kite kawan

16 July 2012

~~result keluar hari nie?

Salam Buat Semua. 

Arghh dah cuak dah. Malam tadi dapat call dari kawan aku, Iffa. Iffa cakap Darwina ada call dia bagitahu result keluar hari nie (16hb Julai). Nak cakap tak nak percaya tak boleh sebab Darwina ada makcik keje sebagai lecturer Unimap. Mestilah mak cik dia tahu bila result keluar kan? Haa tambah cuak aku sekarang nie.

Ramai yang dah try check tapi tak dapat pon. Betul ke keluar hari nie? Ke esok? Ke minggu depan? Haishhhh! Macam mana nie? Cuak cuak!

Aku amek keputusan untuk tido awal malam nie. Kita check esok saje lah result. Ok tak? Hehehe.

Tapi nak tido pon tak boleh sebab takut. Aku amek 7 paper semester lepas. Tetiba kecut perut, serta merta berat badan turun, lemak-lemak semua pecah. Errrr... Dah jangan tipu....

Apa-apa pon, aku dah usaha sebaik mungkin hari tu, aku punya carry mark pon Alhamdulillah syukur semua ok. Sekarang nie, kita tawakal dan berdoa semoga semuanya baik-baik saje ye *positive thinking*

Yang pasti, aku berusaha dengan titik peluh aku sendiri bukan bawak toyol masuk dewan exam.. Huhu. Opss terasa ke?*larikkkk*

Buat dak kelas, good luck untuk result nanti ye!! =)

UPDATE!! 
3.27PM 
Alhamdulillah result sangat memuaskan hati aku. Penat lelah semester lepas membuahkan hasil. Walaupon tidak 'lumayan' tetapi tetap umppppphhh! Hehehe. Tadi aku keluar ngan ma aku. Kawan call aku, aku suh dia check result untuk aku sekali. Bila dapat tau result terus nangis kat situ. Orang duk tengok-tengok aku, aku buat dunno jek. Hehehe keluar air mata gembira di situ jugak :)

Syukur padaMu Ya Allah...

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina