kite kawan

05 June 2013

~~bawak 'toyol' masuk dewan exam.

Salam Buat Semua.

Tajuk nak panas je kan. Haha tapi di tegaskan sama sekali jangan terasa dengan entri aku kali ini. Entri ini tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalau terasa jugak, “Siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya”. Huhu.

Orite, final exam aku dah lama berakhir tapi budak-budak Uitm dengar cite masih ‘bertarung nyawa’ menghadapi final ye. Good Luck korang. Study study gak, makan minum jangan lupa. Haha macam aku final hari tu lupa nak makan minum. Last minutes study biasa lah. Semua nak cover. Rasa macam tak sempat je tapi Alhamdulillah, dah lega dah. Result pulak la. Macam manalah agaknya. Mintak-mintak naiklah pointer semester nie. InsyaAllah.

Sumber gambar: SINI

Ok pada entri kali nie aku nak cite pasal TOYOL. Ini bukan toyol yang hantu kaler hijau si kecik yang suka mencuri tu ye (seram pulak tetiba cite benda neh) tapi nie ‘toyol’ sesetengah student suka nau ler bila tiba time exam. Exam je muncul lah benda nie. Even ketua pengawas peperiksaan selalu duk ulang etika pasal bahan bercetak sama ada sengaja bawak atau pon tak sengaja termasuk sekali ke dalam dewan exam tapi tetap terlepas toyol-toyol nie semua. Pengawas peperiksaan buat keje tak?

Haishh apa nak jadi lah ngan student sekarang nie. Bukannya nak ikhlas dalam belajar. Takde guna kalau korang study 3 hingga 4 bulan 1 semester, last-last korang bawak toyol. Untuk apa toyol tu? Korang malas nak study ek? Ke korang tak konfiden ngan kebolehan diri korang? Eh kemon la. Study nak tinggi tapi tak nak guna otak sendiri kenapa?

Sesetengah orang pulak berbangga bawak toyol. Contohnya, "Fuhhh selamat aku bawak toyol! Aku boleh jawab paper tadi.. Tak sia-sia bawak toyol!!" Ok fine, tak tahu malu punya orang. Kalau guna kepala otak engkau takpe lah jugak. Nie guna toyol nak kecoh-kecoh. Pastu siap perli-perli orang lagi, "Tu lah engkau, aku suruh bawak toyol tak nak. Padan muka tak boleh jawab". Hmm kekadang aku tak paham kenapa orang macam nie nak berlagak. Ingatlah langit tak selalu cerah.  "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".

Biasanya orang-orang macam nie tak boleh tegur, mesti dia persoal kita balik. Ok nasihat pon tak guna. Contoh situasi;

A: Wei aku nak bagi nasihat nie. Janganlah bawak toyol lagi pasni. Tak takut kena tangkap ke? Menyesal tak sudahlah kalau kena tangkap ngan lecturer.
B: Alaa rileks ahh. Pandai-pandailah aku cover dengan kertas soalan. Baik punya. Hihihi.
A: Aku nasihat nie kau tak nak dengar.
B: Kau nak takut kenapa?
A: Ok, lantak kau lah.

Aku kekadang tak hairan kalau markah engkau tinggi tapi biarlah dengan hasil usaha penat lelah engkau sendiri memerah otak jawab exam. Malah aku akan jeles dengan markah engkau yang tinggi tu. Itu yang menaikkan semangat aku tuk capai kejayaan. Tapi kalau sebab guna ‘toyol’ sorry to say la eh, aku takkan cakap tahniah even markah engkau 100%.

Fikir-fikirkanlah. Beringat sebelum kena dan yang pasti, ada mata memerhati kelakuan kita :)

 Sumber gambar: SINI

ps; Semoga pengawas peperiksaan memperketatkan lagi kawalan semasa peperiksaan dijalankan.

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina