kite kawan

29 August 2012

~~Wordless Wednesday 2012, #10

Salam Buat Semua. 

 Budak sama tahun.
Kuning - Ashraf (bulan 3) & Hijau - Syahmi (bulan 9)

 Maksud  Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar  di blog  mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain  gambar  tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak  apa-apa  penjelasan :)

sumber;
https://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

ps; Gambar Ashraf baru first time masuk blog Mak Uda dia. Hehe (^_^)V

26 August 2012

~~beraya dengan Herbalife :)

Salam Buat Semua. 


Petang kelmarin ada join Mega HOM (Herbalife Opportunity Meeting) kat Crown Garden Hotel. Event tu bukan HOM je tapi sekali ngan STS Raya. Meriah!! Start pukul 9 @ 10 pagi camtu tapi aku sampai pukul 3 petang. Haha takpe, still boleh ambik point penting. Hee.

Ok la HOM tu siap dapat dengar perkongsian dari Bob. Dia dapat turunkan berat badan dia 62kg dalam masa 11bulan. Terkejut aku. Banyak tu. Aku nie nak turun 5kg sebulan pon susah. Haha.

 Nie lah Bob.. Tinggi oii :)

Seperti biasa pegi mana-mana mesti ada bff aku sekali, Sue! Hehe kalau dia ada hal ke tak dapat pegi ke, secara automatiknya aku pon tak pegi lah. Bukan apa, lagi selesa bergerak berdua. Nak berdua ngan lelaki tak manis pulak kan?

 Sue yang sentiasa comeyy
Thanks datang beraya umah aku dulu hehe :)) 

Aku dapat jemputan dari Joe tapi sepupu Joe yang contact ajak aku.

Coach aku lebih kurang.. 
Sorry berat badan makin naik tapi lemak dah turun hee syukur :)

Sepupu Joe, Hafifi.
Thanks ambik kitorang semalam hehe :)

Antara makanan yang dihidangkan: nasi minyak, ayam merah, rendang [?], ketupat, serunding daging, lemang dan kuih muih. Aku amek sikit jek sebab sementara tunggu Hafifi datang, aku ngan Sue makan dulu kat umah aku. So tak makan banyaklah lagipon lepas tu nak kena timbang berat dengan Joe. Keputusannya, lemak dah turun tapi berat badan naik. Joe sedapkan hati, maybe berat aku maintain. Dah tu, lepas makan je terus timbang berat. Mana tak naik kan. Haha!

Takpe, usaha lagi. Kira ok lah tu sebab aku dah skip makan shake masa raya pertama hingga raya ketiga. Errr tak nak skip lagi dah... Kuliah dah nak start, tak nak kawan-kawan duk perli Dak Eina nie lagiiiiiii. Promise buat betul-betul. Nekad! Start dari malam tadi. Dah kena 'basuh' ngan coach memang la. Hehehe.

ps; Berapa kali promise entah! Grrr..

20 August 2012

~~Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Salam Buat Semua. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam.. Maaf zahir dan batin. 

Tahun nie raya pertama bukan kaler pink. Entahlah kaler ape, aku pon tak tahu. Hahaha. Takpe lah janji ada baju raya. Huhu. Alhamdulillah semua adik-beradik dapat berkumpul hari raya kali nie. Lengkap, macam dulu-dulu. Maklumlah 3 orang dah kawen, ada yang kena balik raya umah mertua pulak. Susah nak dapat bersama macam nie sebenarnya. Kali nie betul-betul happy lah. Terima kasih Ya Allah :)

Hmm aku nak tunjuk baju raya boleh tak? Muahaha nak jugak tu :P

Si tembam pastu ada pulak jerawat batu... Nice ok!

Kalau pasal duit raya pulak, makin besar nie, makin banyak dapat duit raya. Hehe nie pon baru dapat sikit duit raya, tengah tunggu lagi dari abang ngan kakak aku. Jangan buat-buat lupa plak. Kan dapat bonus. Kihkihkih!

Tak sempat nak update semalam. Update hari ni pon kira ok lah kan? Ok semoga berjumpa lagi, raya nie jangan asyik nak online je keje. Hee :P

11 August 2012

~~biskut raya :)

Salam Buat Semua. 

Alhamdulillah lagi seminggu kita semua nak berhari raya kan? Segala persiapan hari raya aku hampir siap cuma tudung tak beli lagi. Takpe, tu tunggu next week, time tu lah kita rasa happy semacam sebab anak-anak perantau dah balik ke kampung. Time tu jugak, kita layan saje jem kat jalan raya. Haha bandar Kota Bharu konfem jem wa cakap lu :)

Start dari minggu lepas, aku dah buat biskut raya nie. Awal sangat ke? Tak kot sebab time tu dah dengar lagu raya kat radio. Feeling giler sambil uli tepung sambil dengar lagu raya makin la semangat aku nak buatnya. Dah siap 6 jenis biskut. Semangat lebih tahun nie sebab adik-beradik semua balik. Berkumpul semua. Alhamdulillah happy sangat :')

 Tat Nenas Gulung
Susah nak buat tapi rasa dia sedap hehe :P

Biskut Kacang
Wajib ada setiap tahun faveret ahli keluarga ku :')

Esok Ahad,
Lusa Isnin,
Izzat dan Syahmi balik.
Ok Mak Uda dah tak sabar!

Hehehe!

06 August 2012

~~it's ok Dato' LCW :)

Salam Buat Semua. 

Sebelum pegi terawih tadi sempat tengok perlawanan akhir Badminton perseorangan lelaki, Dato' Lee Chong Wei lawan Lin Dan.

First set DLCW menang 21-15 dan berharap DLCW akan terus menang straight untuk second set. Tapi balik dari terawih, terus pegi check kat fb dan tengok DLCW dapat pingat Perak :'( kalah tipis je ngan Lin Dan pada set ketiga 19-21. Huk huk takpe DLCW, kami kat sini tetap berbangga dengan kejayaan Dato'.


Sebak bila tengok gambar kat atas nie.
(T____T)

ps; Izin share tuan empunya gambar kat atas tu naa :)

03 August 2012

~~IFTAR : Food Village (Chim Chum)

Salam Buat Semua. 

Sorry sebab lambat update. Hehe. Jom layan gambar kitorang berchim chum bersama. Best best best! Lagi best kalau kita hanya goyang kaki tak payah masak pape. Hehe untung gak jadi orang demam hari tu. Haha. Kawan-kawan tolong masakkan dan hidangkan.. Aku cuma amek bahan-bahan yang aku rasa nak makan. Alahai~ Aku tak boleh kena asap, hidung mula lah berair pastu mata pon sama ikut berair. Balik dari tu, terus selsema teruk :'(

 Penuh meja. Nafsu makan aduyaiiii tapi berjaya habiskan dengan jayanya :P

Muka budak demam alololow :P

Reunion SMTPC 6 orang jew. Hahaha.
 Muhajir, Sue, Diana, Aku, Emie dan Iqbal :)

Kawan baik ku :)

 Dah lama tak jumpa Diana!

Harganya RM19.90 satu kepala. Ambiklah nak makan banyak mana. Jangan membazir sudah! Tak baik tau. Hehe. Haritu ada macam-macam nasi. Nasi kerabu, nasi goreng, mee goreng. Air pulak ada air anggur, air sirap. Tak silap aku, boleh buat ABC style masing-masing. Geng-geng aku tak buat pon ABC tu. Pastu kemudahan ruang solat pon turut disediakan. Eloklah lepas berbuka, boleh pegi solat Maghrib kejap pastu sambung makan balik. Haha!

16hb nie InsyaAllah ada lagi reunion ngan dak SMTPC dulu. Tapi tak tahu lah aku dijemput ke tidak. Hewhewhew. Tak kisah sangat sebab time tu anak-anak sedara aku dah balik. Sayang nak tinggal diorang. Mak Uda yang baik kan aku nie. Eh tak berkaitan dengan entry. Hehehe. Ok cau!

02 August 2012

~~Spontaneous Thursday #14

Salam Buat Semua. 

 Tak semua suka kita.

So jangan post something yang boleh buat orang lain rasa menyampah.

Tak suka, boleh remove laju-laju ok?

*senyum*

 Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.

Sumber; Spontaneous Thursday

01 August 2012

~~Wordless Wednesday 2012, #9

Salam Buat Semua. 




Reunion SMTPC
Food Village(Chim Chum), Pengkalan Chepa.

Maksud  Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar  di blog  mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain  gambar  tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak  apa-apa  penjelasan :)

sumber;
https://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy


design with love by Dak Eina