kite kawan

16 December 2012

~~kenapa lecturer kejam sangat :'(

Salam Buat Semua. 

Minggu busy dah start! Tapi sempat pulak aku update blog kan? Hurmm minggu depan je ada 4 test direct. Macam sem lepas jek keadaan nie. Dah tu dengan assignment, presentation, lab report, SCL semua nak datang serentak. Kenapa lecturer kejam sangat. Kenapa nak kacau student time macam ni. Kenapa awal sem bagi kitorang rehat lepak-lepak je? Kenapa baru sekarang nak bagi assignment. Mana nak buat dulu mana nak kemudiankan? Stress *___*

18 November 2012

~~hobi baru :-P

Salam Buat Semua. 

Yeayy esok dah start kelas. Bosan melampau takde kelas... Siyes! *mata ke atas, tangan ke bahu* Jangan nak percaya sangatlah. Haha. Kalau boleh, nak kelas 2 hari jek seminggu. Ini dasyat! "Quit study, duk umah la bro!!!!"

Amboi mukadimah pon satu perenggan.. Haha. Actually cuti seminggu minggu lepas, aku tak balik umah pon. Kesian ma aku dapat anak macam ni.. "anak yang tak suka balik umah" Haha bukan tak suka tapi sebab seminggu hari tu dah balik kan lepas rindu peluk cium walaupon tak puas lagi.. Hukhuk tapi apa kan daya...

Hujan kat luar.. Stop kejap pegi angkat kain......... :-P

Okay, sambung balik. Tiket pegi balik kampung mahal. Tak mampu ko.. *alasan* Last sekali cari pak cik selamatkan aku dari duduk sorang-sorang kat hostel. Hehe. Untung jugak ada pak cik kat sini. Boleh lepak kat umah die jek, jumpa sepupu-sepupu yang comel. Hurmm seminggu gak lah duk kat Padang Besar.. Boleh rehat minda sebab seminggu sebelum ni kan test direct :(

Tetiba rasa benda tak penting pon aku cite. Argh lantak, blog aku kan? :-P

Dengan ini, aku mengumumkan hobi baru aku ialah, menjahit felt [?] Aku tak tahu nak panggil hobi ape, ke felt crafting [?] Haha. Abaikan. Sekarang meh tengok hasil yang aku dapat seminggu hari tu :)

D - Dak & E - Eina
Love ni satu je buat lain depan belakang.
Yang ni buat time kat Kelantan.

Untuk geng 4ketul aku.
Hp strap takde.
Harap maklum memang tak cantik :-P

Pencil box pertama yang aku buat.
Yeayy jadi!!
Senyum sampai telinga bila dah siap.
Semestinya untuk Dak Eina.

Nie pulak purse. *belum siap sepenuhnya*
Bila dah siap pendek lak zip tu. 
Nak letak IC, lesen, kad bank n duit lepas jek, nak keluarkan payah betul.
Hahaha!
Peringatan, lain kali beli zip panjang sikit tuk buat purse :) 

Semua ini inspirasi dari Yatie Musa. Dia kreatif! :)
Craft dari dia cantik-cantik, suka tengok.. Yang penting kemas.

Satu kepuasan bila benda ni dah siap dijahit. Mula-mula jahit memang susah, nak matikan jahitan pon ada skill tahu? Pastu dah lama-lama, tak kekok lagi. Dah reti sikit. Ye la tangan takde seni langsung, ada hati nak menjahit kan aku nie? Tapi ma aku support aku 100%. Dia sanggup ikut aku jalan sana, jalan sini teman pegi cari bahan dengan satu alasan "Nanti Eina bosan kat umah Ucu (pak cik) macam mane? Kalo ada benda-benda ni, ada jugak keje nak buat". 

So, apa lagi, ma aku sponsor glue gun, zip, benang, butang warna-warni, dan kain felt. Oh kalau nak tahu, aku tak buh fiber dalam love kat atas tu. Aku gantikan dengan span. Haha. Tak sangka aku boleh ketagih buat benda ni. Balik Kelantan nanti nak cari fiber lah sebab kat sini tak tahu barang-barang macam ni mana dijual :'(

Lepas ni boleh buat macam-macam. Hehe tapi buat untuk kawan-kawan je la. Nak ambik order tak boleh sebab memang tak lepas. Hahaha!

16 November 2012

~~busy body..syuhhh jauh sikit!!

Salam Buat Semua dan Salam Maal Hijrah 1434H.

Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Tutup buku lama, ayuh kita buka buku baru :)

Maaf tajuk entri agak kurang sedap untuk didengar. Tapi itulah yang ingin aku katakan sekarang. Aku paling menyampah ngan sesetengah orang yang suka sangat duk jaga tepi kain orang. Padehal dah besar panjang, umur dah makin lama makin meningkat tapi pemikiran macam budak-budak. Sangat tak matang! Kekadang malas nak ambik port tapi kalo dah selalu sangat, sampai dah satu tahap tu orang cakap boleh meletuplah. So kita kenalah bersuara supaya diorang sedar diri sikit.

Sumber; GOOGLE

Kalau dah betul diorang hebat. Sebelah pihak lagi dah buat salah, be professional lah babe. Face to face ngan orang tu.. Tegur dengan baik. Luahkan semua apa yang korang tak suka, meluat, benci dan macam-macam lagi yang patut. Tapi tak buat jugak, duk mengumpat sana sini.. Bukan ape, taknak ler dosa tu makin bertambah. :)

ps; Aku tak suka gaduh please :))

07 November 2012

~~pernah tak rasa tertipu dengan tips exam?

Salam Buat Semua. 

Malam tadi selesai menjawab test EMT (Electromagnetic Theory). Terus terang aku cakap, soalan tadi susah. Bukan susah nak mampos, tapi susah giler. Haha. Test direct dari Isnin sampai Khamis. Kesian tak kat aku?

Sumber; GOOGLE

Pastu kan biasalah, kalau dah nak test ke final ke mahupon kuiz, semua duk cari tips. Dari lecturer kelas sendiri hinggalah ke lecturer kos lain. Sanggup kau tebalkan muka pergi tanyakan tips dengan budak kos lain. Hihi. Ok, bila dah dapat tips, apa lagi? Pulun duk study yang tu lah. Haha.

Semua tips bergabung. So semua berkumpul study tips aje lah. Hahahaha. Berharap giler soalan sama macam tips yang dapat tu!

 Sumber; GOOGLE

Bila tiba masanya, test ke final, masing-masing muka masam mencuka. Tips yang duk study tu, haram nak sama! Iras-iras pon takde. Ceitt mulalah nak menyumpah macam-macam. "Takleh percaya kat tips lagi!!" "Soalan kejam! Bapak susah!" "Test...You killing me softly!!!"

Amboi~ Huhu.

Hikhik ayat-ayat kat atas tu macam pernah dengar jek. Hehe. Hurmm ayat aku! Hah tadi je baru sebut semua tu. Haha.

Mulanya memang mencarut gak la bila dapat soalan. Tapi lama-lama mengaku lah. Salah sendiri. Tak cukup masa study memang tak logik lah sebab cuti seminggu hari tu buat ape kan. Pastu nak salahkan tips pon tak guna jugak. Apa guna belajar, kalau mengharapkan tips semata-mata? Haa. Itulah student. Aku tak terkecuali. Hehehe.

Oleh itu, marilah kita naikkan slogan, "Jangan duk percayakan tips lagi" HAHAHAHA!

Sambung study, malam esok test Science Engineering dan lusa pulak Power System Engineering, doakan aku boleh buat tau~~~~ Pastu cuti seminggu lagi. Untungla... Tak sabar dah nak cuti. Hehe excited kemain, padehal tak balik pon. Hee :)

Jumpa entry akan datang. Muehehe :-P

ps; Siyes sedih sebab hampir 30 markah hilang begitu saje :(

29 October 2012

~~Salam AidilAdha :)



Salam Buat Semua. 

Salam AidilAdha. Harap masih berkesempatan tuk ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha.

Baju raya ku yang super besar!
Aku ni dah kurus ke? -.-
Alhamdulillah...

Sorry lambat betul nak boleh update. Teehee. Aku baru je sampai umah kat Kelantan. Raya aritu, aku dan family beraya kat KL. Fuhh sungguh luar biasa. Mana pernah raya kat sana. Haha. Walaupon tak beraya di kampung, tapi tetap meriah. Hee~


Semalam perjalanan balik ke Kelantan baik-baik aje. Yang tak berapa baiknya, bas yang sepatutnya bertolak dari Klang pada pukul 8.30malam tapi pukul 11malam baru sampai. Pastu sampai kat Kota Bharu tepat pada pukul 8pagi.

Mana pernah sampai sini dalam jam camtu. Biasanya waktu Subuh dah sampai. Tapi takpe lah, janji sampai je kat KB terus Abah suruh sedara (dia yang datang pickup kitorang) pegi kedai pekena nasi berlauk makan panas-panas tuuu. Ohmaii ghindu okay (^_____^)V


Dah balik Kelantan ni, aku dah janji ngan diri aku nak study. Sekembalinya ke Perlis nanti, ada 4 test menanti aku.. Oh takutnya.. Study sorang-sorang susah sikit. Kalau tak paham, nak tanya sape kan. Aku lebih suka buat study group. Takde lah risau sangat kalau tak paham. Boleh tanya kawan. Ni kalau tak paham, cuba tuk paham sendiri. Kalau tak paham jugak, tutup buku lah jawabnya. Haha. InsyaAllah akan cuba..

Buat tutorial jek ;)

Bukak meja dan study depan tv. Haha boleh study ke? Pastu kat sebelah ada pulak laptop buat peneman. Penat study boleh la online kejap. Style masing-masing kan? So jangan pertikai (",)

Kesimpulan sekarang; Takleh nak enjoy sangat cuti kali nih. Hurmm aptb!

Selamat study kawan-kawan :))

09 October 2012

~~bengang yang teramat sekarang nih!

Salam Buat Semua.

Aduan dah buat!
Bukan sekali dua aduan tu, tapi dah masuk 4 atau 5 kali dah!
Memalam orang nak study, dah dengan adanya masalah macam nie, nak study pon takde mood!
Siyes memang takde mood bukan malas ye ^^
Dah kalau panas, macam mana nak study. Takkan nak study atas katil, sah-sah jadi stado. Itu tak nak!
Orang nak study dengan gembiranya.. Hekhek!

Tolong baiki kipas siling kat ruang study kitorang!
Panas nie tau dak?


2 minggu lepas baru beli 'penyelamat'. Kononnye lah kan... 
Walaupon ada penyelamat, tapi tetap tak larat la nak guna penyelamat tetiap malam :(
Penyelamat tu adalah~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
USB MINI FAN

Penyelamat yang tak berapa nak menyelamat!
Panas jugeeekkkk!
Haishh~

Bengang betul aku!

ps; Dah macam orang kolej baca blog aku.. AAK?

03 October 2012

~~Doakan kami boleh buat!

Salam.


Kejap lagi kitorang ade presentation SCL. Tajuk Solar Power Generation. Dup dap dup dap kot ni. Nie first presentation tuk semester neh. Arghh takutnyee.... Terus blur :(

*update; presentation teruk gileww :'(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

01 October 2012

~~Fresh!

Salam.


Fresh dari Cameron Highland! Sedap makan malam-malam sambil buat assignment. ✗ siap lagi.. Tido lambat ler malam neh.

ps; Testing update via bb.. :-P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

30 September 2012

~~bbq yang super duper best!! =)

Salam Buat Semua.

Entry semalam aku ada gitau yang aku nak pegi bbq tu kan? Alhamdulillah berjalan ngan lancar.. Hihi. Tu pon aku and the gang dah pegi lambat..

 1 geng - Iffa, Kim & aku :)

Sorry auww ada masalah sikit, ada yang marah kitorang datang lambat. Tu kitorang tau, kitorang buat tak tahu jek haha. Bila dah sampai, semuanya dah siap. Aku cuma buat part bbq tu je tu pon tak sampai 1 jam. Tolong bakar-bakar kejap pastu terus passing kat budak laki sebab nak masuk solat Maghrib dan bersiap cantik-cantik (cantik keww?)

Nampak aku tak?

Bila dah siap cantik-cantik comey loteyy (muntah), duk dalam umah jek, tak keluar pegi tolong pon. Tunggu dah siap masak. Haha jahat betul. So start lah snap sana sini, ada jugak keje sekurang-kurangnya. Ishh keje ke takde keje tu senget?

Separuh jek, lagi separuh, buat keje.. Hee :D

Ikan bakar.. Aku tak amek pon. Haha!

Bila dah siap bakar-bakar tu, semua berkumpul tuk baca doa pastu kita makan. Part yang ditunggu-tunggu semorang sebab masing-masing tak makan tunggu saat tu. Haha comel sungguh kawan-kawan aku ni.

Suasana malam tadi :')

Ce teka, apa yang kami dapat? Dengan bayaran RM6 je tau. Macam-macam kitorang dapat makan semalam. Bak kata orang, berbaloi-baloi. EH! Memang berbaloi sangat-sangatlah u ols! =)

Menu;
 ketam sekor sorang, ayam bakar 3 ketul sorang, ikan bakar, sosej, 

Kerang pon ada jugak okay!

Tambahan makanan, ada bihun goreng, nasi putih dan sup, sayur-sayur dicelur. Perghh memang best. Sape yang diet semalam memang rugi dan yang tak pegi pon double rugi sebab betul-betul merapatkan silaturrahim.. Itu niat sebenar bbq semalam diadakan. Hehe :P

Macam-macam ragam diorang neh :')
Yang penting, lepas makan budak lelaki amek turn basuh pinggan. Bagus sangat!
:D

See! Sempoi kan dak kelas aku neh. Happy jek. Hope macam ni sampai bila-bila. Huhu.. :) Bila dah siap makan-makan, masa untuk bergambar kenangan, aku pakai kamera cikai jew.. So, memang takde lah gambar tu ngan aku. Ngah tunggu diorang upload kat fb. (nanti update lain gambar tu)

Nie geng lelaki. Semua giler bergambar rupanya tak sangka aku woi!

and

gambar favorito ~ gambar berdua selepas berjaya di-crop HAHA :)

Me n MED (name baghu tak nak Beckham dah boleyy?)

Ramai yang meluat ke? Do i care? Hehehe

Janji happy kan?

Overall semua happy, and dah mintak maaf kat tuan rumah, Yati sebab kitorang datang lambat. Terima kasih banyak-banyak kat keluarga dia yang sponsor tempat. Rumah yang ada halaman yang luas memang sesuai sangat-sangat tuk buat bbq. Selesa, takde yang kurang. Nanti kita buat lagi eh geng! InsyaAllah :)

Settle update blog, start buat assignment. Rabu nie dah kena present. Wish me luck! (^___^)V

Take care. Bubye~

29 September 2012

~~Welcome to Thailand :D

Salam Buat Semua.

Akhirnya update jugak blog nie..


2 minggu lepas berjaya gak aku ngan kawan aku yang sorang nie ke oversea.. Haha oversea lah sangat kan? Padehal sebelah tu jek Thailand nih. Huhu thanks kat sepupu kawan aku tu. Dia yang bawak kitorang ke sana. Kalau pegi sendiri memang tak sampai lah kot! Haha! :D

Just update sikit sebab baru ada internet.. Aku punya berukband dah limit sebab keje duk donlod jek.. Hehe. Ini pon dapat wifi.. Nasiblah takde password.. Kikiki. Malam nie geng kelas aku ade buat bbq.. Cuaca pon elok nie kalau tak, hujan memanjang. Semoga semuanya berjalan lancar malam ni. Bersiap tuk ke sana. Jumpa lagi entry akan datang :)

06 September 2012

~~kek + boling + makan + lepak pantai = ♥

Salam Buat Semua. 

Okay, katakan taknak kepada balik hostel =______=

Malam nie dah kena balik Shah Alam. Tapi kenapa cepat sangat? Pastu kenapa balik Shah Alam? Awak kan study kat Perlis Dak Eina oi!! Haa nie nak cite nih. Haha.. Malam nie bertolak ke Shah Alam bersama ma tersayang, Sabtu nie baru gerak pegi Perlis ngan kawan aku si Iffa ;)

So, marilah kita bergembira mengupdate entry. Lepas nie tak tahu bila boleh update macam ni. Fuhh tenet free biasalah. Kadang-kadang laju, kadang-kadang slow, siput baby pon boleh menang! Haha. Berukband tu dah lame tak pakai. Duk umah pakai wifi kan.. Hehe. Semester baru nie, kolej kediaman pon bertukar tempat dan harapannya, kolej yang nie se-best kolej sem lepas, kolej kat Wang Ulu!

Memandangkan minggu nie minggu terakhir lepak ngan kawan-kawan aku, aku ada buatkan kek untuk mereka. Pesen aku kot, sebelum aku balik U, mesti buat something tuk diorang. Nak suh diorang selalu ingatkan aku je. Bukan ada niat lain :))

 
Kek coklat moist with love :)
Alhamdulillah, dah licin.. Hikhik

Semalam pon jugak, keluar perabih duit raya. Hikhik dah abes RM200. Tinggal lagi RM200.. Simpanan ke U sebelum duit pt masuk. Huhu.. Macam biasa, men boling kat KB Mall. Si Beckham tak habis-habis perli aku, "Asyik KB Mall jek.. Takde tempat lain ke kat situ?".

Grr banyak tempat sebenarnya, kat Kelantan nie.. Ada tiga tempat untuk main boling tapi kawan-kawan aku lebih suka main kat KB Mall. Jadi, jangan ditanya kenapa kitorang asyik-asyik ke sana. Haha :P


Mula-mula Sue strike, pastu aku dan Iqbal. Tiga2 strike? Nganga abang-abang ensem kat sebelah.. Mesti diorang cakap, kitorang nih terer men boling. Padehal kaki longkang semuanya. Kali kedua, aku strike lagi. Haha. Diorang dah out dah. Haha apa yang pasti, aku juara dengan 110 jatuhan pin. Hoyeahh 2 minggu ni, 3 kali main, 2 kali je menang. Time kuar ramai-ramai hari Sabtu lepas, aku paling teruk kot. Haha! Janji main nak enjoy bukan dapat pape pon kalau menang kan? =)

Dah habis kecohkan KB Mall, si Iqbal tanya nak makan apa.. Aku cakap, "Aku diet, tapi aku nak makan chicken chop.. Lama dah tak makan.."

Ayat mula-mula dah nampak nak diet tu, tapi disambungkan pulak ngan nak makan chicken chop tu. Ayat tak boleh blah. Diet lah sangat kau nih. Haha. Fikir punya fikir, Iqbal ajak pegi Restoran Selera Cik Siti. Pakcik nie kaki Jalan-jalan Cari Makan. Semua kedai makan dia kenal. Pastu mulalah post kat fb. Saja nak bagi aku jeles tengok dia makan itu ini. Hehehe opss kantoi =.="

 Seperti yang di-request! Chicken chop..
Boleh tahan tapi banyak lemak wei -.-
*jangan bagitau coach aku tau*

Abes makan, perut pon dah buncit. Jom lah kita berjalan-jalan ke tepi pantai kasik makanan turun dengan baik.. Hekhek. Layan Ombak Rindu serounddd haha!

 My bff :)
Iqbal n Sue

Terima kasih sebab sudi keluar ngan aku, ye ke kek aku buat tu sedap. Kalau tak sedap, kena cakap sedap jugak.. Kalau tak, aku gigit sorang-sorang. Hehe. Nanti aku cuti, kita jumpa lagi. Dating n boling lagi. Makan yang sedap-sedap lagi. Hehehe. Korang akan selalu aku ingat di Perlis nanti. Ouchh ucapan macam nak balik oversea! Hikhik.

Kepada pembaca blog nie, aku tak tahu bila boleh update (entah-entah kat Shah Alam esok aku update hahaha). Doakan perjalanan aku dan ma aku selamat sampai ke Klang pagi esok (turun bas kat Klang).. Ok dah, nak pegi packing barang. Tak suka ada barang yang tertinggal. Kepada student nak balik ke U, selamat kembali ke U masing-masing. Study jangan tak study. Awal-awal sem kita enjoy dulu. Err~~ :P

ps; Panjangnya entry kali nie (^____~)V

04 September 2012

~~lagi 3 tahun..insyaAllah :-P

Salam Buat Semua. 


Hikhik apa yang korang fikirkan dengan gambar dan tajuk entry nie?

Tetttt! 

Gatai noo Dak Eina nie. Hahaha!

03 September 2012

~~setahun yang lalu dan laptop baru untuk sem baru.. err perlu ke?

Salam Buat Semua. 

Ehem.. First nak ucapkan selamat mendaftarkan diri untuk semua mahasiswa dan mahasiswi baru tuk Sidang Akademik 2012/2013.. Untuk mahasiswa dan mahasiswi Unimap, selamat datang! Hehe, kalau jumpa Dak Eina, tegur-tegur lah eh.. Leh kenal-kenal.. Auwww akak nie bajet retis lah pulak (>.<)

Setahun yang lepas, time nie ngah otw ke Perlis sebab esoknya (4hb September 2011) daftar kat Unimap. Hee. Mana boleh lupa sebab tu salah satu kenangan manis aku! =)

 Izzat memang suka cium Mak Uda die. Hikhik terasa selalu disayangi giteww :')

Hoi hoi tetiba rasa tak puas lagi guling-guling kat katil sendiri. Minggu depan dah stat guling-guling kat katil hostel.. Guling-guling pon hari minggu je lah. Hikhik.. Haishh cuak sebab subjek sem ni semua berat. Dah nampak dah nak kena struggle kuat giler lah sem ni. Sem lepas dah teruk, sem nie lagi teruk nampaknya. Itulah lumrah seorang student. Pape pon, kena enjoy.. Kalau tak, boleh GILER sebab stress study muahaha! 

Yang penting, jangan study last minute kau! *pesan untuk diri sendiri nih*

Grr kurang dari seminggu, kuliah dah nak start! So, time cam nie lah laptop aku buat hal. Actually dah lama dah buat hal tapi kali nie dah tak sanggup lagi. Nampaknya kali nie memang betul-betul terpaksa curang lah walaupon dah 5tahun bersama aku. Aku bukan apa, laptop lama kan, banyaklah penyakitnya.. Alang-alang baiki, apa kata mak beli laptop baru je terus nyah? Apa kata sayangs semua? Setuju? Haha!

 Salah satu penyakitnya; Rosak LCD

So sekarang nie, aku nak mintak cadangan semua, laptop apa yang sesuai tuk aku student engineering nie pakai. Aku dah survey, bajet pon bukan banyak.. :)

Acer atau Asus?
Processor i3. Okay tak?
i5 n i7 tak kott!!

29 August 2012

~~Wordless Wednesday 2012, #10

Salam Buat Semua. 

 Budak sama tahun.
Kuning - Ashraf (bulan 3) & Hijau - Syahmi (bulan 9)

 Maksud  Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger  post gambar  di blog  mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk  explain  gambar  tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang  letak  apa-apa  penjelasan :)

sumber;
https://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

ps; Gambar Ashraf baru first time masuk blog Mak Uda dia. Hehe (^_^)V

26 August 2012

~~beraya dengan Herbalife :)

Salam Buat Semua. 


Petang kelmarin ada join Mega HOM (Herbalife Opportunity Meeting) kat Crown Garden Hotel. Event tu bukan HOM je tapi sekali ngan STS Raya. Meriah!! Start pukul 9 @ 10 pagi camtu tapi aku sampai pukul 3 petang. Haha takpe, still boleh ambik point penting. Hee.

Ok la HOM tu siap dapat dengar perkongsian dari Bob. Dia dapat turunkan berat badan dia 62kg dalam masa 11bulan. Terkejut aku. Banyak tu. Aku nie nak turun 5kg sebulan pon susah. Haha.

 Nie lah Bob.. Tinggi oii :)

Seperti biasa pegi mana-mana mesti ada bff aku sekali, Sue! Hehe kalau dia ada hal ke tak dapat pegi ke, secara automatiknya aku pon tak pegi lah. Bukan apa, lagi selesa bergerak berdua. Nak berdua ngan lelaki tak manis pulak kan?

 Sue yang sentiasa comeyy
Thanks datang beraya umah aku dulu hehe :)) 

Aku dapat jemputan dari Joe tapi sepupu Joe yang contact ajak aku.

Coach aku lebih kurang.. 
Sorry berat badan makin naik tapi lemak dah turun hee syukur :)

Sepupu Joe, Hafifi.
Thanks ambik kitorang semalam hehe :)

Antara makanan yang dihidangkan: nasi minyak, ayam merah, rendang [?], ketupat, serunding daging, lemang dan kuih muih. Aku amek sikit jek sebab sementara tunggu Hafifi datang, aku ngan Sue makan dulu kat umah aku. So tak makan banyaklah lagipon lepas tu nak kena timbang berat dengan Joe. Keputusannya, lemak dah turun tapi berat badan naik. Joe sedapkan hati, maybe berat aku maintain. Dah tu, lepas makan je terus timbang berat. Mana tak naik kan. Haha!

Takpe, usaha lagi. Kira ok lah tu sebab aku dah skip makan shake masa raya pertama hingga raya ketiga. Errr tak nak skip lagi dah... Kuliah dah nak start, tak nak kawan-kawan duk perli Dak Eina nie lagiiiiiii. Promise buat betul-betul. Nekad! Start dari malam tadi. Dah kena 'basuh' ngan coach memang la. Hehehe.

ps; Berapa kali promise entah! Grrr..


design with love by Dak Eina