kite kawan

16 February 2011

~~cuti.. takde kerja cari kerja.. hehe :P

Salam Buat Semua. 

Hari nie hari Rabu kan. Tetiap hari Rabu saya cuti pastu hari Jumaat saya full, takde shift. Penat tau. Hihi tapi dah biasa dah 12jam keje :P

Bila cuti nie rindu pulak nak dengar bos saya tuh membebel. Tetiap hari mesti saya kena. Haiya apa mau buat, kena hadapi jugak. Mencari rezeki la katakan. Mengais pagi makan pagi, petang makan dua kali. Huhu. Siyes bila dah keje nie, berat badan makin bertambah tau. Sekarang dah naik sampai 55kg! OMG! Terkejut monyet I nyah oiii. Ingatkan bila dah keje, berat badan akan turun sebab banyak 'bersenam' tapi makin naik ada laa... Hmm bahagia kot. Tett no komen pasal nie :P

Pastu dah time keje banyak buat keje sampai bila dah cuti nie rasa bosan teramat. Ye la time keje kena rajin, tak boleh malas-malas kang kena buang. So dah terbiasa buat keje dan tak pernah duduk diam even takde customer pon kena buat keje. Hari nie je telah buat macam-macam. Tolong Mom masak. Siap boleh buat ikan bakar sumbat kelapa tumbuk cili serai garam gula *apa entah nama menu tuh, lupa pulak nak tanya Mom tapi siyes best ok!*

Tengahari main masak-masak tapi main masak yang realiti punya laaa, petang pulak kemaskan halaman umah. Bersepahnya depan umah nie. Macam umah takde orang. Kahkahkah giler aku kutuk umah sendiri :P

Siyes sangat bersepah! Huhu pastu kemas-kemas kat depan nie, kitorang (saya ngan Mom) pegi letak barang-barang tuh kat bahagian belakang umah. Macam pegi sepahkan kat belakang umah pulak. Bersepah kat bahagian belakang takpe kan? Hee~ 

Dah siap kemas bahagian depan ngan belakang umah, saya siram pokok bunga pulak. Dah lama tak siram pokok bunga. Selalunya Abah yang buat keje nie. Tapi takpe lah, kali nie biar saya yang buat memandangkan dah lama tak buat kan. Terisi gak hari nie ngan keje.

Yang tak boleh blah, takde keje cari keje ialah camwhoring. Belit-belit shawl dan camwhoring! Yeahh! Terbaik! Tengoklah sekeping dua. Letak bebanyak kan orang meluat pulak :P

~takde keje cari keje, inilah hasilnya~

~muka gedik! rasa nak tampar diri sendiri je sebab buat muka gedik... huhu~

Kesimpulannya, bila dah terbiasa buat keje, mesti nak je ada keje supaya tak boring. Kini baru saya tahu, keje itu best! Menyesalnya tak cari keje 7bulan yang dulu. Huhu!

Babai!

2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Redbloodsnow said...

comel je wat muke gitu. suke akak tgk..hikss :D

Pinky Pixie said...

jeles aii nyah. nak g carik keje juga la. agak2 boleh naik berat badan mcm u jugak x. kehkeh.. bila nk dpt keje ni =.='


design with love by Dak Eina