kite kawan

03 January 2011

~~selamat ulang tahun sayang!

Salam Buat Semua. 

Happy Birthday Sayang!

Sudah 2 tahun kita bersama. Pejam celik pejam celik dah 2tahun usia blog nie. Huhu. Start buat blog nie 3 Januari 2009. Alkisahnya sebab frust bercinta! Oh teruk... Pastu orang pon cakap-cakap, sibukkan diri kau jangan duk ingat mamat tuh lagik. Entah macam mana jadi nak menulis balik. Lepas SPM tahun 2006, saya ada lah jugak ketagih ngan internet. Semua benda saya nak sign up. Ye lah.. Baru kenal internet kan. Pastu tersign up kat blogspot. Rasanya tertengok blog akak senior kot. Oh macam best je. Huhu. Pastu bila dah buat blog, haih macam tak best pon. Ada ke orang baca blog aku eh. Hati duk cakap. Tak lama pastu delete je blog tuh. Ada sempat buat dua blog jugak lah. Huhu. Tup tup tahun 2009, terdetik kat hati nie nak menulis balik. Mungkin dah pandai buat ayat. Hahahaha.

Pastu bila dah paham edit-edit blog, usha blog yang buat tutorial, jadik makin bersemangat tau blogging nie. Bila dah pandai buat header transparent sendiri, mula lah ngadap Photoshop lame-lame semata-mata nak buat header sendiri. Masalahnya cantik ke header ciptaan sendiri tu? Hahaha tapi boleh la kan. Orang cakap ape, slow-slow kayuh. Gitu!

Kat sini saya letak header saya sepanjang tahun 2010.




Banyak gilos header buatan sendiri. Amacam? Cantik ke buruk. Sila bagi jawapan yang jujur. Saya tak suka manusia hipokrit. Huhu.

Actually banyak lagi nak saya cakap kat entry nie tapi si Izzat nie dah buat hal pulak nak tengok Ultraman kat laptop nie. Laptop dia ada nak yang saya punya. Arghh tension-tension!

Pape pon saya harapkan, takde dah idea giler untuk delete blog nie. Dulu ada jugak terfikir nak delete blog tapi bila dah usia blog dah masuk 2tahun nie saya rasa nak teruskan blogging sampai saya larat. Huhu tak nak cakap sampai saya tua tapi cukup-cukup kat tahap kelaratan saya tuk menaip. Muahaha ada paham?

Tahun baru, penulisan kena baru. Usia blog meningkat, usia tuan blog pon meningkat so penulisan blog kena matang. Huhu kalau dulu saya lah manusia yang tak suka karangan. Tak paham macam mana SPM dapat A. Hahaha. Tak suka buat ayat tapi sejak ada blog, penulisan saya makin baik kot. Kalau ambik SPM konfem dapat A+. Hak hak!

Akhir kata, Happy birthday blog INI CERITERA DAK EINA. Happy blogging semua! Peace no war :P

ps; Cinta blogger saya pernah kena ok :P
Babai!

8 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Zaer!! said...

Salam eina sayam! hahaha.alololololo..jangan la nk tutup blog ni eina.lama da zaer dok usha zahid dalam ni.hehehe.

Neway,gaya penulisan eina semakin mantap.Best bace taw.tak ngampu ni,tapi ikhlas.hehehe.

Appy blogging dak eina mina.hehehehe

Nur Suaidah Bachok said...

wahhhh! teruskan dear :D

Ain Zulaikha said...

wah dah besar blog ni kan, 2 tahun... ain baru stahun, ain nak tahu tarikh ain buat blog ni,,, tapi ain tak tahu mcne nk tau.. tahu bulan n tahun je lah.. huhu

happy besarday to dakeina blog. :)

Zeanne said...

happy anni..dengan en blog..haha..cantik blog:)

dak eina said...

@Zaer!!

boleh pulak pggl dak eina mina.. hihi tenkiu my dear :p opss.. happy blogging too zaer syg!

dak eina said...

@molmolla

ye...sme2 kte majukan blogspot tuk negara :P

dak eina said...

@Ain Zulaikha

besarday ye?? huhu ala sng je ain g la fist entry ain..huhu

dak eina said...

@aNnE

tenkiu anne...biase je :))


design with love by Dak Eina