kite kawan

29 April 2012

~~Google translate.

Salam Buat Semua. 

Suasana petang kat Wang Ulu sekarang nie sejuk giler. Baru lepas hujan. Mungkin kawan-kawan aku sedang lena dibuai mimpi. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa segan nak menyelinap masuk celah-celah tingkap bilik, kipas yang terpasang dengan kelajuan maksima no 3. Memang best lah tido! Encik Beckham pon tido lettew. Mesej aku tak reply pon. Hukhuk. Tapi aku?

Saya sedang menelaah pelajaran sambil online. Choi!

Silap pulak, saya sedang buat essay. Esok nak kena submit. Hoi! Keje last minutes je aku nie. Hewhewhew. Biase lah tu :)

Untunglah orang yang dapat tido tu. Aku jugak yang padan muka kena buat keje. Perah kepala hotak sendiri brainstorm keluarkan idea yang kaw-kaw untuk men-settle-kan keje sekolah neh. Keje senang je. Tapi disebabkan sudah lama tak mengarang ayat dengan skema, so keje sekolah aku mengambil masa berjam-jam untuk siap. Kalau exam penulisan, bukan ke 2-3jam je ke masa yang diberi? Aku dah lebih 3jam neh. Macam mana? Keluar dewan sekarang! :P

Hah essay nie tajuk die senang je.

Think of a occasion when you felt just like this little child and saw something amazing for the first time.

Sebab cite nak zaman kecik-kecik dulu. Sekarang dah tua neh, banyak dah lupa. So, kesimpulan dia, aku menipu lah dari start essay sampai ke penutup. Hebat kan? Nak menipu payah betul. Tapi essay aku logik, takde mengarut sampai boleh capai bintang kat langit tu :)


Disebabkan essay in English dah subjek FOUNDATION ENGLISH memang lah kena tulis in English. Haha. Penyelesaian paling mudah bagi kes aku neh, aku guna Google translate. Mula-mula aku buat karangan dalam Bahasa Melayu, pastu aku pegi copy dan paste kat ruangan kat Google translate dan tekan translate tapi kena pilih dulu From: Malay To: English. Kalau tak pilih, haram dia nak translate kan ayat kau tu. Hee.

Sekarang, keje sekolah aku dah siap. Opss sebelum terlupa, jangan percaya sangat ngan Google translate nie. Ayat dia tunggang langgang gak. Huhu berjaga-jaga jangan sampai lecturer dapat kesan. Haha. Pesanan tuk diri aku sendiri kot!

Ok, masa tuk makan dan berehat!

~~budak demam nak makan KFC.

Salam Buat Semua. 

Hee sorry lame tak update blog. Biase lah tu, busy. Alasan same je kan. Aku online hujung minggu je. Hari sekolah memang tak online melainkan kena buat asemen yang melibatkan aktiviti meng-Google. Biasanya jarang lah dapat asemen macam tu. Kikiki.

Ok, aku sekarang nie demam, dah 5 hari aku demam. Semalam punya lah mengada nak makan KFC.. So haruslah ajak encik Beckham temankan. Syukurlah dia memahami aku nie yang pesen mengada.  Aku order Snack Plate, encik Beckham dah makan, dia temankan aku je. Disebabkan selera makan tidak begitu besar sekarang ni, seketul ayam dah cukup tuk aku dan seketul lagi ayam aku suruh dia habiskan.


Encik Beckham yang snap gambar neh. Takde mood nak layan. Budak demam lah katakan. Kalau tak, mesti aku dah sengih-sengih depan kamera. Huehuehue...

Demam-demam pon nak makan KFC. Biaselah tu, time sakit nie lah boleh mengada. Eh, bukan selalu ke aku mengada ngan die? Hehehe!

14 April 2012

~~sweet jugak aku neh.

Salam Buat Semua. 

Eh aku nie, online dan tengok tv je manjang. Buku baru bukak, tu pon baru tengok tutorial. Haha. Baru jawab soalan no 1. Selebihnya aku pegi lagha kat tempat lain. Haha. Jangan tiru perangai tak berapa nak comel nie ok?

Haa kali nie, aku nak cite pasal ke-sweet-an-nak-mampos aku. Haha. Tak sangka. Sweet jugek aku neh. Haha.

Malam nie, buat header tuk timeline fesbuk aku. Haishh punya lah takde keje budak nie. Bazirkan masa buat benda-benda tu semua. Haha. Tapi yang pasti, dia suka. Huhu. Terharu mak.


 So pada sesiapa yang hubungannya bermula kat fesbuk.. Bak lirik lagu Najwa Latif;

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku...."

Boleh la amek header nie.. Cam freebies gitu uolsss. Hee. Sweet jugak part neh.

Ok, nak tido awal. Esok banyak keje nak kena buat dan last day duk umah. Ahad dah nak balik Wang Ulu. Oh!

12 April 2012

~~Spontaneous Thursday #13

Salam Buat Semua.


Aku benci orang asing yang cuba nak runtuhkan kebahagiaan keluarga aku.

Family aku segala-galanya bagi aku. Kau jangan nak musnahkan!


Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


11 April 2012

~~budak-budak...

Salam Buat Semua. 

Blog terabai lagi sebab banyak habiskan masa dengan lepak depan tv layan channel 393 dan lepak ngan kawan. Fuhh.. Best jugak cuti nie. Dah 3 hari duk umah, belum bukak pape buku lagi. Search pasal asemen pon belum. Bagus budak nie kan. Adik-adik, jangan duk ikut sangat perangai aku nie. Last minutes baru kalut. Huhu!

Orite, nak cite pasal ada sekumpulan budak duk tegur aku tadi. Masa tu aku on the way balik umah aku. Ada la lalu ikut lorong kecik pastu nampak 4,5orang budak kecik. Kalau tengok kat saiz tubuh badan darjah 3 ke bawah la. Haishh cara dia menegur aku pulak, bukannya "Assalamualaikum kak.." "Hai kak" "Kak comey hari nie" tapi dengan cara "Pewiiiit...!"

Eh halo nak pewitt aku ke? Ishh berani sungguh budak tuh. Kecik-kecik dah pandai pewitt pewitt orang. Besar nanti macam mane lah ek? Huhu.

Akak dah 23 tahun dah dik.

Tak payah la nak pewitt akak lagi ok?

08 April 2012

~~selamat bercuti Dak Eina :)

Salam Buat Semua. 

Yeahhh akhirnya berjaya jugak online dengan internet laju pastu boleh update belog jugak. Lalala. Duk hostel mana boleh. Dah sebulan aku tinggal blog neh. Tak tahu nak update ape dulu. Hee :)

 Muka happy dapat balik umah!

Aku dah start cuti mid sem. 7hb sampai 15hb. So kena manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin. Bukak je cuti nie, ada 3test menanti pastu dengan asemen dan presentation. Tu tak kira ngan kena buat robot lagi... Aiyooo.

Selalu cakap nak manfaatkan cuti. Tapi cuti aku neh, aku abeskan dengan berjoli. Kehkehkeh! Tapi tak boleh nak berjoli sangat lah. Duit pt aku tak masuk lagi. Nice.

Ok lah, aku nak tido dulu. Best kan bila dapat tido atas katil sendiri. Hihi entah pape aku merepek malam nie.  

design with love by Dak Eina