kite kawan

20 October 2010

~~cara buat susu dengan betul ;)

Salam Buat Semua.

Walaupon saya nie belum berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Tapi saya dah tahu selok belok macam mana nak jaga baby. Saya pernah mandikan anak saudara saya, basuh ehem ehem diorang termasuklah basuh berak, saya selalu buat diorang susu, menyusukan tu tidaklah... Gila kau! Saya hanya riba dan bagi diorang susu botol. Sifat keibuan saya memang nampak. Kawan saya pon pernah cakap, sifat keibuan saya terserlah. Hihi terserlah kat mana tuh tak tahu lah. Time mood ngah baik, memang saya lah Mama, Mummy, Ibu, Mak, Umi yang baik. Tapi time mood ngah gila. Mintak maaf lah bunyi bising sikit mula lah keluar suara harimau... Auuuummm! Tuh baru ngan anak saudara, anak sendiri tak tahu lah. Macam tak sabar nak ke arah itu je saya nie. Tettt!! 

Tapi kan.... Tapi kann... Petang tadi Mom dah cakap-cakap, lagi 2tahun ok la.. Mom bajet saya umur 23tahun kawen. Tak terlalu awal ke? Hmm.. Saya bajet umur [2?tahun] tapi nie semua perancangan.  Semuanya dah ditentukan oleh Allah kan? InsyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana ;)

Eh sampai topik tuh pulak saya cerita. Huhu. 
Actually saya nak tanya buat susu dengan betul macam mana? Sebab biasanya saya buat susu untuk Izzat, saya akan masukkan susu dulu ke dalam botol. Pastu barulah masukkan air suam. Goncang-goncang secukup rasa, sekuat tenaga dan baru masukkan air panas. Yang saya tahu, cara saya tu boleh buat susu tak pecah [?], khasiat/zat-zat susu tak hilang/mati ;)

Tapi tadi Izzat pulak ajar saya macam mana buat susu. Sebelum-sebelum nie tak pernah ajar pon. Hari nie siap ajar Mak Uda dia lagi. Sekarang nie sape kecik sape besar nie? Konfius I nyah!

Dia cakap "Mummy suruh masukkan air dlu. Air dua-dua (air suam dan air panas), banyak-banyak pastu baru bubuh susu". Terkejut saya! Pandai budak nie mengajar aku! So hari nie ikut cara dia, sebab kalau tak ikut, kau nak dengar umah nie bising ngan jeritan dan tangisan dia? Dah lah suara kuat, tiap kali bunyi! Sakit telinga tahu?

Hmmm.. Kakak saya buat susu tuk anak dia guna cara yang nie lah. Apa beza dia?

Kesimpulan entry nie; budak kecik ajar saya buat susu petang nie. Huh!
*Budak botak ni lah nak mengajar saya tadi. Ensem jugak botak-botak pon. Huhu nie gambar lama 2tahun yang lepas ;P *

So Mummy ke Mama ke Mom ke Mak ke Umi, Ibu ke kalau terbaca entry saya nie, sila lah komen k. Saya nak tahu mana lebih baik. Huhu terima kasih ibu-ibu sekalian. Bapak-bapak pegi jauh-jauh. Hahahahaha!

ps; Terasa seperti blog mama-mama pulak ;P

Bye!

2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

hehe~nice entry..
ank sdara sy yg umo 4thn tu yg ajar sy wat susu..ish--ish--

dak eina said...

@Khumaera Ismail

izzat nie umo 3thun...3thun ajar dak 21thun...bagos2...huhu


design with love by Dak Eina