kite kawan

31 July 2011

~~rancangan faveret ketika bulan Ramadhan :)

Salam Buat Semua.


Ketuk-ketuk Ramadhan

Setiap hari bermula hari ini!

Pukul 12.30tengahari.

Hanya di TV1.

ps; Aku tak sabar nak tengok artis lelaki memasak jeeeeeeww ;P

Babai!

~~dia cakap aku macam makcik. ok la redha :)

Salam Buat Semua.

Ingat lagi tak entry pasal aku tanya pendapat yang sesuai ke tak bila aku pakai spec tu? Kalau tak ingat, aku bagi link. Klik sini haa.


Spec aku dah siap. So aku ada mintak pendapat kat sorang kawan aku yang 'baik' nie. Sekali dia cakap, macam mak cik. Ikhlas dari hati dia. Giler jujur kan kawan aku tu. Terima kasih kawan! 

Hmm redha je la. Makcik pon makcik la. Aku memang makcik pon kat anak-anak sedara aku :P

Nak tengok tak gambar makcik?

Nie haa.

~testing testing~

Makcik nie comel kan. Hakhak. Puji diri sendiri, sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. Kan? :P

Dah la makcik nie dah ngantuk. Tido dulu.

ps; Mom cakap aku dah macam muka kakak aku dah bila pakai spec :')

Babai!

30 July 2011

~~Hizami, Nak Header Satu!

Salam Buat Semua.

Arghh baru teringat nak join. Hihi. 

~klik banner kalau nak join k~

Tarikh tutup dah dekat dah tapi saya baru nak join. Ah tak kisah, janji belum tutup lagi kan ini kontes, selagi itu saya boleh join ^.^

Khas buat Hizami.... =)

'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab saya dah takde idea nak buat header asyik duk ulang benda sama saje. Kalau Hizami buat, konfem berbeza! Hee....'

Tak kira nak menang jugak! *sambil hentak-hentak kaki*

Dushh kena tumbuk tepat ke muka sebab gedik.

Saya nak tag budak comel nie la. Sape yang berminat boleh la join sama. 

Ok siap!

Babai!

29 July 2011

~~apesal aku asyik jumpa lelaki ensem je sekarang nie eh?

Salam Buat Semua.

Oh sorry sebab sempat blogwalking kejap je semalam. Aku online sebelah katil je. Bila ngantuk, aku terus tido. Laptop pon tak off. Haish nampak tak betapa aku penat giler semalam. Hihi.

Semalam pegi buat medical check up. Akhirnya berjaya jugak aku pegi hospital. Kan aku dah cakap aku kalau boleh nak settle bab nie sebelum puasa dan ianya dah siap. Lega.

~bukti, filem x-ray ku~

Sejam setengah jugaklah aku tunggu turn doktor check aku. Dalam masa tu jugak aku duk perhati seorang doktor pelatih yang ensem kat depan aku. Haishh ensem doh. Dah la sopan santun gitu bercakap ngan orang-orang tua. Hmm dia duk buat kaji selidik ape entah. Tapi kenapa dia duk tanya pakcik makcik je? Sebab..... aku nampak sihat dan bertenaga, dia cari pakcik makcik yang uzur pastu ada penyakit :)

Dak Eina start gedik dah. Apesal asyik duk jumpa lelaki ensem je sekarang nie. Hari tu jumpa abang bank ensem. Adoii.. Penat ah cam nie. Jantung duk berdegup kencang je. Hahaha mengada aku nie. Ahh lantak!

Ok dah terlebih pulak aku nie... Mungkin hati nie dah sunyi. Haha!


Bila nak jumpa Ramzul nie pulak eh?

Babai!

28 July 2011

~~Spontaneous Thursday #6

Salam Buat Semua.


HARI NIE HARI BUSY KU.

TAK SEMPAT NAK BLOGGING, APETAH LAGI NAK UPDATE STATUS DI FACEBOOK.

HUHU.

HABIS BOLA NANTI, BLOG JOGGING OK!

=)

MALAYSIA BOLEH!! (^_^)V

Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


Babai!

27 July 2011

~~Wordless Wednesday : 2 in 1 :)

Salam Buat Semua.



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;

Babai!

26 July 2011

~~Siapa nak dudel FREE?

Salam Buat Semua.

Klik banner nie kalau nak join k!

Tugasan para peserta ^.^

1. Cam biasa, tepek gambar kat atas
2. Komen blog saya (Cik Cempaka)
3. Ada 4 pilihan dudel
(i-spring, ii-summer, iii-autumn, iv-winter)
sila pilih salah satu yang korang suka
4. Cam biasa, submit link kat entry ini
5. Tarikh tamat 28 July 2011 (my buffday :D )
* hanya 4 peserta bertuah yang akan di pilih untuk kali ini *
 dan

Kalau rasa baik hati, boleh la tag sesiapa yang korang suka.

Ok, meh nak komen sikit blog Cik Cempaka :P

Saya tak pandai sangat bab-bab menghias blog nie tapi saya tengok blog awak kemas je. Tak perlu nak tambah or nak kurangkan pape dah.

Blog awak kaler pink. Comel ohh. Sama lah kita minat kaler pink :)

Ok siap komen!

Awak, saya nak doodle spring eh! :))

Cepat join kalau nak doodle free dari Cik Cempaka!

Saya nak tag Sri Juju dan Fyka :)

Babai!

~~rosak mood aku!

Salam Buat Semua.

Selamat pagi! Dah lame aku tak update pagi-pagi kan selalu nak tido baru update. Hihi. Hari nie cancel lagi pegi medical check up sebab Abah pegi hantar adik kat sekolah memandu. Aku bukannya nak suh Abah tunggu aku wat mc tu tapi dah macam Abah selalu tak ambik peduli hal aku je. Sikit terasa la.

Mengamuk lagi hari nie. Selamat Mom paham aku. Tapi takde la air mata keluar sebaldi macam semalam. Satu gayung kecik je. Haha.

Memang betul-betul rosakkan mood aku arrr. Dah lah, aku kalau marah, mesti lapar!

Jom breakfast roti canai jom!

~gambar lame dah nie.. hihi~

Babai!

25 July 2011

~~sesuai tak dengan aku?

Salam Buat Semua.

Hari nie aku tak pegi pon buat medical check up. Abah tak bawak pon aku. Nangis satu baldi aku tadi. Selalu kena tinggal. Abah selalu lebihkan adik aku. Hmm ok la. Aku boleh pegi esok. Pegi ngan Mom lagi. Ye la aku kan lebih rapat ngan Mom aku. Bukan aku tak rapat ngan Abah, tapi sekarang, aku tengok Abah aku manjakan adik je. So, aku beralih la ke Mom aku. Baru adil!

Nanti aku daftar 4hb September nie pon, aku pegi Perlis ngan Mom dan abang aku. Adik aku pulak pegi ngan Abah. Terpaksa buat macam tu sebab daftar hari yang sama T_T

Ok la tak nak cite pasal tuh. Hari nie aku merempit ngan kawan aku pegi bank tuk bukak akaun Bank Muamalat. Unimap guna bank nie tuk PTPTN. Mula-mula rasa malas giler nak pegi buat. Tapi bila dah masuk bank nie layanan superb la tuk student cam aku nie. Dah la pegawai bank tadi ensem giler. Muda lagi wo.. Rugi tak ngorat dia tadi.. HAHAHAHA!

Lepas dah siap bukak akaun tu semua, aku ajak kawan aku rempit pegi kedai spec sebab Mom aku dah bagi duit suh aku pegi buat spec sebab ada satu hari tu, aku ade mintak nak buat spec sebab mata rosak sikit.. Hihi. Aku pon tanya kawan aku, free ke tak? Sekali kawan aku cakap dia free, terus ajak dia pegi kedai buat spec. Alang-alang keluar tu, ape salahnya pegi sana terus. Ye dak?

Actually aku tak pernah pon pakai spec sebelum nie. Gedik-gedik try spec orang lain pernah la. Huhu. Ape yang aku tahu, mata aku memang rosak. Tapi takde lah teruk sangat, silau je banyak. Haha.

Tadi ada dua kaler yang menjadi idaman hati, kaler purple gelap ngan brown. Kata hati aku cakap, "Ambik purple gelap.. Purple gelap!!!". Kawan aku pon pilih yang tu. Hihi sehati sejiwa kan? Tapi bila balik umah dan cite kat Mom, Mom cakap, "Bakpo Eina tak pilih yang brown?!" *sambil buat muncung tanda tak setuju*

Serba salah pulak aku tadi. Hmmm :(

Esok maybe siap spec aku tu. Haishh sesuai ke tidak ngan aku.. Lantak ah. Nak pakai time study je pon. Hihi. 

Testing spec orang lain kejap! Rupa spec aku macam nie la jugak. Aku pilih yang bingkai penuh. 

 ~belah kiri, spec adik aku, belah kanan, spec sepupu aku~

Sesuai tak dengan aku weh?
Maksud aku, sesuai tak aku pakai spec?

Mintak pendapat kawan-kawan sikit :)

ps; Thanks Pija sebab teman aku tadi! <3

Babai!

24 July 2011

~~minggu busy bagi aku :)

Salam Buat Semua.

Minggu nie mungkin aku akan busy giler lah sebab surat tawaran aku dah sampai. Baru je sampai hari nie. Adik aku yang Utem tu, minggu lepas lagi dah sampai. So, esok Abah cakap nak pegi buat medical check up. Buat dua-dua sekali senang keje sikit.

Pastu pulak, aku nak kena bukak akaun Bank Muamalat sebab Unimap guna bank tu tuk PTPTN. Hmm adik aku pulak tak payah nak bukak akaun bank dah sebab dia dah ada Bank Islam. Masa duk Poli dulu aku guna Bank Islam gak, skang kena bukak akaun lain pulak demi PTPTN. Pinjam lagi..... Yang dulu pon tak bayar lagi oi! :'(

Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan, kalau boleh nak settle semua nie sebelum puasa la. InsyaAllah semuanya akan berjalan ngan lancar. 


Takut oi nak sambung study nie......

Babai!

23 July 2011

~~Cinta Muka Buku - Najwa Latif.

Salam Buat Semua.




pause saje kalau bising :)

Comel giler kan lagu nie??

Bila la aku nak dapat cinta muka buku versi aku kan. Haha.


~Hairul Azreen n Najwa Latif.. ambik kat sini~

Eh kejap, muka aku macam Najwa Latif ke? 




Encik Zuhairy Zainon, please pakai spek. Mata anda dah rosak!

HAHAHAHA!

Babai!

22 July 2011

~~cakap tak serupa bikin, tak boikot dah..hihi :P

Salam Buat Semua.

Ok, sekarang aku nak sambung cite aku yang pegi main badminton tu. Nak je aku habiskan entry tu tapi cite Annissa dah start pulak. Episod last ok semalam. Tak mau aku ketinggalan… :P

So, aku buat la entry bersambung. Huhu. Ok, sambung balik!

Lepas satu jam main, kitorang pon cadang nak balik. Umah ngan gelanggang badminton tu dekat je. Pastu Dak Pija (driver) plan nak pegi makan. Biar betul Dak Pija nie. Dah la nak makan kat Kedai Nasi Kak Wok. Kalau kat Kelantan, memang femes la nasi nie. Nasi dia best! Kalau datang Kelantan, mesti cuba tau Nasi Kak Wok nie. Tapi jangan pelik pulak kalau korang makan kat kedai dia pastu dia bagi nasi berlauk dalam kertas pembungkus je, tu la trademark kedai dia. Jimat tenaga tukang basuh pinggan. Sekarang dah banyak orang tiru. Kalau nak betul-betul original kat tempat aku lah :)

~Nasi Kak Wok, cari kat Google~

Cite pasal Nasi Kak Wok la pulok. Haha. 

Pastu aku cakap kat Dak Pija, konfem ramai orang lagi pulak aku malu la nak makan kat situ. Biase beli bungkus makan kat umah wei. Dak Dila pon taknak, malu la tu. Dak Dila nie jenis pemalu sikit, bukan sikit tapi banyak :P

Dak Dila ajak pegi KFC. Ape KFC? Aku dah boikotkan KFC tu. Kalau lupa, klik entry nie. Geli wei. Budak dua orang nie tak tengok lagi video tu. Selalu je lambat train. Adoii. Aku nak tak nak, makan je la jugak ayam KFC nie. Sebab kalau pegi KFC, suka order ayam je (set Snack Plate) T_T Dah aku tengok semua duk sedap je makan ayam tu. Aku pon jadi terliur balik. Haha. Tak pasal-pasal kenyang membuncit aku. Lupa segala-gala pasal video tu. Makin berselera ada la. Maklum la keluar umah tak makan pape, pastu pegi main badminton pulak. Minum air mineral mana cukup. Betul-betul menaikkan berat badan sungguh aku semalam. Lemak mengecut kejap je pastu menebal balik. Haha.

~KFC, tetiba nak sayang KFC balik boleh tak?~

Ok tamat cite aku. Nanti nak keluar lagi ngan diorang nie. Susah nak keluar sama-sama macam nie. Bukan selalu boleh bergumbira walaupon umah dekat sebab masing-masing busy kalah PM. Kejap lagi aku dah nak pegi sambung belajar, makin susah nak jumpa :'(


Tetiba sedih.. Hmmm…….. Sedih macam nak pegi study oversea pulak aku nie. Haha!

ps; Kenangan ah nie semua, lepas bersukan makan ayam KFC!

Babai!

21 July 2011

~~sesi memecahkan lemak la kononnye.

Salam Buat Semua.

Hari Isnin yang lepas, aku ada pegi main badminton. Lame giler kot aku tak bersukan nie. Tu yang makin lama, makin membesar dengan sihat tubuh badan aku nie. Ngee :D

Aku pegi main badminton ngan kawan-kawan kat kawasan umah aku nie hah. Semuanya budak-budak lagi. Umo muda je semua. Aku la yang paling tua. Aku nie selalu kena bahan orang tua orang tua. 22tahun muda lagi lah!!!! Ada je yang baya umo aku tapi semua laki la pulak. Takkan nak kawan ngan laki? So kena kawan ngan budak-budak lah aku nie. Bukan budak-budak jenis hingus leleh-leleh nie. Budak-budak U dah pon. Huhu. Hai Dak Dila… Hai Dak Pija.. Auww name baru. Sesuka hati aku je buh name baru kat sep mung (korang). Hihi.

 ~Dak Dila, Dak Eina, Dak Pija~

Ok dah kenal semua? Sekarang kita pegi mulakan permainan ye. 

~takde orang pon, maklum la datang time hari kerja, kalo datang hujung minggu konfem penuh, yang ada hanya lah budak-budak laki main futsal~ 

See diorang siap berkasut sukan lagi tau. Aku mane nak ada kasut sukan. Kesian sungguh kat aku! Aku siap tanya lagi kat akak kaunter, “Akak, saya tak bawak kasut nie takpe ke main?”. Akak tu cakap “Takpo ehh”.

Hihi tahu tak gambar aku tengah main badminton nie takde. Boleh pulak budak dua nie takmo ambik gambar aku. Kesian kan. So, aku pon malas lah nak letak gambar diorang ngah lawan. Haha. Baru adil. Ok la main badminton nie. Keluar jugak lah peluh nie kan. Pecah la lemak-lemak nie sikit. Pecah ke??? :P

~bakal atlet badminton wakil Malaysia? yang tengah bab posing boleh la.. mainnya haram. selalu kalah benci arr!~

Nanti aku sambung lagi eh. Nak pegi tengok Annissa nie!

Babai!

~~Spontaneous Thursday #5

Salam Buat Semua.


TETIBA RASA TAKUT NAK SAMBUNG STUDY. PADEHAL PELUANG NIE YANG AKU DUK TUNGGU-TUNGGU SELAMA INI.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin...

*senyum*


Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.

Sumber; Spontaneous Thursday


Babai!

20 July 2011

~~Wordless Wednesday : Kek coklat moist.

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)


Babai!

19 July 2011

~~istimewa di hari jadi mu kawan :)

Salam Buat Semua.

Hari nie hari lahir best friend aku. Name dia panjang, tapi macam biase bukan spesis skema, panggil Sue je :)

~dua-dua gedik, dua-dua mintak penampar..haha~

Aku berkawan ngan dia kat sekolah teknik lagi. Masa aku form 4 kurang rapat ngan dia sebab dia kelas lain tambah pulak, aku duduk hostel kejap je. Huhu. Tapi masuk form 5 mula rapat ngan dia sebab satu dorm, kelas masih tak sama. Oh nak cite pasal kenangan kat sekolah dulu, banyak lah kenangan. Malas aku nak cite. Aku nak cite pasal Sue je kali nie.

Aku selalu gak keluar ngan dia sebab dia jenis yang senang. Dia baik giler ngan aku. Aku buli dia, dia boleh gelak-gelak. Dia tak ambik hati pon ngan perangai aku yang agak nakal nie. Dia selalu cakap aku manja. Hikhik. Sue, aku manja ngan sesetengah orang je. Hahaha.


Family aku pon dah kenal ngan dia. Dia lah kawan aku yang selalu datang if ada majlis pape kat umah aku nie. Rajin dia menolong buat keje. Tapi kekadang rajin jugak dia menengok saje. Haha tapi betul gak, dia tetamu, aku paksa dia buat keje. Haha. Aku kan suka buli dia :P

Sue,
Happy Birthday... Aku tahu aku bukan kawan yang terbaik untukmu. Tapi kamu lah kawan aku yang paling baik. Tak pernah nak marah aku walaupon aku selalu menyusahkan hidupmu. Aku mintak maaf  Sue :'(

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi :)
Aku sayang kamu Sue :)

Sue... Nak hadiah tak? Kalau tak nak takpe. Haha. 

ps; InsyaAllah kita sama-sama jaga persahabatan kita ye Sue!

Babai!

17 July 2011

~~sambut besday kat pantai.

Salam Buat Semua.

Petang tadi aku pegi pantai. Kitorang (aku, Bib dan adik Bib) pegi PCB (Pantai Cahaya Bulan). Ada pantai lain tapi aku lagi suka pegi pantai nie. Bib pon same :)

So meh kita tengok gambar sebab aku tak tahu dah nak taip ape :P

Nie kira pengganti kek la. Hihi. Asal besday je mesti nak ada kek kan. Kali nie takde lah pulak. Kat pantai takde kek melainkan kalau bawak sendiri. Haha.

Selesai makan-makan, kitorang pegi kat pantai. Tak turun pegi pantai pon duduk kat batu-batu je. Time tu dalam pukul 4.30 kot. Panas lagi wo tapi dah gedik sangat nak pegi ambik gambar, gagah jugak la pegi sana panas-panas pon. Huhu. Walaupon panas, takde lah rasa sampai berpeluh ketiak ape semua sebabnya kat pantai kan anginnya kuat. Sejuk ada la :)

Nie la Bib. Kawan aku yang kawen bulan 7 tahun lepas. Bulan 7 tahun nie 7bulan usia kandungan dia. Bulan 9 nie keluar la baby dia. Yes dapat anak buah lagi. Anak dia anak aku jugak. Kikiki :P

Oh lupa, terima kasih banyak-banyak kat Bib sebab bawak aku mai sini sempena besday aku lagi. Terharu :')

Budak kecik tu Fatimah adik Bib.
Sekarang kita beralih lah pulak kat gambar aku. Nie lah birthday girl tu. Kehkeh. Aku kalau pegi pantai memang akan penuh memory card camera aku. So takkan aku nak letak semua kot gambar aku dalam nie. Lambat pulak loading kang. Setelah menapis gambar-gambar yang agak over untuk dipertontonkan, aku pon gabungkan lah ia menjadi satu. Senang sikit. Hihi.

Aku tahu aku dah 22tahun. Tapi rasa macam budak-budak lagi. Entah matang ke tidak lagi aku nie. Hmm tak pandai pulak aku nak tengok bab tu.

Ok la, aku nak tido dulu. Esok ada rancangan baik punya ngan kawan-kawan aku. Mintak-mintak menjadi ape yang dirancangkan tu. Huhu.

Terima kasih kepada semua yang wish besday aku. Same ada kat blog, shoutbox, fb, sms, call. Terima kasih banyak-banyak. Sayang korang ketat-ketat ♥ ♥ ♥ ♥ 

ps; Bukan p sambut besday pon sebenarnya. Kahkahkah.
Babai!

~~Selamat Hari Lahir Dak Eina :)

Salam Buat Semua.



Umur aku dah 22tahun
Tapi nak betul-betul cukup 22, Maghrib karang lah. Hihi. 

Selamat Hari Lahir jugak kepada yang menyambutnya hari nie. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Amin... :)

ps; Tido sambil senyum malam nie. Hikhik :P

Babai!

16 July 2011

~~pertama pertama pertama!

Salam Buat Semua.

Esok besday aku, aku dah dapat kad besday seminggu awal dari Libresse. Terima kasih Libresse! Kad besday pertama tahun nie. Huhu.


Esok besday aku, Khamis lepas sebelum abang aku pegi KL sempat dia bagi duit kat aku. Hadiah pertama aku dapat! Hihi. Terima kasih abangku! 

"Nah hadiah besday, beli sendiri la hadiah"

Esok besday aku so hari nie dah dapat wish dari kawan. Katenya mau jadi yang pertama wish besday aku. Terima kasih Suwaibah Khaptiah bt Mohamed Noor!


ps; Hadiah yang terbaik ialah keputusan yang ini. Tapi tengah tunggu jugak hadiah lain. Haha!

Babai!

15 July 2011

~~rupa-rupanya Allah tunjukkan pelangi selepas turunkan hujan.

Salam Buat Semua.


Tragedi memilukan hati. Paling kuat mungkin aku meraung, air mata keluar sama laju ngan hujan kat luar umah. Siyes sedih dan pilu menusuk di jiwaku. Eh macam lirik lagu. Haha. Dah malas nak cite pasal ape. Biarlah orang-orang yang tertentu saje yang tahu. Yang pasti, tragedi itu tak berlaku lagi. InsyaAllah.

Hari nie dapat tahu keputusan permohonan ke IPTA, Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dapat jugak kali nie. Setahun menunggu. Asyik dapat dukcita je. Kali nie siap dapat ucapan TAHNIAH lagi.. Aku dapat Unimap... Ya Allah, inikah petanda pelangi yang ditunjukkan selepas aku diuji dengan hujan yang lebat tempoh hari? Syukur sangat! 

Tapi kekadang takut jugak wo, setahun aku tinggal belajar. Otak nie kena asah balik kasi tajam. Takmo belajar sambil berangan lagi tau Dak Eina <---- pesen lagu nie je bila duk dalam kelas..haha

Yang paling gembira dapat keputusan mestilah Mom ngan Abah aku sebab dua-dua anak dia dapat masuk U. Adik aku dapat Utem. Adik aku umo 19tahun dah masuk U. Aku umo 22tahun. Beza 3tahun tu. Takpe, nak belajar tak kira usia kan? *sedapkan hati sendiri nie hhaha*


Takut lagi nie. Ketar-ketar, masih tak percaya. Lame kot aku tunggu, kali nie betul-betul dapat. Syukur lagi ;)

Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan.
Kita menangis dan mencari mane matahari.
Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik kat kita.

Tahniah kepada kawan-kawan blogger yang dapat sambung degree.. Yang aku tahu, nanie (ump), liyanaa (ukm), yatie (uitm). Semoga berjaya semuanya!! ;)

Oh ye, keputusan nie macam hadiah hari jadi tuk aku la. Ahad nie 17hb kan? Cukup 22tahun. Hehe :P

Babai!

14 July 2011

~~Spontaneous Thursday #4

Salam Buat Semua.


ADA PERKARA YANG BOLEH KITA KONGSI, DAN ADA JUGA PERKARA YANG KITA PERLU SIMPAN DALAM HATI.


Down giler nie :'(


Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


Babai!

13 July 2011

~~Wordless Wednesday : Marimar & Sergio :)

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

 sumber;

Babai!

12 July 2011

~~tetiba aku rasa nak makan macaron.

Salam Buat Semua.

 ~hasil carian kat Google~

Alololow bukan main lagi comel macaron nie. Kalau dapat makan sekarang nie kan best. Tapi kalau ada depan mata aku, mesti rasa sanggup tak sanggup je nak makan. Comel sangat wei! Hihihi.

Nak beli mahal tapi memang kena lah ngan kesedapan dia, pastu aku try cari resepi buat macaron nie. Nak try yang paling simple. Dah banyak aku jumpa, resepi nak dekat sama je semua. Cara nak buat mungkin complicated sikit la dan yang paling aku suka ialah bahan-bahan yang digunakan takde la jenis susah nak jumpa. Pegi kedai terus dapat lah! Apa yang diperlukan ialah-----> duit! :P

Kalau ada yang bagi free kat aku pon boleh. Birthday aku pon dah dekat. Haha tetibe gedik.

Nak pegi study resepi macaron lagi nie.

Babai!

10 July 2011

~~mana aku menghilang? jem teruk wei :(

Salam Buat Semua.

Sorry sebab 3hari jugak la kan aku tak update blog nie. Aku membawa diri jauh dari Kelantan nie haa.

~jem teruk wei~

Aku pegi Kuantan ngan KL je jumpa anak-anak sedara aku, sambil tu ada hal sikit. Perjalanan pegi Kuantan n KL memang tak lancar la sebab banyak kali road block. Kat highway Karak-Bentong paling best, sejam jugak la duduk situ. Sejam lebih lewat. Bajet sampai 9.00-9.30malam tapi sampai dekat pukul 11malam. Keluar makan balik dah dekat pukul 12malam!

Anak-anak sedara aku nak main sama-sama pon tak sempat, esoknya Izzat ngan kak ipar aku nak balik Sabah. Flight pukul 6.30pagi. Pukul 4pagi diorang dah turun dari umah. Kesian Izzat sebab tak puas lagi nak main ngan Yaya dan pagi tu Yaya bangun tido nangis-nangis sebab Jumaat kan keje lagi kat sana. So tinggallah Yaya ngan aku, Tok Ma dan abang aku.

~sibuk nak jadi macam Yaya dalam BoboiBoy~

Yaya senang je nak jaga dia. Bukak channel #613, biarkan dia tengok tv. Dia tak kacau orang. Susu kena buat time dia nak je nanti tak habis susu tu. Nasi pulak bagi dia nasi kerabu sebab Mom buat nasi kerabu. Mula-mula dia tak nak makan sebab nasi kerabu kan kaler biru tapi lama-lama dia makan jugak. Habis pulak tu. Huhu. Dalam tengahari macam tu, aku nak tidokan dia. Last-last aku yang tido. Bagus betul Mak Uda dia nie kan. Haha.

~berhenti rehat kejap~

Petang Jumaat pulak pegi IKEA sebab abang aku nak beli meja. So haruslah bawak Yaya sekali takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat umah kot. Haha. Separuh jalan, Yaya dah penat. Boleh bayangkan tak aku yang kecik molek *kecik ke masalahnya?* nie dukung si Yaya yang berat 15kg kot tak pasti pusing IKEA ngan pakai heels lagi. Jumpa je katil, aku letak Yaya kasi Yaya landing kejap. Haha. Berat woo. Silap aku jugak tak bawak sandal. Bila dah turun bawah, arghh lega gila rasa sebab ambil troli pastu letak Yaya dalam tu je.

~dahaga woi Mak Uda!!! ~

Kesian si Yaya, bila masuk kete buatkan susu tuk dia pastu terus lena atas riba aku. Kenangan terindah buat aku la, dah macam jaga anak sendiri. Hihi. Mana pernah macam nie. Sebelum-sebelum nie aku tak pernah handle Yaya macam nie sebab kalau jalan-jalan mesti kakak aku ada sekali. Yaya rapat ngan aku berbanding Tok Ma dia. Kalau ngan abang aku lagi la dia malu-malu kucing. Adoi ~.~

Sebelah malam pulak, keluar makan ramai-ramai kat area tu jugak la. Kali nie abang aku nombor 4 ade sekali. Lepas makan, plan nak pegi tengok Transformers kat The Curve. Sebab tu je yang paling dekat. Pastu nak dekat pukul 10.30malam macam tu, abang aku cakap kaunter tiket tuk tayangan tengah malam tutup pukul 11. Tinggal 30minit lagi nak pegi sana. Abang aku kemain pecut nak sampai sana. Tak sampai suku jalan, jalan jem giler ah. Last-last pusing balik la. Abang aku ah yang paling frust. Aku takde hal, pengikut abang-abang aku je :)

Esoknya pulak Sabtu, kakak aku, Mom ngan Yaya nak pegi Wangsa Maju, pegi kenduri umah mak sedara dia. Haishh aku pon tak kenal. Malas ah nak pegi. Lagi pulak tak bawak baju kurung. Ade je baju kakak aku yang muat ngan aku tapi entah mungkin sebab aku tak mandi lagi kot time tu. Haha. Diorang pegi pukul 11pagi. Pukul 12.30 macam tu, diorang balik sebab jalan jem. Siap bawak balik beg, kasut baru lagi. Kebetulan Leno ada sale. Best la shopping. Dah la tak bawak aku. Saje je kan. Sedih woooo!

Pastu akak aku ajak pegi Giant sebab nak cari tembikai. Tak dapat nak gerak jauh-jauh. Sana sini semua jem teruk. Kitorang nak gerak pegi Kuantan balik petang tu jugak tapi takut jem. So semalam gerak balik Kuantan dalam pukul 9.30malam. Time nie sedih sikit sebab Yaya nangis. Dia ingat Mama ngan Papa dia ikut kitorang balik. Dia siap masuk dalam kete dah. Sedih sangat. Pastu nak dekat ngan tol Gombak, kakak aku buat video call. Dia nak tunjuk Yaya nangis. Lagi la sedih dibuatnya. Kesian tengok dia. Aku tak boleh ah tengok budak ke sape-sape nangis, mesti nak nangis same :(

~merajuk ngan Mama dia~

Sampai Kuantan dah pukul 11.30malam. Abang aku cakap, kalau gerak petang, malam boleh tengok wayang sebab panggung wayang sebelah umah abang aku je kat Kuantan tu, kat Kompleks Teruntum. Hmm takpe lah, takde jodoh jumpa transformers kot.

Hari nie gerak balik KB pukul 8.30pagi. Nak gerak pukul 8 lagi tapi sebab aku yang bersiap lama sangat, 30minit lewat. Haha sorry ye.


Sekarang... Aku dah kembali! Last aku online malam Khamis, kiranya entry sebelum nie auto publish la. Fesbuk pon aku online via phone. Sampai habis kredit aku. Ok jugak, aku malas nak pegi top up pastu biar aku tak boleh online fb. Huhu. 

Penat aku cite. Dah lame tak menaip wei kira lepas gian ah nie. Huhu. Jumpa lagi. Nak pegi blogwalking nie kejap.

ps; Vios idaman hati :)

Babai!

07 July 2011

~~Spontaneous Thursday #3

Salam Buat Semua.

Selamat tinggal INI CERITERA DAK EINA.

Akan kembali hari Ahad ataupon Isnin.

Ce teka aku pegi mana?

Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


Babai!

06 July 2011

~~Wordless Wednesday : Esok kita jumpa!

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)


Babai!

~~Wordless Wednesday : Cincin!

Salam Buat Semua.



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;


Babai!

04 July 2011

~~Aku, Pantai dan Sungai Contest.

Salam Buat Semua.

Ok fine fine fine! (ikut gaya Shuib kumpulan Sepah) Hihi.

Saya nak join kontes nie. Meh la join kalau tak malu :P

Kontes pertama saya join tuk bulan Julai nie. Mane lah tahu ada rezeki kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Huhu indahkan bahasa kita. #laritopik

Tanpa membuang masa, jom saya kenalkan kat awak semua tentang kontes nie. First time tengok kontes nie, teruja giler nak join sebab tajuk kontes dia la.


Saya mengaku, saya memang suka giler pegi pantai. Saya suka giler mandi air sungai. Sejuk wei =.=

Tu yang saya teruja nak join tu. Awak semua teruja tak? Teruja tak? Kalau teruja, klik sini untuk join.

Ayuh memeriahkan kontes yang di anjurkan oleh Cik Ziera kita nie. Hai Cik Ziera :)

Tanpa membuang masa tuk kali kedua, meh nak tunjuk gambar yang saya pertaruhkan dalam kontes nie. Agak skema ye ayat saya tu tapi ada aku kesah? Muahaha :P

Tadaaa...
3 gambar saya gabung jadi 1. Gambar lama dah, 6bulan yang lepas, sehari sebelum start keje, nak pegi tenangkan fikiran la konon punya cuak nak pegi keje esoknya. Pantai memang best ok, angin kuat pastu boleh jerit sampai sakit tekak. Macam biase, kalau pegi pantai, memang memory card fon ngan camera mesti penuh ngan gambar. Pemandangan kat pantai cantik sangat! Oh ye lupa nak bagitahu, nie la Pantai Cahaya Bulan :)

Ok siap penerangan, seterusnya saya nak tag pulak mangsa comel yang harus join kontes nie. Insan terpilih itu ialah; Nisa n Moja <--- sangat bertuah. Cepat-cepat sebab tarikh tutup kontes nie ialah 15hb Julai 2011. Sekadar mencuba, Cik Ziera, kalau tak lengkap, bagitahu Dak Eina ok?

ps; Skema entry nie kan. Kehkehkeh!

Babai!

~~KFC, patut la sedap.

Salam Buat Semua.

~Snack Plate~

Rabu minggu lepas aku baru makan ayam KFC yang set Snack Plate tu. Pastu dalam Jumaat macam tu video nie tersebar. Bila tengok kat Youtube, video nie di-upload pada 25hb Jun hari tu. Hmm entah la kat mana, tapi yang pasti aku rasa geli giler nak makan ayam KFC pasni. Korang tahu ke restoran KFC yang mane? Mintak-mintak jangan kat Kelantan wei =.=

~paha ayam... aummmm~

See, kemain lagi aku makan paha ayam. Grr! Siyes ayam sedap giler time nie ke aku yang lapar? Ye la time tu dah kul 12tengahari kot. Aku tak makan pape lagi. Dah tu kawan ajak lepak KFC, aku on je la. Tak kesah mana-mana, perut kalau dah lapar, semua boleh terima masuk. Ye tak? Janji perut tak meragam. Lalala~

~muka budak kenyang~

Ok dah kenyang..... :)

Alhamdulillah. Lepas tengok video kat Youtube tu, aku takut nak makan ayam KFC nie lagi. Baik aku lepak kat kedai makan kat atas pasar je la pasni. Kan? Haaa tak pasal-pasal aku menjauhkan diri dari KFC. Nie yang nak pegi berbaik balik ngan mekdi balik nie. Hihi.

Sebelum berakhir, ingin aku selitkan sekali gambar kawan aku yang sama-sama melicinkan pinggan memakan ayam KFC! Bukan aku sorang, budak dua orang nie pon kira mangsa la jugak. Haha!

~Faaza, aku dan Sue~

Kejam pulak aku letak gambar yang nie. Faaza, soriiiiiii tak nampak pulak muka ko :P

Larii sebelum Faaza kejar. Haha!

Babai!

design with love by Dak Eina