kite kawan

05 November 2011

~~Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Salam Buat Semua.

Aku dah selamat sampai Kelantan pukul 5.30pagi tadi. Gerak dari Perlis dalam pukul 10malam. Ok sorry la sebab dah lama tak update. Boleh pulak broadband aku limit. Ishh tak pernah-pernah aku guna sampai macam tu sekali. Nie angkara someone lah. Tapi dia tak mintak maaf pon ngan aku. Menci ok! Grrr!

Aku malas nak cite pasal dia. Cukuplah sekali wei.

Ok lah, aku dapat cuti seminggu sempena raya haji nie tapi cuti kali nie cam tak cuti je sebab bukak dari cuti nie, 6 test menunggu aku ok =.='

16/11: Analog Electronics II
18/11: Digital Electronics II
19/11: Electric circuit II
20/11: Instrumentation and Measurement
23/11: Engineering Mathematics II
2?/11: Titas (tak tahu lagi)

Beg aku berat sebab bawak buku je. Ade je nota yang soft copy tapi style aku, aku lebih suka baca nota yang aku conteng-conteng. Baru paham :')

Kalau duk kat kolej tetiap malam turun study ngan member aku. Kat duk kat umah nie, kena study sorang-sorang. Kalau tak paham, kena cuba gak paham sendiri. Hihi.
 
Aku tak tahu lah boleh study ke tidak. Dah le aku dah plan macam-macam ngan kawan aku. Ishh pening-pening @_@

Pastu dah sampai umah, tengok le baju baru aku. Ishh kemain seksi ^_^ Baju raya aku kain dia jarang tau. Aku langsung tak ingat baju baru aku nie cam ne. Lupa pulak nak bawak balik inner. Tak pasal-pasal kena cari baru kalau nak pakai gak baju tu esok. Hmm kalau tak kuar malam nie, pinjam ngan jiran pon boleh. Kehkeh. Tu pon kalau dia ada. Haishh malunye ~.~

Banyak lak aku membebel malam nie. Hihi. Out dulu, nanti aku update lain eh. Nak pegi amek kek keladi yang Mom aku order. Kalau ada masa jap lagi, plan nak buat kek coklat moist. Entah jadi ke tidak kek tu kan. Dengar-dengar cite malam nie banyak yang best. Hihi al maklum la 2 bulan tak tengok tv. Dah tak reti nak tekan remote tv. Ok itu tipu :P

Sebelum berakhir, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Esok jemputlah datang umah. Buat open house tau. Ada nasi dagang, kek keladi, tapai.. Hihi. Esok pon Mom ada korban. Boleh la makan daging banyak-banyak. Pastu pakat duk pening. Haha. Study kena jugak. Itu pesanan tuk diri sendiri dan jugak budak kelas aku yang terbaca entry nie.. (bajet ade budak kelas baca blog akak nie kennnn)


ps; Sambil makan daging, sambil study la ye!

(◕‿◕)

design with love by Dak Eina