kite kawan

23 February 2011

~~tenang dan tak tenang... aiyokk!

Salam Buat Semua. 

Sorry dah lama tak update. Seperti biasa, alasannya busy! Hee :P Bukan je busy tapi jiwa tak tenang :(

Isnin lepas, Abah saya masuk wad sebab suspek denggi. Siyes rasa macam 'patah kaki' sebabnya memikirkan macam mana nak pergi keje kalau takde Abah. Abah kan tolong hantarkan dan amikkan saya.  Ada lesen tapi taknak guna, dah tuh umah ngan tempat keje dekat nak mati tapi takut nak bawak motor! Arghhh rasa nak hentak kepala kat dinding je sebab tak berguna! :'(

Mula-mula dapat tau Abah masuk wad, Mom yang call. Time tuh ngah keje, mau tak menangis saya time tuh jugak. Syukurlah bos paham keadaan saya. Lantak ah nangis depan bos. Air mata mana nak sekat-sekat. Dah la saya nie jenis senang kuar air mata. Baru nak cite sikit, air mata dah sebaldi.. Teruknya~~

Hari nie saya cuti. Tetiba rasa cepat je masa nie berlalu. Macam baru semalam saya gedik-gedik ngan kamera tup tup hari nie dah seminggu kejadian nie berlaku. Bangun hari nie lewat sikit la maklum la cuti tapi tak boleh lewat sangat sebab tengahari dah janji ngan Mom nak pegi hospital tengok Abah. Sejak Abah masuk hospital nie tak menyempat pon nak pegi tengok. Mana la sempat. Keje bukan office hour tambah pulak semalam kena shift petang. Mane boleh lawat orang sakit time malam der...!

Sebelum nak pegi tu, Mom ada cakap, Abah nak suh bawakkan jus epal hijau. Teringin katanya. So Mom suh saya buatkan. Tengah ralit mesinkan epal, tetiba telefon umah berbunyi (berdering kan?). Laju je saya pegi angkat. Pelik sape lah yang call time macam tuh. Bila dah angkat, dengar suara Abah. Abah cakap, dia dah boleh balik hari nie. Bila tanya nak balik ngan abang ke, Abah cakap, mintak tolong ngan kawan dia hantarkan. Maklum lah Abah kan dulu keje kat hospital tu jugak, so ramailah kawan dia kat situ. 

Pukul1.30 tadi, Abah dah selamat sampai. Tengok Abah dah sihat, tenang sikit hati nie. Tak macam hari tu, penat semacam je. Risau pulak. Sekarang nie dah tak risau dah. Abah kena tahan kat wad 2malam jugak la. Abah takde pape cuma kena masukkan air dan darah kena check tetiap hari. Takde orang jaga pon Abah sebab Abah boleh jalan sendiri, pegi bilik air pon takde masalah.

Alhamdulillah, sihat jugak Abah. Semalam umah kena fogging. Haruslah kalau ada kes denggi sampai masuk wad bagai nie. Pegawai kesihatan terus datang serbu umah tengok kawasan umah macam mana. Takde pape masalah... Syukur.. Kalau ada takungan air pastu ada nyamuk, kena denda sampai RM500 tau! Melayang tak memasal duit tu. Sayang beb sayang. RM500 dah boleh beli macam-macam kan?

Bercerita pasal duit. Cuba teka duit poket saya ada berapa sekarang nie. RM5? RM10? RM50? Semua salah.. Saya ada RM2 je sekarang nie. Siyes tak tipu! Nak mintak duit ngan Mom pon rasa serba salah sebab tadi time berbual ngan Mom, dia pon ada cakap takde duit.. Kena ikat perut lah nampak gayanya! Bawak bekal roti la... Jimat RM2 tuh. Hik hik.

Pastu boleh la kurus. Kurus? Erkk boleh ke? Boleh je kalau tak kuat makan. Hee~

~muka ini tak tenang!~

Pasal Abah, saya dah tenang... Kalau fikir pasal duit, siyes jadi tak tenang balik... Lambatnya first gaji.. Azab jugak tunggu gaji nie kan.... Wuwuwuwuwuwu :P 

Babai!

5 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Ain Zulaikha said...

alhamdulillah abah sis eina dah selamat dan sihat :) heeh biasa lah tu pasal duit mana leh pandang remeh.. mesti gelabah bila tak de duit.. hehehe

sarah mohamad said...

hope abah dakiena cepat2 sembuh ye :) jangan stress sangat fikir sal gaji ye. cool je dear :)

Redbloodsnow said...

HUHU...MMG AZAB WOOO TGGU GAJI :P ALWAYS MERASA..HIKSS

ILA HonEyBuNNy said...

salam..bila xdak wit hati pun xsenang kan..eheh

Anonymous said...

kadang2 kan bila kita dapat gaji susah sangat kita nak manage gaji kita bagi sampai kita boleh bertahan sebulan tu kan kan


design with love by Dak Eina