kite kawan

16 September 2014

Jom sarapan dengan Nasi Kerabu!

Salam Buat Semua. 

Selamat pagi dan selamat Hari Malaysia semua. Hee amacam cuti? Best tak? Aku ni memang keje cuti je. Hari Isnin minggu depan baru start keje. Keje pon aku dapat kat utagha jugak. Maybe jodoh ngan orang utagha mane tau kehkehkeh. Nanti aku update lain pasal keje aku tu. Oh ye keje tu kat kilang kat Bayan Lepas, Pulau Pinang. Yeayy boleh makan nasi kandar tetiap hari. Hehe. Aku suka nasi kandar kuah campur satu anne!!! Gegege.

Sekarang ni kita tutup pasal nasi kandar... Kita makan nasi kerabu air tangan bonda ku yang tercinta muah muah. Memang laku habis la kalau bab nasi kerabu yang Ma aku buat. Ianya sudah terbukti tiap-tiap kali Ma buat nasi kerabu ni. Kakak aku selalu sangat suh Ma buatkan nasi kerabu kalau Ma pegi umah die. Bukan ape, die nak bawak pegi ofis katenya kawan-kawan die suka nasi kerabu lagi-lagi yang Ma buat. Nasi kerabu antara menu wajib bila kakak aku buat rumah terbuka. Terlajak laris gituuuu kau!

 Bahan-bahan wajib ada; Sambal kelapa + ikan rebus, air lada, ulaman, ikan rebus goreng dan pelengkap BUDU. Kikiki.

Alhamdulillah untuk rezeki pagi ni. Jom bersarapan! Sarapan penting okay untuk kita semua... Sarapan pukul 9 okay tak? Hihi.

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina