kite kawan

22 July 2011

~~cakap tak serupa bikin, tak boikot dah..hihi :P

Salam Buat Semua.

Ok, sekarang aku nak sambung cite aku yang pegi main badminton tu. Nak je aku habiskan entry tu tapi cite Annissa dah start pulak. Episod last ok semalam. Tak mau aku ketinggalan… :P

So, aku buat la entry bersambung. Huhu. Ok, sambung balik!

Lepas satu jam main, kitorang pon cadang nak balik. Umah ngan gelanggang badminton tu dekat je. Pastu Dak Pija (driver) plan nak pegi makan. Biar betul Dak Pija nie. Dah la nak makan kat Kedai Nasi Kak Wok. Kalau kat Kelantan, memang femes la nasi nie. Nasi dia best! Kalau datang Kelantan, mesti cuba tau Nasi Kak Wok nie. Tapi jangan pelik pulak kalau korang makan kat kedai dia pastu dia bagi nasi berlauk dalam kertas pembungkus je, tu la trademark kedai dia. Jimat tenaga tukang basuh pinggan. Sekarang dah banyak orang tiru. Kalau nak betul-betul original kat tempat aku lah :)

~Nasi Kak Wok, cari kat Google~

Cite pasal Nasi Kak Wok la pulok. Haha. 

Pastu aku cakap kat Dak Pija, konfem ramai orang lagi pulak aku malu la nak makan kat situ. Biase beli bungkus makan kat umah wei. Dak Dila pon taknak, malu la tu. Dak Dila nie jenis pemalu sikit, bukan sikit tapi banyak :P

Dak Dila ajak pegi KFC. Ape KFC? Aku dah boikotkan KFC tu. Kalau lupa, klik entry nie. Geli wei. Budak dua orang nie tak tengok lagi video tu. Selalu je lambat train. Adoii. Aku nak tak nak, makan je la jugak ayam KFC nie. Sebab kalau pegi KFC, suka order ayam je (set Snack Plate) T_T Dah aku tengok semua duk sedap je makan ayam tu. Aku pon jadi terliur balik. Haha. Tak pasal-pasal kenyang membuncit aku. Lupa segala-gala pasal video tu. Makin berselera ada la. Maklum la keluar umah tak makan pape, pastu pegi main badminton pulak. Minum air mineral mana cukup. Betul-betul menaikkan berat badan sungguh aku semalam. Lemak mengecut kejap je pastu menebal balik. Haha.

~KFC, tetiba nak sayang KFC balik boleh tak?~

Ok tamat cite aku. Nanti nak keluar lagi ngan diorang nie. Susah nak keluar sama-sama macam nie. Bukan selalu boleh bergumbira walaupon umah dekat sebab masing-masing busy kalah PM. Kejap lagi aku dah nak pegi sambung belajar, makin susah nak jumpa :'(


Tetiba sedih.. Hmmm…….. Sedih macam nak pegi study oversea pulak aku nie. Haha!

ps; Kenangan ah nie semua, lepas bersukan makan ayam KFC!

Babai!

4 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Khairil said...

huhu..pergi KFC tak ajak saya sekali...

dak eina said...

@Khairil

wah harus ajak ke??

HARITH ISKANDAR said...

aku plak still boikot lg.ehe.geli x habis2 lg bile tengok & tingat video kfc tu.. :)

dak eina said...

@HARITH ISKANDAR

hikhik.. sme la tp aritu lapar giler.. terpakse.. haha tp mintak2 bukan kt kelantan :P


design with love by Dak Eina