kite kawan

13 September 2011

~~rindu woi kat blog nie hah.

Salam Buat Semua.

Yes! Boleh gak aku update blog nie kejap. Lama giler aku tak update kan. Cukup 10hari aku tak on blog. Oh itu tak best tapi apakan daya aku, tak mampu buat apa-apa. Minggu lepas takde berukband lagi. Minggu nie baru ada. Terima kasih Mom! Huhu.

Kolej kediaman kat sini selesa sebab satu rumah 7 orang dan ada 3 bilik. 2+2+3.. Aku dapat bilik no 2. Tapi sekarang bilik no 1 kosong sebab dua-duanya pindah pegi blok tuk budak-budak yang join Suksis. Mula-mula rasa nak join gak Kor Suksis nie tapi bila fikir-fikir balik, malas pulak. Haha. Oh sebelum terlupa, meh aku kenalkan ngan roomate aku. Panggil je dia Min... Dia budak matrik (19 tahun), orang Nogori. So memang aku la yang tua kat sini. Budak-budak bilik sebelah pon umur 19. Aku je umur 22. Huhu. Diorang semua panggil aku akak ;)


Minggu lepas minggu orientasi memang padat betul la jadual. Pegi ke dewan awal pagi lagi, pastu malam baru boleh balik kolej. Tetiap hari camtu sampai la ke hari Khamis. Pastu hari Jumaat pulak, minggu interaksi siswa kat kolej sampai la ke hari Ahad. Hari Isnin dah start belajar. Bagus-bagus ;)

Banyak-banyak aktiviti, aktiviti hari Ahad paling best sebab boleh pegi shopping kat Padang Besar. Haha semua tak percaya bila aku update status kat facebook yang aku nak pegi Padang Besar. Kawan-kawan aku duk ingat aku pegi sendiri kot. Haishh tak mungkin la aku nak pegi sendiri. Baru seminggu oi duk sini. Aktiviti pusing dan shopping kat Padang Besar nie memang ada dalam jadual pon. Sebelum pegi Padang Besar, kitorang pegi kenal kampus Unimap. Unimap nie seluruh Perlis, so memang round Perlis la hari tu. Haha.


Kata shopping kan, so memang betul-betul shopping la aku hari tu. Haha. Tengok benda tu berkenan.. Tengok benda nie berkenan. Tapi takde lah aku beli semua. Aku beli tudung syria, baju, makanan dan yang paling penting selimut yang kain tebal sebab malam sebelum tu sejuk gila lah kat sini. Aku pulak bawak selimut yang nipis memang sejuk habis lah. 

Ok lah, tu je kot yang aku mampu update. Semalam dah start kelas. Ok lagi setakat nie. Huhu tak tahu lagi macam mana kemudian. Hope ok la. InsyaAllah.

Thanks kat kawan-kawan aku yang tak putus-putus bagi semangat kat aku kat sini. Sayang korang lebih lah!! <3

(◕‿◕)

6 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

aiman mania said...

hak'hai..baru jejak kaki kat negori org dah knal semua daa..haahaa...bagus2....
ada ole2 untuk kita tak
selamat belajar ye?
bestnya ada org panggil akak...^^

Ijah EmoTemo said...

hihihi dah lama tak shopping2 ni! hihi

adrinaqamarina said...

oh, awak unimap ye?


unimap memang seluruh perlis pun, u paling besar sebab satu negeri dye ada. hehehh.


awak kampus dekat mana eh?


kte pun orang perlis jugak :)

dak eina said...

@aiman fanboy k-pop

huhu dh jadualnya mcm nie.. xleh nk lari dah :P

alamak aiman...xde la pulak kan ole2 tu.. huhu

dak eina said...

@Ijah EmoTemo

huhu bestkan shopping2 nie...

dak eina said...

@adrinaqamarina

kampus kt kg wai.. kolej lak kt wang ulu... oh org perlis eh..


design with love by Dak Eina