kite kawan

13 September 2014

Jalan-jalan cari pasal. Tak jumpa pon pasal tu. HAHAHA

Salam Buat Semua. 

Sape blogger yang duk area Kota Bharu? Jom buat gathering!! Hehe. Sementara masih menganggur. Penanam buah anggur yang belum berjaya -.- Boleh la nak jumpa kenal depan-depan ye dak? Hee. 

Alkisahnya semalam jalan-jalan pusing KB Mall sebab.....

 Siti Nurhaliza nak datang!!!

Apa yang menyedihkan semalam. Hampir 20 hingga 30 minit gak lah tunggu kak Siti datang. Sambil-sambil duk tunggu kak Siti kat Watson, usha la seat kosong kat Baskin Robin. Full house je BR ni. Pastu bila ade free seat je terus pi duduk. Alang-alang tunggu kak Siti sampai, kita makan BR lah dulu. So pilih la ais krim. Kami makan single scoop junior je. Tu pon dah banyak -..-' 

Tup-tup bila nak bayar akak cashier ni menjerit-jerit cakap, "Siti dah sampai oi!!!" Tepat kul 3 petang kak Siti sampai. Tak sempat nak pegi sambut kat pintu masuk KB Mall hehehe.

Pastu kan akak cashier BR terus laju bagi duit balance aku. Bukan sebab apa, dia nak pegi Watson sebelah. Excitednya kakak... Haha. Sebenarnya aku lagi excited. Aku ni kan peminat tegar Siti Nurhaliza dari dulu sampai sekarang. Wiwiwi :)

Aku letak aiskrim pastu pegi masuk Watson jap amek gambar kak Siti. Hewhew. Tak dapat bergambar sebelah kak Siti pon takpe lah janji dapat tengok depan-depan. Cantiknya kak Siti ni... :')

Gambar paling clear dari fon kawan aku ;)

Lepas berasak-asak dalam Watson. Aku pegi balik kat BR. Makan aiskrim yang aku tinggal tadi. Haha. Nasib baik aku ada kawan yang memahami. Thanks Adila and Pija. Love you olls deep deep bak hang. Hahahaha.

 
Selfishhhh bersama hahaha

Dah habis makan aiskrim masuk shopping barang dapur sikit untuk Ma aku pastu terus naik level 2 sebab kawan aku, Adila ni dia mengidam nak makan kat The Manhattan Fish Market so kita layankan aje sebab aku pon tengah lapar. Kemain tak makan sebab dah janji nak makan kat luar. Hiks.

Dah habis makan dah pon! Muka kekenyangan semua ni.

Bila habis je makan kat sini terus kuar dari KB Mall sebab nak pecut pegi jumpa kawan Pija lak kat Kelantan Trade Centre (KTC). Tambah pula kat situ ada Karnival Usahawan Wanita Kelantan. Apa salahnya kita orang pegi support kan. Tapi sayangnya dengar cite hari Khamis ade Fizo Omar ngan Ayda Jebat. Nasib baik Zul Ariffin tak mai kalo dia mai sama mau aku pon datang terjah gak KTC ni. Hahaha. Petang semalam ada show dari KB Buskers ngan sape entah sorang lagi Zahidan ke apa. Time aku pegi dah kul 5.30 petang dah pon. Sebelum tu aku tak sure sape ada mai.


We olls datang support booth Fluffy Stuff.

Fluffy Stuff ni ada kedai online. Boleh la like pages dia kat Facebook dan boleh la usha kat kedai dia. Klik [SINI] okay guys!

Okay lah sampai sini dulu. Oh ye nak update sikit pasal keje aku. Actually dah dapat keje kat kilang kat Penang tapi sekarang ni aku masih dalam dilema nak pegi ke tak. Banyak masalah pulak. Hmm doakan aku ye kawan-kawan. Thanks :)

6 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

impian said...

wahhh.. bestnye dapat p sana :)

dak eina said...

@dilakhir

hihi best sgt... bkn slalu pon kan...

KeeStrawberry said...

akak..kee ada tag akak dalam liebster award.. http://leestrawberry.blogspot.com/2014/09/liebster-award1.html

Cik Balqis said...

singgah jugak.

untung laa dpt tengok siti depan mata. tak pernah tgk depan2 lg..huhu

dak eina said...

@noraiffah qizqirah

thankss.. ade ke.. nnt nk tgk..hihi

dak eina said...

@Cik Balqis

hehe.. nnt cik qis jmpe la siti pasni... ;)


design with love by Dak Eina