Salam Buat Semua.
Sorry sebab 3hari jugak la kan aku tak update blog nie. Aku membawa diri jauh dari Kelantan nie haa.
~jem teruk wei~
Aku pegi Kuantan ngan KL je jumpa anak-anak sedara aku, sambil tu ada hal sikit. Perjalanan pegi Kuantan n KL memang tak lancar la sebab banyak kali road block. Kat highway Karak-Bentong paling best, sejam jugak la duduk situ. Sejam lebih lewat. Bajet sampai 9.00-9.30malam tapi sampai dekat pukul 11malam. Keluar makan balik dah dekat pukul 12malam!
Anak-anak sedara aku nak main sama-sama pon tak sempat, esoknya Izzat ngan kak ipar aku nak balik Sabah. Flight pukul 6.30pagi. Pukul 4pagi diorang dah turun dari umah. Kesian Izzat sebab tak puas lagi nak main ngan Yaya dan pagi tu Yaya bangun tido nangis-nangis sebab Jumaat kan keje lagi kat sana. So tinggallah Yaya ngan aku, Tok Ma dan abang aku.
~sibuk nak jadi macam Yaya dalam BoboiBoy~
Yaya senang je nak jaga dia. Bukak channel #613, biarkan dia tengok tv. Dia tak kacau orang. Susu kena buat time dia nak je nanti tak habis susu tu. Nasi pulak bagi dia nasi kerabu sebab Mom buat nasi kerabu. Mula-mula dia tak nak makan sebab nasi kerabu kan kaler biru tapi lama-lama dia makan jugak. Habis pulak tu. Huhu. Dalam tengahari macam tu, aku nak tidokan dia. Last-last aku yang tido. Bagus betul Mak Uda dia nie kan. Haha.
~berhenti rehat kejap~
Petang Jumaat pulak pegi IKEA sebab abang aku nak beli meja. So haruslah bawak Yaya sekali takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat umah kot. Haha. Separuh jalan, Yaya dah penat. Boleh bayangkan tak aku yang kecik molek *kecik ke masalahnya?* nie dukung si Yaya yang berat 15kg kot tak pasti pusing IKEA ngan pakai heels lagi. Jumpa je katil, aku letak Yaya kasi Yaya landing kejap. Haha. Berat woo. Silap aku jugak tak bawak sandal. Bila dah turun bawah, arghh lega gila rasa sebab ambil troli pastu letak Yaya dalam tu je.
~dahaga woi Mak Uda!!! ~
Kesian si Yaya, bila masuk kete buatkan susu tuk dia pastu terus lena atas riba aku. Kenangan terindah buat aku la, dah macam jaga anak sendiri. Hihi. Mana pernah macam nie. Sebelum-sebelum nie aku tak pernah handle Yaya macam nie sebab kalau jalan-jalan mesti kakak aku ada sekali. Yaya rapat ngan aku berbanding Tok Ma dia. Kalau ngan abang aku lagi la dia malu-malu kucing. Adoi ~.~
Sebelah malam pulak, keluar makan ramai-ramai kat area tu jugak la. Kali nie abang aku nombor 4 ade sekali. Lepas makan, plan nak pegi tengok Transformers kat The Curve. Sebab tu je yang paling dekat. Pastu nak dekat pukul 10.30malam macam tu, abang aku cakap kaunter tiket tuk tayangan tengah malam tutup pukul 11. Tinggal 30minit lagi nak pegi sana. Abang aku kemain pecut nak sampai sana. Tak sampai suku jalan, jalan jem giler ah. Last-last pusing balik la. Abang aku ah yang paling frust. Aku takde hal, pengikut abang-abang aku je :)
Esoknya pulak Sabtu, kakak aku, Mom ngan Yaya nak pegi Wangsa Maju, pegi kenduri umah mak sedara dia. Haishh aku pon tak kenal. Malas ah nak pegi. Lagi pulak tak bawak baju kurung. Ade je baju kakak aku yang muat ngan aku tapi entah mungkin sebab aku tak mandi lagi kot time tu. Haha. Diorang pegi pukul 11pagi. Pukul 12.30 macam tu, diorang balik sebab jalan jem. Siap bawak balik beg, kasut baru lagi. Kebetulan Leno ada sale. Best la shopping. Dah la tak bawak aku. Saje je kan. Sedih woooo!
Pastu akak aku ajak pegi Giant sebab nak cari tembikai. Tak dapat nak gerak jauh-jauh. Sana sini semua jem teruk. Kitorang nak gerak pegi Kuantan balik petang tu jugak tapi takut jem. So semalam gerak balik Kuantan dalam pukul 9.30malam. Time nie sedih sikit sebab Yaya nangis. Dia ingat Mama ngan Papa dia ikut kitorang balik. Dia siap masuk dalam kete dah. Sedih sangat. Pastu nak dekat ngan tol Gombak, kakak aku buat video call. Dia nak tunjuk Yaya nangis. Lagi la sedih dibuatnya. Kesian tengok dia. Aku tak boleh ah tengok budak ke sape-sape nangis, mesti nak nangis same :(
~merajuk ngan Mama dia~
Sampai Kuantan dah pukul 11.30malam. Abang aku cakap, kalau gerak petang, malam boleh tengok wayang sebab panggung wayang sebelah umah abang aku je kat Kuantan tu, kat Kompleks Teruntum. Hmm takpe lah, takde jodoh jumpa transformers kot.
Hari nie gerak balik KB pukul 8.30pagi. Nak gerak pukul 8 lagi tapi sebab aku yang bersiap lama sangat, 30minit lewat. Haha sorry ye.
Sekarang... Aku dah kembali! Last aku online malam Khamis, kiranya entry sebelum nie auto publish la. Fesbuk pon aku online via phone. Sampai habis kredit aku. Ok jugak, aku malas nak pegi top up pastu biar aku tak boleh online fb. Huhu.
Penat aku cite. Dah lame tak menaip wei kira lepas gian ah nie. Huhu. Jumpa lagi. Nak pegi blogwalking nie kejap.
ps; Vios idaman hati :)
ps; Vios idaman hati :)
Babai!
2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):
on aja.. hehe
amboi jalan sakan..
Post a Comment