kite kawan

22 December 2013

~~Settle #fyp... Now #finalexam pulak! Study mode : ON!

Salam Buat Semua. 


Start Jumaat yang lepas, study week pon bermula... Macam panjang sikit je study week ni.. Hehe. Lebih kurang dua minggu sebelum start paper aku. First paper aku 2hb Januari 2014. Tahun baru gitu. Hee :D

Sebenarnya entry ni nak cite pasal kejadian yang berlaku minggu lepas. Minggu lepas kan aku ada dua presentation di mana satu presentation tu buat aku tak boleh tido lena untuk 2,3 hari jugak la sebelum hari kejadian. Cuak wei. Pejam mata kejap mesti akan celik balik. Takutnya alahai =.='

First presentation tu FYP 1 punya. Present pasal project progress tuk semester ni. Projek aku melibatkan dua bahagian; software dan hardware. Semester ni aku dah siapkan bahagian software. Semester depan hardware je la. Presentation ni ada 2 hari dan aku adalah antara golongan yang 'cukup bertuah' kena present pada hari pertama. Ohmai!!

 Muka cuak. 2 minit lepas gambar ni di-snap aku kena present kot! 

Belakang tu boleh tengok 3 orang panel yang aku kena hadap. Huhu. Alhamdulillah panel ni semua baik. Soalan tanya berdasarkan kefahaman aku je. Syukur sangat Ya Allah. Kalau tak paham nasib ko la wei. Ada 3 soalan. 2 soalan berjaya jawab dengan betul. Lagi 1 soalan tu aku jawab salah. Hmm :'(

Hanya Allah swt dan aku je tahu perasaan aku time ni. Sekarang dah lepas, leganya Ya Allah!

Pastu dah habis present yang ni, malam tu aku ada test pulak. Pheww pegi jawab test ngan kepala otak kosong. Tu la orang duk cakap duk kejar 2 jam kredit. Subjek 3 jam kredit di anak tirikan. Langsung aku tak study. Teruk-teruk. Sebab tu jangan buat kerja last minute! Hmm baiklah =_______=

Apa-apanya dah lepas kan semuanya. Thanks a lot kat supervisor aku yang banyak tolong anak buah dia yang ni dari yang tak tahu pape, dapat kumpul ilmu sikit-sikit bagi paham apa sebenarnya projek yang aku duk buat tu. Hihi dan tak lupa jugak kat MED yang selalu kena marah sebab kelemahan aku yang ni. Lambat pickup pastu nak salahkan die. Seperti biasa die dengar je la kalau aku marah. Sorry.... Nanti FYP 2 tolong lagi ek? Hikhik :))

My group members and I with our English's lecturer, Miss Khor Ching Pey ;)

Caption nak in english gitu. #tungganglanggang Oh My English! :-P Presentation yang kedua pulak dalam kelas University English. Fuhh yang ni kira berdebar dia lain macam jugak sebab oral presentation kan. Aku ni kemain buat skrip tapi bila sampai masa, kuar ayat lain. Spontan gitu. Huhu. Yang berdebar tu sebab kena jadi first presenter. Hihi. Gedik nak wat introduction bagai kan. Ambik kau. Tapi tetap bersyukur sebab berjaya lepas dengan jayanya. Thanks to my group members.

Dengan ini, berakhir sudah FYP 1 dan kuliah. Hari ni (22hb Disember 2013) dah kena study sebab jadual study aku dah siap buat tadi. Hahaha. Tahun depan dah start final exam. Wekkk lagi 10 hari nak masuk tahun baru :-P

Tertampal sudah jadual study ku ini.

Start hari ni (22hb Disember 2013) sampai 18hb January 2014. Paper aku semester ni ada 6. Banyak kan? 19 jam kredit pulak tu. Huh semoga Allah mempermudahkan segalanya bagi aku. Tinggal semester ni dan semester depan je yang perlu aku habiskan tuk dapatkan degree ni. Aku kena buat betul-betul takleh main-main dah wei. Kesian ma abah aku kat kampung tu....

Kawan-kawan, tolong doakan kejayaan aku sama tau.. Doakan aku boleh buat yang terbaik tuk final exam tak lama lagi. Korang yang akan hadapi final exam sama ngan aku tu good luck jugak. Study dan jangan duk main banyak. Okay la take care dan jumpa lagi entry akan datang. Assalamualaikum wbt :)

01 December 2013

~~Happy Birthday kekasih halal ku :)

Salam Buat Semua. 

Selamat Hari Lahir yang ke-62 Ma ku yang tersayang... Eina sayang Ma sangat-sangat-sangat tau.. Semoga Ma dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Eina nak Ma selalu bahagia disamping Abah, anak-anak, menantu dan cucu-cucu ma.

Sekarang mungkin Eina tak dapat nak bagi hadiah.. In Sha Allah nanti Eina dah kerja, Eina ada plan sendiri untuk Ma dan Abah. Eina akan buat Ma dan Abah berbangga dengan Eina. Eina cuma perlukan sokongan dan iringan doa buat Eina kat sini. Itu aje.. Yang lain-lain Eina akan berusaha dan bertawakal.

Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang sangat memahami kehendak anak-anak especially anak Ma yang ni.. Kikiki.

Eina cinta dan sayangkan Ma dan Abah lebih dari segala-galanya.. *peluk cium Eina dari Perlis*

:'(

 1/12/1951 - 1/12/2013

28 November 2013

~~berilah hati kepada yang berhak memiliki. hmm :'(

Salam Buat Semua. 

Sorry sebab dah lama tak update. Biasalah final year student. Sibuk dengan fyp la ape lagi kan? Hihi. Kawan yang komen berminggu-minggu baru nak reply. Sorry. Hehe. Dah reply dah ;)

Curi masa kejap update blog. Kejap lagi nak kena pi jumpa sv. Go go go fyp. Kentalkan diri jangan nangis depan sv please Dak Eina! :'(


Credit: HERE


Hmm hmm :'(

2 tahun bersama. Thank you MED. Dia sorang je yang tahan dengan perangai dan garang aku :')

..........sambung buat progress report ;)

ps; Rasa nak edit blog. Wiwiwi :P

08 October 2013

~~siap jugak akhirnya! #fyp

Salam Buat Semua. 

Hukhuk dah pukul 3.30 pagi dah pon. Aku still belum tido. Huh siapkan proposal punya pasal. Kemain lame siapkan proposal. Dari entry yang lepas lagi duk buat. Haha.

Jom la usha meja study aku kat hostel ni. Syok duk buat proposal time sunyi-sunyi ni. Roomate kesayangan dah lama ke kayangan. Huhu.

Meja duk serabut dengan file fyp dan jurnal :')

Oh ye, kalau rasa takut nak stay up sorang-sorang, apa kata korang bukak youtube layan ceramah UAI, In Shaa Allah gelak je. Sambil-sambil teman kita study or buat keje, kita boleh tambah ilmu jugak kan? Hee kasi tips sikit. Jangan duk bantai layan youtube benda lain sudah!
 
Okay jom la kita tido. Esok kelas pukul 8 pagi kot. Jangan terbabas sudah aku nih.  Assalamualaikum.

06 October 2013

~~FYP and #iyasa

Salam Buat Semua. 

Hee lamenye tak update blog. Malam nie tetibe rindu nak update. Alhamdulillah, sekarang aku sihat je macam biase. Laa ni duk kat Perlis sebab semester baru dah bukak. Hmm nak dekat sebulan dah pon menetap di Perlis. Hikhik. Aku dah tahun akhir dah ni.... In Shaa Allah kalau takde pape, bulan September 2014 grad!! Hehe. Amin :)

Tahun akhir ni  berkesempatan duduk hostel dalam kampus kat Ulu Pauh ni. Syioookkk.. Jangan jeles ek abang-kakak senior UniMAP. Kami first batch yang rasmi hostel ni. Huhu. Pegi dewan kuliah jalan kaki je der. Rileks je sambil tu boleh exercise same.. Huhu tapi macam boleh kira dengan jari tangan sebelah je aku g kelas jalan kaki haha sebab ape lepas RK aku sampai Perlis, g kelas naik RK je. Petrol mahal takde hal, RK aku jimat! ;)

Oh ye, next week balik rumah! Cuti raya haji. Alhamdulillah, student UniMAP dapat cuti semester awal dapatlah happy ngan family tuk seminggu. Sebab adik aku budak Utem cuti sehari je. Betul ke? So dia tak dapat balik raya haji ni. Hmm sedih gak la sebab semua abang dan kakak aku balik. Adik sorang takde tak best la kan? -.-

Okay lah tu je lah kot nak update. IYASA tu Izzat, Yaya, Ashraf, Syahmi, Azfar. Anak-anak sedara aku yang comel-comel macam Mak Uda diorang. Tak sabar nak jumpa diorang. Lebih-lebih lagi Azfar sebab tak pernah jumpa lagi. Maklumlah abang aku kan duk oversea.. Azfar ni merangkap anak sedara aku yang kelima. Aiyokk dah ramai dah anak Mak Uda.. Tak terlayan semuanya nanti.

 Azfar si Bambam.. Berketul-ketul.. Kau ade??

Bawah ni pulak, pembuli setia Mak Uda. Si Izzat taiko.. Hihi.. Takpe, buli la, Mak Uda suka sebab Mak Uda kan sayang korang. Tak sabarnya alahai~~


Sampai sini aje dulu, release tension jap siapkan proposal fyp. Maklumlah tahun akhir kan. Busy dengan fyp bagai. Dating pon hujung minggu je tau tapi nak dating pon fikir 2-3kali sebab banyak kerja nak kena siapkan dan submit sebelum balik cuti. Nasib baik sama sv ngan MED so keje pon sama and masing-masing memahami. Untung tak? Hee. Pastu dapat lak sv yang sempoi. "Saya kalo boleh tak nak kamu fikirkan pasal keje ni semua masa cuti nanti.. Saya pon paham kamu nak luangkan masa dengan family..." Huh Alhamdulillah dapat sv yang baik hati..  Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya nanti.. Amin.. Selamat malam dan Assalamualaikum ;)

ps; membebel sikit hilang stress lagipon tenet kat sini laju.. :P

20 August 2013

~~header baru untuk sekian kalinya.. rajinnya saya niiiii :-P

Salam Buat Semua.

Baru lagi.. Rajin sangat hakhak..

Gambar kat header ni gambar raya aritu.. Hikhik. Takde keje, mentang-mentang la lecturer dah datang untuk intra visit. Aku boleh pulak main-main. Huhu. Bukan rajin nak buat report.. Ishh.. Oh ye, doakan semoga aku rajin untuk start buat report.. Praktikal berbaki 3 minggu.. Kejap je 12minggu, banyak lagi nak kena belajar. Huhu. Pastu pegi Perlis tuk teruskan study. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dah jadi senior. Hikhik.

Akak senior haha :-P


Senior la sebab dah 4th year dah sem baru nanti.. Huhu.. Adik-adik yang dapat sambung study kat UniMAP, tegur-tegurlah akak ek. Akak kos Sistem Elektrik (SE). School pon SE. Adoi akak ni bajet ade orang nak tegur akak pulak. HAHAHA maafkan saye~

Okay la sehingga bertemu lagi. Ape aku merepek pon aku tak tau. Sebenarnya nak cakap header baru je pon tapi lain pulak aku cite. Hahaha. Takpe la publish je la.. Hihi.

XOXO! Publish! *style tiru Lisa dalam Istanbul Aku Datang*

Hahaha sengal. Okay bye~

09 August 2013

~~gambar raya saya hikhik ;)

Salam Buat Semua.



Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir dan batin. Dengan ini, saya pemilik blog ini ingin memohon maaf atas kesalahan saya andai pernah terkasar bahasa, tersalah bicara semasa penulisan saya mahupun bertindak melulu sehingga mengguris perasaan semua orang yang membaca blog ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri :)

Gambar yang sempat diambil semalam. Happy dengan sepupu-sepupu. Takde family potrait pon sebab ahli keluarga tak cukup. 3beradik je ada.. Lagi 3beradik beraya dengan keluarga mertua diorang dan ada yang kena kerja.. Sedih :(


Otw pegi rumah Tok Ngoh ;)

Inilah Tok Ngoh kami.. Ni je atok yang tinggal skang ni :)

Kami.. Fatin, aku, Ain dan Effa

Sepupu yang paling rapat :)

Kalau semalam biru, arini hijau, esok kalerful. Hikhik. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Bye~

09 July 2013

~~puasa dan praktikal :)

Salam Buat Semua.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...

Alhamdulillah, esok Rabu 10hb Julai, kita dah start berpuasa. Malam ni dah start terawih dah. Hihi. Bestnya... Dapat bersahur, berbuka puasa dan berterawih bersama family. Kami bertiga je, biasa cuti adik ada sekali tapi dia kena kursus lak sepanjang cuti sem ni. Hmm apekan daya. Bersabarlah wahai adikku berpuasa di perantauan. Kikiki aku gak syokkkk :)

Dan aku, masih lagi berpraktikal. Minggu ni baru minggu ke 4.. Ade lagi 8 minggu bersamaan 2 bulan praktikal ni. Aku praktikal 3 bulan. Cepatnya masa berlalu. Tup-tup dah 4 minggu praktikal. Best praktikal ngan TNB ni. Time ade keje, ohmai syok je dapat jalan sane sini. Kenal orang tu kenal orang ni.

Crimping cable.

Tu je la mampu aku buat. Haha dah la sorang je pompuan. Nak buat pon segan. Ada je mata memandang. Perasan giler! Hahaha! Tak sah kalau tak kena panas time pegi site. Haha. Nampaknya lagi 2 bulan omey sangat-sangat lah aku :))

Kalau masa diploma dulu tak merasa pon praktikal time bulan puasa. Kali ni, rasakan! Praktikal di bulan puasa.. Huhu dah la keje bawah matahari terik.. Agak mencabar. In Sha Allah akan aku harunginya dengan baik. Hmm dah tu takkan bulan puasa tak pegi site pulak kan. Untung la camtu. Haha. Nanti nak mencarut ape dalam buku log kalau tak pegi site. Huhu. Syukur Alhamdulillah buku log masih lengkap dari minggu 1 hingga minggu 3. Minggu 4, In Sha Allah hujung minggu baru siapkan. Haha. Takpe, janji buat kan?

Okay lah, undur diri dulu. Kawan-kawan, selamat berpuasa semua. Jangan lupa berterawih ye!

17 June 2013

~~hari pertama praktikal! ;)

Salam Buat Semua.

Hihi lame tak update blog. Hari ni, 17 Jun 2013, aku dah start praktikal.. Kali ni praktikal kat TNB. Dulu masa diploma, aku praktikal kat hospital. Hehe. Actually dapat je praktikal kat hospital tapi aku tolak, pegi kat TNB. Bukan apa, nak gak try kat tempat lain. Hihi. Lain tempat, lain pengalaman yang kita dapat. Tak gitu? Hee :D

First day praktikal. Awat aku duk gedik je muka tu -,-

Haha punya la bosan tahap max tadi. Tunggu akak cantik buat jadual keje tuk kitorang budak-budak praktikal ni kemain lama. Nak mengular tak nice pulak. Dah la first day. Kehkeh. So duduk je la dalam ofis tu baca paper. Dengan paper semalam pon amek bace. Menarik gak paper semalam. Nampak sangat tak bace paper semalam. Haha.

Esok tempat praktikal aku kat kawasan umah aku jek. Jalan kaki pon boleh. Huhu. At least boleh la buang lemak nih. Aku perhatikan, sejak duk umah ni, best pulak mengunyah. Haishh dah macam mak-mak mengandung je keje nak makan. Kenapa entah asyik lapar je. Alahai. Nak kayuh basikal lak, hujung minggu maybe boleh. Hehe tapi entah rajin ke tidak lah aku ni.

Okay la tu je la kot untuk hari ni. Tadi dengar briefing dari orang atasan macam excited je nak mula esok. "Time nie la awak nak belajar.. At least awak dah boleh dapat 20 - 30% pengalaman selama 3bulan awak praktikal...." In Shaa Allah encik.. akan kami lakukan praktikal dengan sebaik mungkin. Okay dah boleh off laptop, tulis buku log. Hehe. Ape entah nak mencarut kat dalam buku log tu. Kang aku tampal sekali gambar aku yang kat atas tu baru tau. Hakhak.

Semoga esok dapat kenal orang yang baik-baik macam tadi. Amin.

ps; First day praktikal di hari lahir Abah. Pegi keje tadi pon Abah hantarkan. Tq Abah :)

05 June 2013

~~bawak 'toyol' masuk dewan exam.

Salam Buat Semua.

Tajuk nak panas je kan. Haha tapi di tegaskan sama sekali jangan terasa dengan entri aku kali ini. Entri ini tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalau terasa jugak, “Siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya”. Huhu.

Orite, final exam aku dah lama berakhir tapi budak-budak Uitm dengar cite masih ‘bertarung nyawa’ menghadapi final ye. Good Luck korang. Study study gak, makan minum jangan lupa. Haha macam aku final hari tu lupa nak makan minum. Last minutes study biasa lah. Semua nak cover. Rasa macam tak sempat je tapi Alhamdulillah, dah lega dah. Result pulak la. Macam manalah agaknya. Mintak-mintak naiklah pointer semester nie. InsyaAllah.

Sumber gambar: SINI

Ok pada entri kali nie aku nak cite pasal TOYOL. Ini bukan toyol yang hantu kaler hijau si kecik yang suka mencuri tu ye (seram pulak tetiba cite benda neh) tapi nie ‘toyol’ sesetengah student suka nau ler bila tiba time exam. Exam je muncul lah benda nie. Even ketua pengawas peperiksaan selalu duk ulang etika pasal bahan bercetak sama ada sengaja bawak atau pon tak sengaja termasuk sekali ke dalam dewan exam tapi tetap terlepas toyol-toyol nie semua. Pengawas peperiksaan buat keje tak?

Haishh apa nak jadi lah ngan student sekarang nie. Bukannya nak ikhlas dalam belajar. Takde guna kalau korang study 3 hingga 4 bulan 1 semester, last-last korang bawak toyol. Untuk apa toyol tu? Korang malas nak study ek? Ke korang tak konfiden ngan kebolehan diri korang? Eh kemon la. Study nak tinggi tapi tak nak guna otak sendiri kenapa?

Sesetengah orang pulak berbangga bawak toyol. Contohnya, "Fuhhh selamat aku bawak toyol! Aku boleh jawab paper tadi.. Tak sia-sia bawak toyol!!" Ok fine, tak tahu malu punya orang. Kalau guna kepala otak engkau takpe lah jugak. Nie guna toyol nak kecoh-kecoh. Pastu siap perli-perli orang lagi, "Tu lah engkau, aku suruh bawak toyol tak nak. Padan muka tak boleh jawab". Hmm kekadang aku tak paham kenapa orang macam nie nak berlagak. Ingatlah langit tak selalu cerah.  "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".

Biasanya orang-orang macam nie tak boleh tegur, mesti dia persoal kita balik. Ok nasihat pon tak guna. Contoh situasi;

A: Wei aku nak bagi nasihat nie. Janganlah bawak toyol lagi pasni. Tak takut kena tangkap ke? Menyesal tak sudahlah kalau kena tangkap ngan lecturer.
B: Alaa rileks ahh. Pandai-pandailah aku cover dengan kertas soalan. Baik punya. Hihihi.
A: Aku nasihat nie kau tak nak dengar.
B: Kau nak takut kenapa?
A: Ok, lantak kau lah.

Aku kekadang tak hairan kalau markah engkau tinggi tapi biarlah dengan hasil usaha penat lelah engkau sendiri memerah otak jawab exam. Malah aku akan jeles dengan markah engkau yang tinggi tu. Itu yang menaikkan semangat aku tuk capai kejayaan. Tapi kalau sebab guna ‘toyol’ sorry to say la eh, aku takkan cakap tahniah even markah engkau 100%.

Fikir-fikirkanlah. Beringat sebelum kena dan yang pasti, ada mata memerhati kelakuan kita :)

 Sumber gambar: SINI

ps; Semoga pengawas peperiksaan memperketatkan lagi kawalan semasa peperiksaan dijalankan.

16 April 2013

~~kau balik, aku keluar.. aku balik, kau keluar :(

Salam Buat Semua.

Haishh penat sungguh petang nih rasa nak tidur je kejap lagi. Hehe. Kelas aku hari ni 2jam je start pukul 8 sampai 10 pagi tadi je. Lepas tu ade discussion ngan group dan supervisor untuk subjek Engineering Team Project (ETP). Kiranya lepas kelas tadi, terus pegi meeting. Dalam 2jam lebih gak lah meeting tadi. Bincang ape yang patut untuk minggu ni. Dengar macam kejap je kan tapi yang penat sangat tu sebab pegi main campus tu naik motor kot. Perjalanan nak ke sana dalam 30minit ++. Tu yang penat :(

Dengan adanya subjek ETP nie, kitorang yang dalam rumah pon kekadang takde masa nak lepak sama-sama. Sorang ade meeting, sorang takde. Pastu kejap aku keluar, dia baru balik meeting. Hmm nie baru ETP belum FYP.. Masing-masing lagi sibuk lah kot. Huh sekarang dah kena siapkan bahagian hardware and software.. Sambil tu kalau ada masa free, buat final report.. Haishh date tuk demo project pon dan dekat. Huh nak dating pon tak sempat lah jawabnye. Hehe gedikkk :D

Supervisor, bagilah kitorang rehat kejap ek ek ~.~

15 April 2013

~~aku takde instagram macam kau wuwuwuwu..

Salam Buat Semua.

Zaman sekarang nie aku perhatikan, sikit-sikit nak tangkap gambar tak kisah la time bila pon. Tapi biasanya aku jumpa, tiap kali nak makan, mesti ada punya pesen tangkap gambar dulu. Sebab ape? Nak upload dalam instagram. Aku pon sama gak kekadang tapi aku takde instagram ponggg. Saje je tangkap gambar pastu simpan bagi penuh memory card. Haha.

Best ke ade instagram? Teringin gak nak ade app tu. Aku pakai tepon biase jek mana boleh install app instagram tu.. Wuwuwu.. Tapi takpe lah, dah keje esok, boleh lah nak pakai tepon besar-besar paha tu. Kikiki.


Memandangkan aku takde instagram macam korang. Aku pon nak menggatal gak amek gambar makanan aku. Pastu aku edit pakai photoscape. Alaa same gak mode dia tu semua. Cuma tak boleh upload terus via phone. Huhu mengade kan?

Chicken Chop uhh dapnye dapnye :D

Gambo kerepok lekor pon ada.. Konon nak upload dalam instagram :P

Meh sini nak mengaku satu benda, aku pernah ceroboh instagram MED bulan lepas pastu aku upload gambar sendiri siap buh caption "Dia dan tudung barunya.... Comel!"

Nie lah gambo kat instagram MED :)))))

Giler perasan ah. Pesen tak tahu malu... =____= MED dapat tahu, dan dia okay je aku buat macam tu. Tak kisah pon. Hehe.  lebih lah!!! 

ps; Cuti seminggu dah habis dan kelas dah stat hari nie :(

14 April 2013

~~Muhammad Ammar Zakwan :-*

Salam Buat Semua.


Ehem ehem perkenalkan cinta hati baru aku, Muhammad Ammar Zakwan. Hikhik tak pernah pulak buat entry baru kalau ade pakwe baru. Haha. Nie takde lah cinta hati baru. Tapi cinta hati kini, esok dan selamanya.

Cikna ngan Ammar Zakwan :D

Alahai si kecik nie anak bff aku. Anak Bib. Dia dah ade 2 orang anak tahu tak?!! Nie anak die yang baru lahir bulan dua aritu. Baru dapat jumpa sebab dia bersalin time aku kat Perlis.. Jeles okay ngan Bib.. Nak kawen gak lah. Nak ade anak jugak macam dia. Hmm sape sudi kawen ngan aku. MED? Habiskan dulu study, baru fikir kawen. Ade hati nak kawen, study pon tak habis lagi.. BAIKLAH (-_____-)

Actually ada gaya seorang ibu tak bila tengok gambar kat atas tu? Sebelah kiri boleh lah nak cakap seorang ibu yang penyayang *sangat* tapi sebelah kanan tu, okay anak aku ngah tido, layan facebook lah kejap, gossip-gosip sikit kat twitter terus rasa ishh ibu ape neh pfttt! Haha.

Hoi lambatnye nak tawennnn. Haha tak pasal-pasal :-P

Bye!

11 April 2013

~~Warung Kurnia Ibu :)

Salam Buat Semua.

Haiiiiiii semua! Alahai rindu nak update blog.. Kalau dulu tiap kali keluar lepak ngan kengkawan or ade something special sikit mesti aku luahkan kat blog. Sekarang ni mana ada dah. Blog ni dah di anak tirikan oleh aku. Hiks anak tiri sangat kan. Mintak-mintak lepas ni janganlah diabaikan lagi blog ni. Idea pon susah sangat nak keluar kenapa? Stresss! Orang tak nak blog nie mati -_____-

Btw aku sekarang nie ngah cuti mid semester tapi dah nak habis pon. Esok lusa tulat dah nak balik Perlis dah.. Sob sob.. Kejap sangat cuti tak sempat nak melayan tv lagi lame. Wehuu sengal ko neh Dak Eina sebab tv jek sedih nak balik Perlis. Hee taklah.. Tapi ade sikitlah sebab kat sana takde tv! Cite yang main kat tv, fully download. Wakaka thanks MED sebab sudi download drama-drama feveret aku tuh. Hehe :D

Okay sekarang nak cite pasal cuti aku yang berbaki lagi 3 malam neh. Macam sebelum nie jugak, tidaklah lepak duk umah jek dan mesti ade punya satu or dua aktiviti.

Aku yang semakin gemuk :')

Aku ngan Kak Tiah :)

Petang tadi sempat keluar lepak ngan kawan poli dulu, Kak Tiah ngan Aimi. Tapi Aimi takde dalam gambar la segan katanya.. Tapi takpe lah, lain kali aku tunjuk gambar dia ek? Hehe. Diorang datang amek aku kat umah petang tadi. Kebetulan takde buat pape, so ikut je la diorang nak bawak aku ke mana. Alih-alih ke Warung Kurnia Ibu kat Pasir Mas. Kemain jauh berjalan semata-mata nak minum coconut shake kat situ. Hiks. First time aku datang warung tu terus jatuh cinta weyh. Ini serius! Tapi serius best coconut shake kat warung tu hmm maybe dah lama tak minum kot.  :))

Kredit ; SINI

Google punya google, femes gak warung ni. Boleh terus ke SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal Warung Kurnia Ibu ni. Sape-sape orang KB or yang datang bercuti kat Kelantan nanti boleh lah ke warung ni yang terletak kat Pasir Mas. Opss dah rasa macam blog jalan-jalan cari makan dah. Wee.

Okay nak study sikit. Oh rajinnye cuti pon study kan.. Haha till then. Bye!

08 February 2013

~~masa cuti ku tak terbuang begitu saja!

Salam Buat Semua. 

Lama benau tak update blog pakai lappy kan.. Asyik via blackberry jek. Tau lah ade blekberi, malas nak on lappy tau.. Hahaha. Oh ye, sekarang aku tengah cuti semester, dah nak habis dah pon cuti... Hmm hmm :'(

So, apa yang aku buat masa cuti nih? Nie lah nak cerita... Cer cite cer cite.. Huhu. Masa cuti ku tak terbuang begitu sahaja! Ada jek keje aku buat. Contohnya, buat kek.. Bukan kek je.. Huhu.

Minggu lepas, banyak betul permintaan.. Permintaan lah sangat kan? Adik aku nak makan Durian Crepe, kawan aku order kek coklat dan aku pulak request dengan diri sendiri nak makan Pavlova. Hah gitu kan! Part teringin nak makan Pavlova tu dah macam anak omputih nak makan benda tu. Syukurlah ada ma yang memahami kehendak anak perempuan bongsu dia neh. Hehe. Ma lah yang support part duit beli bahan-bahan. Huhu thank you ma.

Durian Crepe yang gebu :-*

 Kek Coklat Moist yang kawan aku order :)

Pavlova yang buruk hiasannya haha!

Cuti berbaki 5 hari lagi. Esok In Sha Allah result keluar. Apa yang aku harap semoga result tak jatuh dan takde paper yang failed. Aku dah usaha kan hari tu. Walaupon ada satu paper yang susah, aku usaha gak tapi sedih sikit lah sebab memang betul-betul susah wei -,- pastu siap ada sorang MPP post kat FB bagitau ramai yang failed subjek ni. Hmm hmm bila dapat tahu pasal ni, terus rasa down. Secara automatiknya cuti pon rasa tak best. Dah la cuti kejap je, datang pulak perasaan macam ni *nangis*

20 January 2013

~~Izzat dah 6 tahun!!

Salam.

Yeayy anak buah aku dah besar tapi belum boleh digelar seorang yang dewasa. Masih budak hingusan yang menyusu botol. Haha dah 6 tahun pon masih minum susu botol okay. Ish ish. Mak uda harap sempena birthday Izzat yang ke-6 hari ni, Izzat dah reti minum susu pakai gelas. Hehe.


Ni gambar yang berjaya dicuri dari FB kakak ipar aku a.k.a Mummy si Izzat ni. Izzat ni kalau sape yang follow cite dia kat blog aku nih tahu lah yang dia peminat Ultraman tapi kali ni kek dia ✗ berunsurkan Ultraman langsung. Ade strawberi jek. Hakhak. Kesian Izzat, takpe Izzat, next year kek Ultraman okay? Huhuu.


Selamat Hari Lahir Izzat. Izzat kena tahu, Mak Uda sayang Izzat sangat-sangat. Dah besar nanti, follow blog Mak Uda okay! ƗƗɑƗƗɑƗƗɑ! K bye!

Ps; Rindu giler anak-anak buah :'(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 January 2013

~~Susahnya last payperr nie :'(

Salam.


Serius last payperr ni susah bagi aku sebab aku ✗ suka dengan subjek ni :'(

Susah bila ✗ paham, nak study pon malas. ✗ study kang, nak jawab ape nanti? Menangis air mata darah pon, pen ✗ boleh gerak sendiri gak kan? Hmm kan seronok kalau paham pastu dapat pulak buat soalan tu semua. Ini ✗, bukak je buku rasa nak tido. Menguap tetibe jek. Ouchh ✗ suka okay!

ELECTROMAGNETIC THEORY, please be nice to me!

Oh ye! Lagi 3 or 4 hari lagi duk hostel, pastu kemas barang dan balik Kelantan! Masalahnya sekarang, tiket ✗ beli lagi! Kalau takde macam mana? Tolong jawab! *nangis*

Ya Allah, permudahkanlah segalanya.. Amin :)

Tutup buku, pegi makan laksa kat Kuala Perlis! Mak stress tau nyah! :'(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

design with love by Dak Eina