kite kawan

04 January 2011

~~Day 03 - A picture of you and your friends.

Salam Buat Semua.

Entry nie paling banyak gambar. Kalau nak tengok sila klik satu-satu eh kasi dia membesar dengan sihat. Hihihi.


Penat upload! Huh.

Kawan yang terrrrsayangggg,

Aku bertuah dapat kenal korang. Ada antara korang aku pernah kapel.. Sorang je kot dalam banyak-banyak gambar tuh. Haishh lucu pulak bila fikir-fikir balik. Al maklum la hasutan syaitan yang mengatakan kau suka aku kan? Haha. Ok abaikan tu cite lama. Kapel pon beberapa bulan saje kan. Hmm ada jugak sorang yang aku minat dalam gambar-gambar tuh. Haha macam mana tuh? Kalau kau baca entry nie. Kau pon tahu kan aku minat kau. Huhu baru 2,3hari lepas aku mengaku aku minat kau. Hampir 2tahun jugak ar aku pendam perasaan aku nie. Haha. Tapi time aku ada boyfriend, aku tak ingat kau pon. Dah single nie, baru teringat balik. Huhu. Pape pon, kita tetap kawan kan? Pengakuan berani aku hari tu kan kan kan? Huhu.. Ok, yang mana budak kelas aku dulu tuh, yang aku ingat eh.. Haa, Ida, K. Da, K. Tiah, Ain, Zie, Leen, Anis, Maria, Aizat, Hanif, Nik Faris, Azmi, Izham. dan Aiman. Rasanya aku sebut semua la.. Hahaha rezeki korang memang kat UTHM. Seramai 15orang budak kelas kita duduk satu U kan. Bestnya korang... Tahniah buat korang. Ingat weh! Kehidupan kat U tak same macam kat Poli. Kena berusaha lebih, jangan harap nak makan suap je :P Haha best je gelakkan orang mentang-mentang aku tak dapat masuk kan :)) Takpe lah. Mungkin bukan rezeki aku kali nie. InsyaAllah, akan datang :) Pastu yang lain-lain ada yang masuk UITM, ada yang dah keje, ada yang tunang, ada yang kahwin, dan ada yang kahwin senyap-senyap tapi tak tahu betul ke tak. Tapi kalau kahwin senyap-senyap, ape guna kitorang jadi kawan kau? Heee macam artis pulak kau main kahwin senyap-senyap. Haha sorryyy mulut aku memang laser. Korang pon tahu kan mulut aku macam mana kan. Haha. Pape pon aku harapkan persahabatan kita akan berkekalan. Nanti kalau nak kahwin ke nak tunang ke jemput-jemput lah aku. Huhu aku punya lambat lagi. Tettt!! :P 

Babai!

2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Lulu Caldina said...

penat upload eh?
Lain kali combine kan je semua gambar menjadi satu....
dan upload hanya sekali...

(Tips bila line macam siput babi)

dak eina said...

@Lulu caldina

hee.. line ok je..


design with love by Dak Eina