kite kawan

12 November 2011

~~selamat tinggal tenet laju :'(

Salam Buat Semua.

Ishhh sengal kan. Sedih bebenor aku nie terpaksa tinggalkan tenet laju kat Kelantan nie haa. Skang pon ngah belajar sesuaikan diri balik ngan berukband. Ta suka ta suka... Tapi terpaksa suka kalau duduk kat Wang Ulu. Hmm sabar je la~~

Malam nie bas pukul 11malam. Lewatkan? Tadi ada abang senior msg bagitahu ada pertukaran masa naik bas.. Aritu cakap pukul 8.30malam.. Kalau tak silap lah. Tup tup tukar pukul 11malam pulak. Makin lewat. Ishh aku kalau boleh nak sampai awal kat kolej (Wang Ulu) Iye lah tu kan aku nie. Haha ;P

Beg aku dah siap packing tapi buku belum lagi sebab fikir jap lagi nak study sikit. Malam nie memang takleh study langsung la kan. Memang krohhh krohh krohh je bila duk atas bas. Hihi.

Haa lagi satu, minggu busy kembali lagi!!! 6 test menanti aku ngan kawan-kawan aku. Caiyok caiyok kawan-kawan! *macam lah budak kelas aku baca blog aku kan =.=' *


Ok.. Mood sedih :'(

(◕‿◕)

11 November 2011

~~tetiba je rasa nak kawen........ :-P

Salam Buat Semua. 

 Ehem.... Amek mood luh.. Haha!

Ok, itu hanya tajuk. Turn aku lambat lagi... InsyaAllah 3tahun lagi. Mom dah cakap, "Eina, 3tahun lagi elok lah kawen ye". Aku pon tanpa segan silu menjawab, "Ok jugak tu, abes study boleh lah terus agih-agihkan kad kawen ye dak?" =.='

Ishhh Mom pulak excited lebih. Kehkehkeh. Sabo ler..... Kitew niew kann baru sambung study. Final yang nie pon tak lepas lagi. Haha tak sabo-sabo dah ye :P

Cite sebenarnya macam nie, semalam jiran aku, eh sedara aku jugaklah dia. Umurnya sama ngan aku. Dia dah kawen, so secara automatiknya pakat duk tanya aku pulak bila nak kawen. Ok, jawapan yang sama akan keluar dari mulut aku, "Ishhh lambat lagi... Habiskan study dulu makcik...."

Kemain meriah majlisnya, siyes rasa nak meriah camtu jugak lah nanti majlis aku *berangan-majlisnya-entah-bila-kan* Semua ada, lagu, silat.. Ok nak bocor rahsia sikit, aku bangun pagi semalam kan sebab bunyi bising ngan sound check. Ishh aku kan tak leh tido kalau bising *bajet baby* Ehem-ehem terima kasih lah kat abang-abang jiran sebab kejutkan saya ek. Haha :P

Sekarang meh tengok pengantinnya~~~

 Ok... Nie bukan pengantin lah woi!

 Haa. Nie baru pengantinnya. Comel tak? Oh ye lupa nak bagitahu, jiran aku lelaki yew. Nie bini dia :)

 Aku ngan kawan aku, Pija. Kawan aku yang sorang lagi pemalu. Dia tukang ambik gambar je la. Oh lagi satu, nie kakak ipar kawan aku yang pemalu tu la :)

26hb November nie InsyaAllah kawan baik aku sorang lagi akan nikah. Tapi aku tak dapat lah nak pegi majlis dia sebab aku ada kat Perlis dah. Sob sob sedih sebab tak dapat pegi majlis dia. Hmm takpe lah! Facebook kan ada! Tengok je gambar kan? Hihi :)

Haa dah ramai dah kawan aku yang kawen nie.. Aku bila lagi? Jawapan ada kat atas ye (^_^)


ps; Takde pulak gambar pengantin lelaki :P

(◕‿◕)

09 November 2011

~~Wordless Wednesday: Budak bucuk aku!

Salam Buat Semua. 


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak apa-apa penjelasan :)

sumber;
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

 (◕‿◕)

05 November 2011

~~Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Salam Buat Semua.

Aku dah selamat sampai Kelantan pukul 5.30pagi tadi. Gerak dari Perlis dalam pukul 10malam. Ok sorry la sebab dah lama tak update. Boleh pulak broadband aku limit. Ishh tak pernah-pernah aku guna sampai macam tu sekali. Nie angkara someone lah. Tapi dia tak mintak maaf pon ngan aku. Menci ok! Grrr!

Aku malas nak cite pasal dia. Cukuplah sekali wei.

Ok lah, aku dapat cuti seminggu sempena raya haji nie tapi cuti kali nie cam tak cuti je sebab bukak dari cuti nie, 6 test menunggu aku ok =.='

16/11: Analog Electronics II
18/11: Digital Electronics II
19/11: Electric circuit II
20/11: Instrumentation and Measurement
23/11: Engineering Mathematics II
2?/11: Titas (tak tahu lagi)

Beg aku berat sebab bawak buku je. Ade je nota yang soft copy tapi style aku, aku lebih suka baca nota yang aku conteng-conteng. Baru paham :')

Kalau duk kat kolej tetiap malam turun study ngan member aku. Kat duk kat umah nie, kena study sorang-sorang. Kalau tak paham, kena cuba gak paham sendiri. Hihi.
 
Aku tak tahu lah boleh study ke tidak. Dah le aku dah plan macam-macam ngan kawan aku. Ishh pening-pening @_@

Pastu dah sampai umah, tengok le baju baru aku. Ishh kemain seksi ^_^ Baju raya aku kain dia jarang tau. Aku langsung tak ingat baju baru aku nie cam ne. Lupa pulak nak bawak balik inner. Tak pasal-pasal kena cari baru kalau nak pakai gak baju tu esok. Hmm kalau tak kuar malam nie, pinjam ngan jiran pon boleh. Kehkeh. Tu pon kalau dia ada. Haishh malunye ~.~

Banyak lak aku membebel malam nie. Hihi. Out dulu, nanti aku update lain eh. Nak pegi amek kek keladi yang Mom aku order. Kalau ada masa jap lagi, plan nak buat kek coklat moist. Entah jadi ke tidak kek tu kan. Dengar-dengar cite malam nie banyak yang best. Hihi al maklum la 2 bulan tak tengok tv. Dah tak reti nak tekan remote tv. Ok itu tipu :P

Sebelum berakhir, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Esok jemputlah datang umah. Buat open house tau. Ada nasi dagang, kek keladi, tapai.. Hihi. Esok pon Mom ada korban. Boleh la makan daging banyak-banyak. Pastu pakat duk pening. Haha. Study kena jugak. Itu pesanan tuk diri sendiri dan jugak budak kelas aku yang terbaca entry nie.. (bajet ade budak kelas baca blog akak nie kennnn)


ps; Sambil makan daging, sambil study la ye!

(◕‿◕)

design with love by Dak Eina