kite kawan

02 September 2010

~~syurgamu ramadhan.

Salam Buat Semua.

I suka tengok cite nie. Tersentuh kekadang jiwa rock I nie. Huhu. Berbeza lah cite nie ngan cite lain. Terasa betul bila tengok cite nie. Pandai pelakonc nie berlakon kan. Buat air mata macho I berguguran time part sedih. Rasa geram time part kejam, contoh masa watak Elly Suriati ngan Zarina AF. Dua watak jahat nie betul-betul menjadi. Syabas k! Lain-lain watak, I suka watak Pak Su @ Yassin lakonan Ungku Ismail Aziz. Pak Su yang penyayang terhadap anak-anak saudara dia. Ye la anak-anak saudara dia dah kematian ibu bapa diorang. Syukurlah Pak Su diorang nie baik, kalau jahat, mesti budak-budak tu dah kena duduk umah anak-anak yatim.

Eh tu cite sikit jek. Nie sinopsis sebenar cite nie. Best! Korang tengok tak?
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam...



Sumber; [sini]

Bye!

7 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

yebbit + . + said...

yebbit pon suke tgk cite ne. xsbrr nak tgk ending dy cmno. siann tgk dak2 tu kan? suke2 ati dorang blyn cmtu. nseb baik pak su ngan mak jah baikk. :)

ardinihumaira said...

dni nak tgk cite ni ;)

iZzuDdin said...

ctr die best.....tp asyik tertinggl tngk jer,ada je xtvt2 mlm kena wat..hehe........tunngu nk download ctr je nnt...

fmunyraz said...

aku pun suka cite ni gop. best gilas.

cengkerangcipot said...

wahh macam best je..
tan sri da lame xtgk tb ni..
haishhh

HaN WarreN said...

best ke?? hantwo besa lepak surau so xsempat nak tgk tv..erkkk hehehehe

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

asal sume org duk sebut2 cte ni... harusss tengok nni!


design with love by Dak Eina