik :'(

Dah berbulan kita bersama, akhirnya kau pergi tuk selama-lamanya.

Entah dapat atau tidak untuk aku mendapatkan pengganti kau.

Sayang...
Semoga kau tenang di sana.


 Hamsterku telah tiada.

Sedih T____T 

Babai!

13 April 2011

~~delete blog nie. setuju atau tidak? | takut pada lelaki berusia!

Salam Buat Semua. 

Alahai datang dari mana entah idea nak delete blog nie. Padehal baru je renovate~ Perasan tak blog nie dah lain bebenor? Kui kui kui. Opss sorry sebab lambat buat entry ucapan terima kasih tuk Fyka. Al maklum lah SIBUK *alasan sama je tiap kali update blog, perasan tak? hehe* Dia lah yang design template saya yang baru nie. Lawa tak? Jeles tak? Kalau jeles, pegi lah suh dia buatkan jugak. Harga berpatutan ok. Jangan risau. Anda mampu bayar punya. Hee.. Klik [sini] tuk tempahan. 

Dah laa suh orang edit tetiba rasa nak delete blog nie. Nampak sangat menipu kan? Hee :P

Mana mungkin saya akan delete blog nie. Banyak kenangan kot! Kenangan dan kepahitan sebenarnya tapi takpe lah, hidup perlu diteruskan jua.. Kan? Banyak nak saya ceritakan tapi tak tahu nak cite macam mana. Saya skip-kan cite ok :)

Minggu nie ada kenal ngan seorang lelaki yang agak berusia la. Senang cite, ngan seorang pakcik! Bila ditanya pasal status, dia cakap RAHSIA. Bongok betul. Memang syak dia dah kawen ah. Pastu hari nie (Selasa) dia call saya dan cakap nak bagi saya bunga. Giler menggigil ok! Baru kenal beberapa hari dah nak bagi bunga. Giler ke itu orang? Terus call seorang kenalan rapat yang saya anggap dia macam abang saya sendiri. Dia la yang datang selamatkan saya. Alhamdulillah, takde dah gangguan dari pakcik tuh bila kawan saya cakap ngan dia supaya jangan ganggu saya lagi.

Umur dah baya kakak dan abang saya malah lagi tua dari diorang, mustahil tak kawen lagi kan? Bila ingat balik, kenapa saya yang kena dugaan macam nie. Di uji sampai macam nie sekali. Berkenalan dengan orang tua =.=' Mana tahu dia suami orang kan? Nanti tak pasal-pasal kena tuduh perampas laki orang. Oh tidak! 

Hmm menyesal sangat bagi dia nombor tepon sebab percaya yang dia nak bagi saya keje yang dapat gaji lebih sikit dari saya dapat sekarang tapi tu lah 2 in 1 rupanya~

Katanya saya matang bila bercakap. Haruslah cakap sopan sikit sebabnya hormat kat orang tua. Dah nampak dia tua kan. Kalau ngan orang muda, lain ah sikit. Ada sifat malu-malu kerbau. Ye tak? Tapi ada gak belasah je takde malu-malu. Terlebih tak tahu malu ada jugak. Hahahaha. Tengok keadaan ah. Kalau laki tuh jenis giler-giler, makin giler ah saya nie bila bercakap. Maklum lah, orang nie banyak ragam perangainya. Ye tak?

Tak boleh blah betul bila pakcik tu cakap saya matang. Matang ke muka Dak Eina nie? Latest ok gambar nie.

 ~gambar macam budak main pondok-pondok je kan?~

Btw, nak tahu tak kenapa saya panggil dia dengan panggilan pakcik? Dia dah 36 tahun ok! 14 tahun beza! Haishhhh~ Macam pakcik ngan anak sedara je! Siyes fobia nak kasi nombor tepon kat orang tua.  Orang muda boleh je. Hahaha. Tapi tak boleh percaya semua tuh. Cakap single. Single taik kucing! Ok Dak Eina dah start marah nie. 

Babai!

05 April 2011

~~keywords untuk hari nie.

Salam Buat Semua. 

Tak lain dan tak bukan, semua orang ngah cari pasal buah hati saya je. Sana sini orang duk cite lagi pasal Shaheizy Sam. Nie mesti sebab entry yang sebelum nie. Memang betul pon! Bila taip je nama SHAHEIZY SAM kat google, blog saya ada tersenarai same walaupon last sekali. Mak tetap bangga nyah! Hek hek :P

~wah ade jugak tuuuu INI CERITERA DAK EINA~

Dan kalau korang nak tahu, hari nie orang search Shaheizy Sam makin meningkat dari jam ke jam.

*klik gambar tuk tumbesaran*
 ~see.. dah cecah 30.. walaupon sikit bagi korang.. bagi saya, dah banyak tuu~

Semua orang nak tahu pasal dia je kan. Makin popular lah dia pasni. Kan? Caiyok caiyok Sam!!! I loveeee youewwwww (versi Sam). Hehe. Btw Sam dah ada website sendiri tau. Klik SINI ok :)

Babai!

04 April 2011

~~Shaheizy Sam.

Salam Buat Semua. 


Semua perempuan single tergila-gilakan dia.

Termasuklah saya! 

Hihihi.

ABPBH punya pasal saya update blog. Huhu!

Sam.. Saya single.. Awak?

*gediknya Dak Eina*

ps; Lagu blog khas tuk Sam. Hua Hua Hua :P

Babai!

design with love by Dak Eina