Salam Buat Semua.
Sorry baru boleh update blog. Biasalah ada cite panas sikit mesti nak story kat blog. Maklumlah, blog kan tempat saya bercerita-berkongsi-meluahkan perasaan sedih, amarah mahupun gembira. Wah ayat nak mantap tapi hancuss. Hahaha!
Nie gara-gara blog Pinky Girl Talk update la nie. Jeles ngan dia terus nak update sekali. Ok, nampak sangat menipu. Kekeke tak pasal-pasal budak nie kena. Sorry dear. Actually saya nak promote blog you lah! =)
Ok, sekarang musim tension kembali. Kalau budak-budak u tension ngan final exam. Saya pulak tension ngan keje. Walaupon keje bukan susah sangat tapi tetap rasa tension. Bukan tension pasal keje sebenarnya tapi lebih kepada bos. Bos saya tuh perangai macam ape entah. Dua bulan keje sebelum nie ok je perangai. Sejak dua menjak nie kenapa la boleh berubah sebegini teruk. Bila dah nak masuk bulan ketiga nie, tetiap hari buat hal. Buat saya menyampah gila. Dah mula rasa tak tahan dengan dia.
Setiap kali datang angin giler dia, *saya bukan nak cakap dia giler* semua orang dia nak marah. Customer pon tak terkecuali. Pastu bila customer lari, dia salahkan saya dan budak sorang lagi. Ape hal makcik cina nie. Geram betul ah. Selamat ah makcik tu sebab saya bukan jenis panas baran. If saya baran sekalipon, saya tetap hormat dia sebab dia bos saya. Pendam dalam hati. Nak marah pon, marah dalam hati jugak. Pujuk diri sendiri supaya hati cepat sejuk jangan yang panas tuh meletup sudah.
Hari Khamis lepas, dia ada mengamuk sikit yang jualan saya makin hari makin menurun. Dah tuh nak suh saya bomohkan customer ke hape makcik? Dah la kawasan tuh dah kurang orang, pastu nak salahkan kitorang. Ada ke patut? Siap bagi saya masa 3hari tuk naikkan balik jualan. Kalau tak, saya akan diberhentikan atas alasan = tak sesuai keje kat situ. Bongok ke makcik neh? Geram ah nak sound dia tapi Dak Eina kan budak baik, penyabar lak tuh *angkat bakul sendiri* so sound dia dalam hati, "Ehh tak sesuai? Aku dah keje dua bulan setengah nak masuk bulan ketiga dah nie ok ada ke patut cakap aku tak sesuai? Kau giler ke hah?" Haishh tension haku =.='
Esok kalau nak kira hari ke-3 la, tempoh masa yang dia bagi tuh. Kalau kena berhenti pon, nak buat macam mane kan? Berhenti je. Tapi kekadang ok pulak makcik tuh ngan saya. Boleh bergurau senda, bercerita itu ini. Pelik betul la. Meroyan ke hape? Hahaha! Kalau dia nak suh saya sambung keje ngan dia maybe sampai bulan nie je kot. Cukup-cukup la seksa diri keje kat situ. Kena tahan dengar dia membebel, *tahan giler telinga aku dengar dia membebel selama dua bulan setengah nih* jadik kuli batak dia hmm ape lagi eh. Semua yang teruk-teruk lah! Cuti kena potong gaji! Dah la gaji sikit! Potong lagi tu. Keje OT pon bayar sikit! Hah ape lagi eh?
Lain kali lah saya sambung. Dah ngantuk bebenor nih. Panas badan ah malam nie sakit hati punya pasal. Kekeke. Giler ah entry nie. Main sembur jek. Berani kerana benar. Ye tak? Sape kenal makcik tu? Korang bukan kenal pon kan. Tu yang berani buat entry nie. Haha!
Ok lah. Nekad, keje sampai bulan nie saje. Lepas nie cari keje lain, mungkin di negeri orang~ InsyaALLAH :)
Babai!
5 orang mendoakan Dak Eina kurus =):
haha,memang ramai orang yang stress sebab ragam di tempat kerja..memang tahap nak kene survive tu tinggi laa kn..
keje dekat mana tuu dak eina?
@jaya jr
yup. tetiap hari tension. org yg nk keje situ kne kuat sabar la..
@sarah mohamad
ade la.. hik hik!
kerja dengan cina, nasiblah. kena pulak dengan angin perempuan. wa memang lemah dengan bos atau lect perempuan, tak kool langsung. dua kombinasi lengkap. hahaha
Post a Comment