kite kawan

22 December 2013

~~Settle #fyp... Now #finalexam pulak! Study mode : ON!

Salam Buat Semua. 


Start Jumaat yang lepas, study week pon bermula... Macam panjang sikit je study week ni.. Hehe. Lebih kurang dua minggu sebelum start paper aku. First paper aku 2hb Januari 2014. Tahun baru gitu. Hee :D

Sebenarnya entry ni nak cite pasal kejadian yang berlaku minggu lepas. Minggu lepas kan aku ada dua presentation di mana satu presentation tu buat aku tak boleh tido lena untuk 2,3 hari jugak la sebelum hari kejadian. Cuak wei. Pejam mata kejap mesti akan celik balik. Takutnya alahai =.='

First presentation tu FYP 1 punya. Present pasal project progress tuk semester ni. Projek aku melibatkan dua bahagian; software dan hardware. Semester ni aku dah siapkan bahagian software. Semester depan hardware je la. Presentation ni ada 2 hari dan aku adalah antara golongan yang 'cukup bertuah' kena present pada hari pertama. Ohmai!!

 Muka cuak. 2 minit lepas gambar ni di-snap aku kena present kot! 

Belakang tu boleh tengok 3 orang panel yang aku kena hadap. Huhu. Alhamdulillah panel ni semua baik. Soalan tanya berdasarkan kefahaman aku je. Syukur sangat Ya Allah. Kalau tak paham nasib ko la wei. Ada 3 soalan. 2 soalan berjaya jawab dengan betul. Lagi 1 soalan tu aku jawab salah. Hmm :'(

Hanya Allah swt dan aku je tahu perasaan aku time ni. Sekarang dah lepas, leganya Ya Allah!

Pastu dah habis present yang ni, malam tu aku ada test pulak. Pheww pegi jawab test ngan kepala otak kosong. Tu la orang duk cakap duk kejar 2 jam kredit. Subjek 3 jam kredit di anak tirikan. Langsung aku tak study. Teruk-teruk. Sebab tu jangan buat kerja last minute! Hmm baiklah =_______=

Apa-apanya dah lepas kan semuanya. Thanks a lot kat supervisor aku yang banyak tolong anak buah dia yang ni dari yang tak tahu pape, dapat kumpul ilmu sikit-sikit bagi paham apa sebenarnya projek yang aku duk buat tu. Hihi dan tak lupa jugak kat MED yang selalu kena marah sebab kelemahan aku yang ni. Lambat pickup pastu nak salahkan die. Seperti biasa die dengar je la kalau aku marah. Sorry.... Nanti FYP 2 tolong lagi ek? Hikhik :))

My group members and I with our English's lecturer, Miss Khor Ching Pey ;)

Caption nak in english gitu. #tungganglanggang Oh My English! :-P Presentation yang kedua pulak dalam kelas University English. Fuhh yang ni kira berdebar dia lain macam jugak sebab oral presentation kan. Aku ni kemain buat skrip tapi bila sampai masa, kuar ayat lain. Spontan gitu. Huhu. Yang berdebar tu sebab kena jadi first presenter. Hihi. Gedik nak wat introduction bagai kan. Ambik kau. Tapi tetap bersyukur sebab berjaya lepas dengan jayanya. Thanks to my group members.

Dengan ini, berakhir sudah FYP 1 dan kuliah. Hari ni (22hb Disember 2013) dah kena study sebab jadual study aku dah siap buat tadi. Hahaha. Tahun depan dah start final exam. Wekkk lagi 10 hari nak masuk tahun baru :-P

Tertampal sudah jadual study ku ini.

Start hari ni (22hb Disember 2013) sampai 18hb January 2014. Paper aku semester ni ada 6. Banyak kan? 19 jam kredit pulak tu. Huh semoga Allah mempermudahkan segalanya bagi aku. Tinggal semester ni dan semester depan je yang perlu aku habiskan tuk dapatkan degree ni. Aku kena buat betul-betul takleh main-main dah wei. Kesian ma abah aku kat kampung tu....

Kawan-kawan, tolong doakan kejayaan aku sama tau.. Doakan aku boleh buat yang terbaik tuk final exam tak lama lagi. Korang yang akan hadapi final exam sama ngan aku tu good luck jugak. Study dan jangan duk main banyak. Okay la take care dan jumpa lagi entry akan datang. Assalamualaikum wbt :)

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina