kite kawan

16 February 2012

~~dia lagi kurus KOT.

Salam Buat Semua. 

Hari nie kuar jenjalan lagi ngan Bib. Last jumpa sebelum balik Perlis. Huk huk dah nak balik sana. Kejap giler cuti nie. TAK PUAS lagi cutiiiiiiiiiiiiiiiiiii >.<

Aku perhatikan, aku lagi gemok dari Bib. Siyes, macam aku lak mak budak.

 Budak belum kawen

 Mak budak yang slim

Ok aku gemok kan!

Bib! Nak tips kurus!

Betul ke orang yang gemok, lepas beranak, dia akan kurus dan orang yang kurus, lepas beranak, dia akan gemok. Betul ke?

ps; Bib dulu gemok kot!

15 February 2012

~~Wordless Wednesday 2012, #4

Salam Buat Semua. 


Sangat SEDAP.
Siyes!

Maksud  Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar di blog  mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain gambar  tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak apa-apa  penjelasan :)

sumber;
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

14 February 2012

~~dulu berdua, sekarang bertiga :)

Salam Buat Semua. 

Ishh macam aku dah berkeluarga lak kan. Ye la biase macam tu la kan. Dah kawen, berdua. Pastu bertiga lak. Makna dia, dapat anak. Tapi dalam entry aku takde la macam tu. Aku kan masih single but not available. Ececeh..

Ceritanya macam nih, bff aku, Bib dah beranak! Actually anak dia nak masuk 5bulan dah. Oh fyi, anak dia lahir sehari lepas Syahmi lahir. Eee aku jodohkan jugak budak kecik dua nie kang. Haha! Anak Bib gegurl, anak sedara aku Syahmi sah la boboy kan? Erkk boleh nak jodohkan mereka tak? Haha!

Siti Arissa Irdina

Ok, masa cuti sebulan nie, banyak aku abeskan masa kat umah dia. Makan-makan kat umah dia. Sangat seronok, dua ronok, tiga ronok dan beronok-ronok. Haha. Tetiap hari kalau boleh nak pegi umah dia, kuar ngan dia. Bib nie lawak sangat. Kalau duk ngan dia, tak sah tak gelak. Mesti dia buat lawak dan lawak dia sangat bengong! Grrr!

 Keluar minum air sesama.

Shopping dan makan KFC sesama!


InsyaAllah, mahu keluar lagi ngan Bib sebelum balik Perlis!

ps; Belum pernah jumpa Syahmi :'(

~~tak nak balik... wuwuwuwu.

Salam Buat Semua. 

Ok cite sedih. Sangat-sangat-sangat-sangat!

18hb Feb dah kena balik Perlis. 20hb dah stat kelas. Rasa macam baru semalam aku sampai umah. Arghh tipu! :P

Tiket dah beli. Hmm kena pegi jugak. Kate nak belajar kannnnnnnnn?


Lagi 4hari je tinggal untuk enjoy. Hee (^____^)

13 February 2012

~~cupcake coklat kukus.

Salam Buat Semua. 

Pagi semalam punya sengal boring tahap cipan, aku masuk dapur, aku pegi buat cupcake. Ketung ketang duk sorang-sorang kat dapur, buat keje sampai berpeluh, siap bergaduh ngan Beckham lagi sebab tinggal dia kesunyian katanya lah kan, last-last berjaya jugak menyiapkan 50++ cupcake coklat kukus. Pukul 3 pagi baru siap semuanya..

Hasilnya!


Ada yang membesar ngan sihat, ada yang buruk rupanya. Tapi.... "Rupa bentuk tak penting kan, tetap masuk perut....." kata kawan aku. Huhu. Apa yang penting? Kerjasama! SEDAP atau tidak. Ye dak?

Rata-rata komen (kawan aku la yang biase jadi mangsa aku tuk merasa kek yang aku buat), Alhamdulillah, semuanya membuatkan den rasa nak masuk masterchef pasni. Haha! Tipu je la.. Aku rasa, lagi semangat nak buat lain.



Alololow ikhlas ke tidak budak dua orang neh? Mintak-mintak ikhlas la ye.. Thanks! Nanti aku buat lagi ye =)

So sape-sape nak cuba buat cupcake nie, boleh lah ke blog Cik Tom. Klik sini kalau mahu. Cuba jangan tak cuba! (",)

Result exam dah kuar, pape pon kena bersyukur. Alhamdulillah..... Next sem, usaha lagi dan lagi. Jangan cepat mengalah! Btw tahniah pade yang dapat dean list! Cekang ah (^__^)

11 February 2012

~~hantu ape aku nie?

Salam Buat Semua. 

Orang lain ada yang hantu cite korea, hantu download cite, hantu kak limah balik umah dan macam-macam hantu lagi lah kat dunia nie.

Tapi aku, hantu Big Apple.

Suka nau ngan donut tuh. Ok, kawan aku ajak makan Big Apple lagik. Hari tu dah makan, nak makan lagi hari nie. Melepas nak tengok cite romantik, Kuch Kuch Hota Hai  =.=

Takpe, donut lagi sedap. Kikiki.


Korang plak hantu ape?

~~ingat budak comel tak tahu marah ke?

Salam Buat Semua. 

Geram sangat sangat sangat tahu tak?!

Selama nie aku duk berlembut je ngan dia, ingat aku tak mampu nak marah ke ape. Ish geram giler neh. Duk main balas balas update status kat facebook lagik.. =.=

Pernah tengok budak comel marah dak? Aku bagi contoh, tengok lah Izara Aisyah dalam Vanilla Coklat..


 Bila dia marah kat Amir Asyraf, nampak dia lagi comel tahu tak?!!

Sambil-sambil tu, aku ngah layan cite neh. Hehek :P

Sekarang giliran budak comel yang nie pulak nak marah. Errr comel ker? (",)


If you have an issue with someone, talk to them about it. Don't post it on your Facebook wall and wait for someone to take pity on you and ask about it.

ps; Jom berbaik. HAHA.

10 February 2012

~~kite budak manjeeee! *part 1*

Salam Buat Semua. 


Hai! Name saya, Nur Alya Qaisara bt Rozaini tapi panggil Yaya je ok! Saya nak update pasal diri saya kat blog Udeyy. Sepatutnya saya panggil Mak Uda tapi lidah saya nie biaselah lidah budak-budak. Haha. Tak boleh sebut Uda. Mesti kuar Udeyy.. Takpe, dah besar esok, saya panggil Mak Uda. Sorry ye Udeyy? Hihi.

Yaya dah 3tahun bulan12 tahun lepas. So hujung tahun nie, Yaya dah 4tahun. Tak sangka dah tua dah Yaya ni. Haha.

Udeyy selalu datang umah Yaya. Macam biase lah, mesti Udeyy datang ngan Tok Ma. Tok Ma mane boleh datang umah Yaya sorang-sorang. Takut katenya. Hihi.

Kalau Udeyy ngan Tok Ma datang mestilah Yaya tak pegi umah Ibu (pengasuh). So, Yaya kena duduk umah ngan Udeyy dan Tok Ma. Seperti yang sebelum-sebelum nie, first day duduk ngan Tok Ma ngan Udeyy mesti Yaya nangis bila bangun pagi.

Sedar je dari tido, Yaya nampak Udeyy kat sebelah. Kenapa Yaya tido sebelah Udeyy pulak nie? Oh Mama letak Yaya sebelum Mama pegi keje. Mama tak nak Yaya nangis bila bangun tido. Tapi Yaya kan budak manje, mesti nangis sambil panggil "Mama, Mama, Mama.........."

Padehal malam sebelum tu, Mama dah pesan, "Esok, Yaya duduk ngan Tok Ma ngan Udeyy kat umah tau. Mama dan Papa keje.."

"Ok Mama."

Kononnye ok. Tapi..........


NANGIS JUGAKKK!

Buruknye muka Yaya tapi dah tak kisah dah sebab time tu siyes Yaya nak Mama je. Pujukan dari Tok Man ngan Udeyy, Yaya buat tak tahu je. Nak bagi susu? Sorryy tak nak! Tapi ada satu benda nie boleh buat Yaya berhenti menangis. Haa ape die? Ce teka.. Ce teka.

Yaya kena tido la. Dah lewat nie. Hakhak!

Bersambung............

08 February 2012

~~Wordless Wednesday 2012, #3

Salam Buat Semua. 


10tahun lepas.
Kenangan kat tempat mengaji Al-Quran.


Maksud  Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar di blog  mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain gambar  tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak apa-apa  penjelasan :)

sumber;
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

~~Wordless Wednesday 2012, #2

Salam Buat Semua. 


Ok fine.
Memang betul pon =.=


Maksud  Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar di blog  mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain gambar  tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak apa-apa  penjelasan :)

sumber;
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

04 February 2012

~~mungkinkah akan ke Ulu Yam?

Salam Buat Semua. 

Hai. Dah pukul 4 pagi dah. Oh ye sekarang dah 4hb Februari dh ye dan bermakna malam nie, aku ngan Mom akan naik bas dan pulang ke Kota Bharu. Oh skema betul ayatku? 


Hari Sabtu, akak aku tak keje hari Sabtu, sama jugak ngan abang ipar aku. So akak aku ada plan cakap nak pegi main air kat Ulu Yam. Entah jadi ke tak pegi Ulu Yam neh sebab akak aku ada kenduri kat Melaka. Dia pon tak pasti lagi nak pegi Melaka ke tak =.='

Dulu aku dah pernah pegi Ulu Yam neh. Tu pon 5tahun yang lepas kalau tak silap. Fuhhh mintak-mintaklah dapat pegi Ulu Yam lagik.

kredit ; sini

Oh yeah! Mandi manda. Dah lame tak main air. Rindu air terjun. Rindu nak tengok jari kecut-kecut sebab lama berendam! Hehe :P

Huhu. Nanti aku update lain kalau aku boleh pegi Ulu Yam nie ye.


design with love by Dak Eina