kite kawan

31 January 2011

~~selamat pagi semua :D

Salam Buat Semua. 

Selamat pagi Malaysia! 

Alololow bukan main awai saya bangun hari nie... Kenapa ek? Sebab malam tadi ada basuh baju dan kena la sidai baju pagi nie. Takkan nak sidai baju time matahari atas kepala kannn? Hee~

Pastu pulak, dalam pukul11 camtu jap lagi, saya ngan kawan ada nak gerak pegi kat........ Ada la satu tempat nie. Nak kan confirmation dari dia. Pasal ape? Tunggu eh~

Lepas dapat confirmation tuh, saya ada date ngan someone. Ngan laki yang kena kontrol ngan gf dia tuh. Kahkahkah! Fuhh fuhh mintak-mintak dia tak baca entry saya nie. Tapi kalau dia baca pon. Ada aku kesah? :P

Dia takkan marah saya punya! Opss terlebih yakin nie. Kalau dia baca mahunya dia hack blog aku nie dan buat macam-macam kat blog aku cam mane? Haishh tak sanggup I nyah!

Pastu lagi kan, dia nak belanja saya ngan kawan saya makan KFC! Yay!! Dah la gua mengidam lama dah.. Hihi akan tercapai kejap lagi. Hooray! Sabar ye perut. Kejap je lagi. Kekeke~

ps; Suka pakai spek adik! Mata saya pon dah nak rabun dah macam dia =.="

Babai!

30 January 2011

~~perlu ke tahu password boifren/girlfren | jeles ngan aku? erkk!

Salam Buat Semua. 

Alololow mentang-mentang single sedap la mengata kan? Huhu. Saya bukan ape. Semalam saya dapat tahu kawan lelaki saya ada remove saya dari fb. Tetibe pulak tuu. Bukannya ada salah faham ke hape. Saya ngan dia kalau tak berhubung kat fb, kitorang ada la kontek kot tepon, call or sms. Tu pon jarang ok. Sebulan ada la sekali kontek~ Tapi semalam tetiba je nak masuk profile dia. Sekali bila masuk je, nampak bahagian info terus, bila 'wall' dia tak kelihatan, terus ternampak butang 'ADD AS FRIEND'. Aikk mamat nie bila masa pulak delete aku kan?

Saya nie jenis baran kot, terus je klik send message kat sebelah kanan tu. Fuhh selamat arr dia bagi jugak kan 'orang asing' hantar message kat dia kan. Terus je saya taip "Delete orang eh? Takpe takpe, tak payah kawan, putus kawan terus! Bye!" (telah ditranslate kan ke Bahasa Melayu standard, saya message dia Bahasa Kelantan sebab dia orang Kelantan)

Giler marah betul ah kat dia kan. Tetiba je remove saya dari fb. Apehal kan? Setengah lepas tuh, orang yang berkenaan call saya.

(translate sekali lagi, kang kalau tulis Bahasa Kelantan kang, ada orang ternganga baca entry aku nie)

Dia: Kenapa ada friend request nie? Delete orang ke?
Saya: Eh bila masa pulak. Orang baru perasan tadi awak remove kita dari fb awak. So orang add balik ar.
Dia: Hmm ye la tuh.
Saya: Ye laa.. Bla bla bla.

Lepas cakap cakap dan letak tepon tuh, 2,3minit kemudian dia call balik.

Saya: Ape lagi niee?
Dia: Patut lah takde awak, gf orang delete la. Dia cakap tadi.
Saya: Hmm bagus lah.. Tahniah sebab dapat gf macam tuh (sambil gelak-gelak). Rasa cam nak pegi wall awak dan taip "Remove laa aku lagi k"
Dia: Tak payah laa nak cari gaduh ngan dia.
Saya: Ok.. Saje je, takde masa lah nak buat gitu. Tak matang ok (berlagak matang tu yang tak boleh blah.. hahaha)
Dia: Hahaha takpe lah kalau macam tu. Kejap lagi mesti dia delete balik awak. Tengok je laa.
Saya: Bla bla bla....

Letak tepon... Saya pegi buat status macam perli lah pompuan tuh, konfem dia baca. Hahaha sebab dia guna fb kawan saya. Mesti dia marah giler kat saya kan? Hahaha. Lepas buat status perli dia, saya buat status lain;

"nak jeles ngan aku buat hape? bengong!"

Tak lama kemudian, sampai satu sms..

"Kan orang dah cakap, budak tu delete awak balik"

Saya pon balas "Ikut suka dia laa. Tak heran pon. Jeles buat hape la. Tak faham aku.. Kim salam bebanyak kat gf awak tu eh!"

Hilang satu kawan kat fb saya. Keh keh keh itu yang saya kesal sekarang. Takpe la. Boleh je kontek kot tepon~ 

Ee nie yang malas nak kapel nie, takut bf akan mintak password ngan emel fb saya. Hahahaha. Perlu ke awak-awak semua tahu password fb,fs,ms,ym boifren/girlfren awak? Untuk ape awak tahu... Tak percaya dia ke or ape? Komen sikit~

So yang single nie kena kawan ngan sama-sama single la ye. Saya dah ada kawan sesama single. Hahaha!

 ~minat pada lelaki yang pakai spek :P ~

~tapi Zahid tak pakai spek, kenapa saya minat dia jugak? biarlah rahsia k! ~

Agak-agak ade orang marah tak ngan entry saya nie? Luah perasaan je pon sebab saya tak pernah mintak password bf saya sebelum nie. Lain la kalau dia yang bagi kan. Teruk tak sebab saya takde perasaan ingin tahu apa yang bf saya buat? Saya tak nak dilabel pompuan cemburu buta. Tahu lah cemburu tu tanda sayang tapi agak-agak la kan. Nak kawan pon tak boleh ke? Hmm marah nampak Dak Eina nie. Gagagagaga. Emosi lebih sejak single nie. Hahaha!

Babai!

29 January 2011

~~happy birthday kawan!

Salam Buat Semua. 


Eh eh tetiba je kan aku gedik nak buat entry pasal birthday kau A (bukan nama sebenar pon). Wahh bagi nama A jee.. Meletup kau... Dia nie kawan saya time praktikal dulu. Huhu. Janganlah orang lain salah anggap eh. Saya ngan dia kawan je. Time aku ada masalah hari tu, kau dengar je masalah aku. Hihi. Masalah aku tuh macam budak-budak kan? Hahahaha maklum lah baru 21tahun. Lain la kau A.. Dah 22tahun dah hari nie.. Huhu. Aku punya lambat lagi... Sila alert ok :))

Actually aku tak nak masukkan gambar kau takut makwe kau marah tapi takpe lah, dah kau kata kau single kan so aku uploadkan je gambar kau. Sorry aku amek dari fb kau. Eh eh baru perasan kita sama-sama single lah. Hahahaha! Sorryy gedik pulaks! Hehek. Please jangan gedik Dak Eina~

Nie aku nak tunjukkan kat semua pembaca blog aku gambar kau. Silalah berkenan, dia ngah cari calon tuh. Hahaha!

  ~eh eh tak berapa clear kan muka kau~

Takpe, takpe aku letak gambar lain.. Huhu.

~ehem ehem saya tahu lah dia kacak.. jangan lah puji lebih-lebih ok~

Sape yang berkenan ngan A nie boleh la cakap terus terang kat saya eh! Kontek kat fb saya... Nanti saya bagi nombor tepon A tuk awak-awak semua. Yang benar-benar serius sahaja. Hahahaha (agak-agak aku kena lempang ke kena tumbuk ngan A??)

A... Suka tak aku buat entry tuk kau nie? Mesti hidung kau ngah kembang kan? Maklum lah hidung orang Melayu... Tapi hidung kau... Hmmm boleh laaa tahan.....................besar mancung~ :P

Weh! Yang kau tahu pasal kebenaran tuh, kau buat-buat tak tahu lah eh. Malu pulak aku bila fikir-fikir balik. Hehek! Konfem pasni kalau jumpa kau, aku akan automatik jadik malu-malu kucing. Tunggu dan lihat je laa. Hihi.

Kau nak hadiah ke wey? Nanti kau balik Kelate ah deh? Aci? Macam lah aku nak bagi hadiah kat kau.. Hahaha.. Entry nie kira hadiah la eh. Ingat senang ke aku nak buat entry tuk wish birthday kawan via blog? Lu pikirlah sendiri k! Hee~


Selamat Hari Jadi yang ke-22 A.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Belajar molek deh. Aku doakan kau berjaya di dunia dan di akhirat. Jangan lupa aku :PP Wahh mengada. Hehek~ Nak kawen nanti jangan lupa jemput aku k! Hahaha lariiiiii~

Babai!

28 January 2011

~~percubaan.. sesuai tak?

Salam Buat Semua. 


First time pakai macam nie. Sesuai tak dengan saya?

Biasa pakai shawl je, tak pon pakai tudung bawal. Kali nie pakai shawl ngan inner pulak. Komen sikit, sesuai tak? Malu-malu ok pakai macam nie. Hihihi :P

ps; Perlu ke letak shawl yang sama? :) 

Babai!

~~Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Salam Buat Semua.

 
Tahun 2010
 
 

Dua-dua tahun boipreng sama. Tapi yang membezakan saiz badan. Saya dah gemukkkk. Yeayy padan muka diri sendiri. 

Hukhuk nak kurus balikkkkk :-(

Babai!

27 January 2011

~~Day 27 - Why are you doing this 30 day challenge.

Salam Buat Semua. 

  • Dengan cari ini saya boleh update blog tetiap hari without skip hehe.
  • Korang semua boleh kenal saya dengan lebih mendalam. Err dalam sangat ke?
  • Hobi saya menaip. So saya boleh taip macam-macam ikut list tu takde la blog ni bersawang kan. 
  • Semua blogger duk buat benda ni. Saya terpengaruh sama. Hihi. 
  • Itu ajelah ;P
      Babai!

26 January 2011

~~Day 26 - What you think about your friends.

Salam Buat Semua. 
 

Bagi saya.. Sekali kita kenal, selamanya ikatan perhubungan persahabatan kita. InsyaAllah semoga berkekalan persabahatan yang terbina sejak sekolah sehingga ke dewasa kini. Alhamdulillah dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik hati. Even kalo gaduh pon kejap je dah baik ;)

Kawan saya. Akan selalu ada dalam hati saya. Ada time saya jatuh, saya perlukan "bahu". Mereka akan selalu menceriakan hari-hari saya. Kalau lama tak jumpa, sekali dapat jumpa macam kena histeria sorang-sorang. Haha. 

Friends, I love you guys.. Peluk cium dari jauh. 


Babai!

~~malas dan takde idea :(

Salam Buat Semua. 

Penyakit M sudah datang dah.. Hihi dah malas nak update blog. Dah tak tahu nak taip macam mana pastu idea takde terus jadi blur nak menaip. Arghhh! Teruk kan. Berbelit-belit dah bila menaip nie. Tambah-tambah sekarang kuat sangat keluar lepak umah kawan. Takde masa sangat nak mengadap blog. Dah lama tak blogwalking. Trafik tak payah cakap lah. Takdenya nak up macam blog korang. Takpe lah, bukan kesah sangat pon tapi terima kasih mana yang sudi singgah kat blog entah pape nie. Nanti saya singgah blog korang balik k. Tak janji.... Hahahaha :P

 ~gambar hiasan tiada motif.. hahahaahhaha~

Kenapa idea kalau ngah banyak, mesti boleh hasilkan sampai 5 entry terus. Hmm... Kalau takde idea, nak keluarkan 1 entry pon susah. Haishh macam entry nie ;P

Mane idea menghilang nie~ 30hari mencari CINTA pon tertunggak dah. Ape kes??

Babai!

25 January 2011

~~Day 25 - What I would find in your bag.

Salam Buat Semua.


Sorry gambar tak berapa nak elok. Hihi. Macam-macam adoo hado tolak batu dengan kayu jo takdo. Hihi.

Babai!

~~Day 24 - A letter to your parents.

Salam Buat Semua. 

Surat ini khas tuk Abah dan Mom 

Abah dan Mom ♥,

Terima kasih sebab melahirkan orang. Opss Mom la sebenarnya~ Orang bertuah ada Abah ngan Mom. Abah ngan Mom selalu bagi nasihat yang membina kat orang even orang mengganggur selama setengah tahun pon tetap bagi nasihat supaya berusaha carik keje. Tetiap hari bebelan sebenarnya tapi bebelan itulah yang banyak beri motivasi. Bukan bebelan kosong tapi penuh manfaat~

Orang tahu orang belajar tak setinggi adik-beradik yang lain tapi orang takkan sesekali lupa jasa Abah ngan Mom kat orang. Abah ngan Mom senang nak kuar duit kalau orang mintak duit. Tengok je time orang ngah belajar dulu-dulu. Orang tahu, duit PTPTN cukup tuk tampung orang kat umah sewa tapi kekadang termintak jugak duit Mom ngan Abah tambah-tambah time kes orang hilang kad bank plus ngan duit-duit  sekali hilang.. Ye la duit PTPTN bukannya masuk ikut masa. Kekadang sebulan kuliah baru masuk so Abah ngan Mom yang support bagi duit tetiap minggu~

Sekarang orang dah ada diploma. Tapi dah ada diploma pon, orang keje bukan dalam bidang orang. Jauh tersasar. Lari bidang terus lah senang cite. Kui kui kui tapi Mom ngan Abah tak komplen pape pon pasal keje orang. Orang bersyukur sangat. Bukan setakat Mom ngan Abah, tapi adik-beradik yang lain pon sama. Bukan membantah, tapi menyokong. Serius syukur sangat! Alhamdulillah :)

Keluarga tak kata pape, tapi kenapa orang asing bising-bising? Saya tak kacau pon kehidupan mereka. Kenapa saya kena perli dengan keje saya? Tak sesuai kah? Benda-benda nie semua buat saya makin kuat. InsyaAllah, satu hari nanti saya akan dapat suatu keje yang memang untuk saya bukan? Mom pernah cakap, "Abaikan kata-kata orang luar, rezeki masing-masing". Orang pegang kata-kata Mom. Terima kasih Mom.

Abah pulak sanggup berpanas berhujan dalam menghantar dan mengambil orang. Sangat terharu. Orang luar jugak pernah cakap saya manja tau. Haishh Abah saya tak bunyi pon dalam menghantar dan mengambil saya ke tempat keje, kenapa orang luar pulak yang bersuara? Apakah orang anak manja? Tapi orang fikir positif, Abah nak lindungi orang sebab orang satu-satunya anak perempuan Abah yang tinggal. Lain-lain lelaki so takde hal... Anak perempuan kena jaga bebetul kan? Sape setuju? 

Orang janji, orang akan jaga Abah ngan Mom seperti mana Abah ngan Mom jaga orang. Orang takkan pernah lupa Abah ngan Mom. Berpisah kejap pon boleh nangis-nangis. Macam mana nak boleh lupa kan? Cakap la saya anak manja ke anak duduk bawah ketiak mak ke tapi Abah ngan Mom saya tahu saya nie anak dia yang macam mana ♥

Ok lah, saya banyak lagi nak taip tapi masa tak mengizinkan. Ececehhh.

Abah.. Mom.. Orang sayang dua-dua sepenuh hati orang *hugs* (menangis)
Babai!

24 January 2011

~~Day 23 - Something you crave for a lot.

Salam Buat Semua. 

Teringin giler nak makan.. Sekarang nie punya laaaa..

MAKARONI BAKAR
Teringat-ingat makan kat umah kawan hari tu.. Giler best!!

 PIZZA 
Tak kesah yang macam mana pon janji yang PIZZA HUT punya laa.

ROTI CANAI 
 Sudah berapa tahun berapa bulan tak makan roti canai.. Mengidamnya!!!

CHOCOLATE INDULGENCE SECRET RECIPE
Hope birthday nanti ada orang belikan kek nie untuk saya :P

Ada sape-sape nak belanja makan?

Babai!

23 January 2011

~~sayu je pagi nie :((

Salam Buat Semua. 

"Mak Uda.. Mak Uda.. Bangun la Izzat nak balik dah.."

Pagi nie bangun kena kejut ngan Izzat. Oh memalukan tapi abaikan memang selalu sangat macam tuh. Dah tebal muka dah ngan Izzat. Hahaha. Hari nie, Izzat dah gerak balik ke Kuantan. Dia duduk kat Kota Bharu nie selama 6bulan sebab kak ipar saya ada kursus kat Ipoh. So, Izzat duduk sini ngan abang saya.

6bulan tuh dah berakhir. Hari nie sungguh menyedihkan. Masa menaip nie pon air mata kuar.. Sedih giler. 6bulan nie, saya rapat ngan dia. Kekadang kalau keluar ngan kawan pon, saya bawak dia. Dah macam anak sendiri dah. Ye la nak dapat anak sendiri pon lambat lagi kannnnn :P

 ~2 beg plastik Ultraman dia~

 ~bye Izzat.. selamat kembali ke sekolah.. dah lama tak pegi sekolah.. huhu~

 ~Izzat.. jangan nakal-nakal k :"( ~

~susu tetap ada walaupon ada gula-gula, balik Kota Bharu lain kali, habis gigi Izzat~

Izzat: Tok Ma.. Izzat nak gula-gula nie..
Tok Ma: Ambik la semua Izzat..

Arghh dah start rindu! :'(

Takde dah kawan saya, takde dah orang yang nak gaduh-gaduh ngan saya. Saya suka usik dia. Kekadang usik dia sampai dia nangis. Best je dengar dia nangis. Tu time mood ngah baik ah. Pas usik, pujuk dia balik. Alololow best je. Skang dia dah balik Kuantan. Tak tahu lah bila dapat jumpa dia lagi... Mak Uda nie lebih-lebih pulak nangis, macam lah Izzat pegi Jepun. Padehal Kuantan je pon. Dekat jeeeeeeeeeee :P

Kuantan - Kota Bharu, pegi balik hari pon boleh kan? :)

Babai!

~~Day 22 - What makes you different from everyone else.

Salam Buat Semua.

Haishh tugasan nie susah betul la.. Soalan SPM pon tak susah macam nie. Salah sikit kang dikatakan perasan pulak. Kesimpulannya memang susah laa. Macam mana nak jawab eh? Hmm..  

Senang cite saya nie

SEBENARNYA SEORANG YANG RAJIN! TAPI MALAS NAK MENUNJUKKAN KERAJINAN ITU.

Macam mana? Lain dari orang lain tak? :P 

Babai!

22 January 2011

~~mak sedara yang baik ke anak sedara yang penyayang?

Salam Buat Semua.

Anda tentukan melalui gambar ini. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~please Izzat.. jangan gomol Mak Uda :PP ~

Majlis petang tadi berjalan dengan lancar. Pasal majlis tuh, saya cite esok k. Penat sangat. Pastu bila penat nie, mula lah pening kepala. Tak nak blogwalking malam nie. Huhu. Ok, selamat malam semua :) 

Babai!

~~semoga majlis sekejap lagi akan berjalan dengan lancar.

Salam Buat Semua. 

InsyaAllah... Amin.


Semuanya sudah siap. Tunggu orang datang je.

Babai!

~~Day 21 - A picture of something that makes you happy.

Salam Buat Semua.


Takde gambar lain dah kalau nak suh saya happy kalau tak gambar yang tersayang.


Babai!

21 January 2011

~~kehilangan barang berharga milik anda, bukan tanggungjawab kami.

Salam Buat Semua.

Aishh tajuk tu panjang lebar gitu... Youuuuu.. Saya ngah geram nie! Mahu lepas marah kat blog nie hah!!

2,3 hari lepas kot saya ngan kawan, Bib dan Ecah ada pegi satu tempat shopping nie. Hmm tak nak shopping pe pon, just nak masuk jenguk-jenguk sebab tempat nie baru bukak. 2orang kawan saya nie dah pernah masuk dah. Saya je tak pernah jejak tempat tu. Maklum lah jauh dari umah kan. Pegi kat yang dekat-dekat je. Senang~

Bila nak masuk kat tempat supermarket tuh, pak guard tuh tahan saya ngan Ecah sebab kitorang bawak beg. Dia suh saya ngan Ecah simpan beg kat tempat simpan barang. Whattt???? Giler ke hape nak suh simpan? Ecah cool giler sebab dia just amek beg duit dia. Saya ngan tepon 2bijik, kamera lagi, beg duit lagi. Nak suh saya pegang semua? Arghhh!

So saya bagi la Bib pegang kamera saya. Nak suh saya pegang semua memang tak ah kan.. Baik gua angkat kaki keluar dari bangunan tu je.. Saya ada suh Bib bagi beg saya kat orang yang keje kat kaunter tuh. Makcik tuh nampak kot Bib pegang kamera, dia pon cakap... "Adik... Tak boleh bawak masuk kamera dalam nie.."

Bib pon cakap, "Na, nak tinggal ke kamera nie.. Tak boleh bawak masuk ar..."

Terkejut saya bila Bib cakap macam tuh. Dalam hati nie duk menyumpah serapah dahh. "Giler kau nak tinggal, kalau kena tinggal, aku rela tak masuk dalam nie"

Tetiba makcik tuh bersuara, "Boleh bawak masuk, tapi tak boleh amek gambar.."

Saya nie pemarah kot. Saya pon ape lagi, sound ah makcik tuh balik. Bukan niat nak kurang ajar, tapi rasa geram nie meluap-luap ngan tindakan dia. Kalau korang pon mesti sound balik ahh makcik tuh. Sekali tak boleh bawak beg, sekali tak boleh bawak kamera, sekali boleh bawak. Haihhh mau mengamuk je kalau ngah period. Hahahaha syukur tak period, kalau tak, ramai orang rekod video pastu upload kat fesbuk. Huuu perli tuuu~

Ok, over.... Hmm saya sound balik makcik tuu, "Ingat saya nak sangat ke amik gambar kat sini? Eh *********** (bukan nama sebenar) je pon, bukannya *************************** (bukan nama sebenar jugak takut korang tahu lak gua marah tempat ape..hikhik)

Pastu makcik tuh boleh pulak bagi beg Ecah yang dia simpan tadi pas saya ajak Bib ngan Ecah balik. Tahu pon takut hilang customer. Padehal, kitorang masuk dalam tu tak beli pape pon. Pegi usha mat-mat bangla. Hahaha ramai betul mat bangla keje situ... Satu kampung mai keje situ.. Ish ish ishh..

Giler kan tempat tuu, padehal bukannya tempat mahal pon, tak bagi bawak kamera tuh. Dah la suh saya simpan kamera. Giler kau! Baik angkat kaki pegi tempat lain lagi baguss lah! Serius.. Tak mau dah saya nak jejak kaki kat tempat itu. Titik!

 
~tempat nie memang tak boleh amik gambar lah, tapi degil, so saya kena sound depan-depan.. rileks ajo.. huhu~

Kesimpulannya, kalau kamera saya hilang macam mana? Bukan tanggungjawab anda kan? Tanggungjawab saya kan? Bengong tak ngan pengurusan tempat tuh?

Babai!

~~perpisahan ini | hanya lagu yang menjadi ingatan, hanya lagu yang menjadi kenangan :((

Salam Buat Semua. 

Bukan nak bersedih. Tapi sesekali aku teringatkan dirimu sayang :)








Semoga kamu sentiasa berbahagia... Amin.
Babai!

~~Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Salam Buat Semua.

 ~gambar hiasan semata-mata~

Soalan paling susah! Belum ada cowok la. So, tak boleh nak gitau sape orang itu. Huhu. OK? Paham semua?

Pandaiiiiiiii~

Saya bahagia bila sorang-sorang. Saya takut nak hadapi 'bahagia' bila berdua. Hee peace no war.. :P

Babai!

20 January 2011

~~Day 19 - Nicknames you have; why do you have them.

Salam Buat Semua.

MALINA
Dengan nama Malina nie, macam-macam orang boleh panggil k.

1. Mal - Kawan saya yang duduk Kedah. Dia lelaki.. Pastu dia ada gf. Dia ngan gf dia je yang panggil saya ngan nama Mal. Korang tahu korang siapa kan. Hehehe.

2. Malin - Nie kawan ke ex bf eh? Nak cakap kawan boleh tak? Sebab, dulu masa kapel dulu-dulu dia kan dia ngan saya tak pernah cakap sayang pon. Kawan sudah :P Lagipon time cinta monyet-monyet. Hahaha. Time nie femes cite Malin Kundang yang cite indon tuh. Malin tuh pencuri kalau dalam bahasa Indonesia. Teruk nama Malin nie. Tak suka pon nak buat macam mana, kalau tiap kali msg, mesti panggil saya Malin. Takpe lah kalau ngan nama tuh dia ingat saya kan?

3. Cina - Nie kawan saya yang panggil. Memang marah dia gila-gila ah. Tapi memang dah lekat nama Cina kat saya. Nape panggil Cina??

4. Ina - Nie memang femes ah.. Huhu. Mom, Abah ngan adik-beradik memang panggil Ina la. Adik-beradik takleh panggil Ina kat depan anak sedara dua orang tuh. Tak pasal-pasal diorang terikut-ikut panggil Ina jugak. Diorang panggil saya Mak Uda :)

5. Lina - Jangan panggil saya ngan name nie. Saya tak tahu kenapa, saya paling tak suka orang panggil saya Lina. Tak tahu kenapa. Nak cakap ada kisah di sebalik nama Lina nie langsung tak de ah. Ok, korang jangan panggil nama Lina k. Tak suka! >.<

6. Dak Eina - Nie di alam maya. Tapi kat realiti pon ade jek yang panggil saya ngan nama nie. Saya ok je. Femes kot nama nie. Hee~

So korang~ Itu je nickname yang saya ada. Macam-macam kan? Tapi ada jugak yang panggil saya ngan nama Puzizer. Weh! PUZIZER tuh, nama Abah saya lah. Sedih sebab selalu jek orang main-mainkan nama Abah saya :(

Babai!

19 January 2011

~~tak boleh ambik gambar eh dalam shopping complex?

Salam Buat Semua. 

Ye ke tak boleh?   
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi...........


 Kenapa yang nie boleh? Tunggu entry akan datang k~

Panassss! 

Babai!

~~Day 18 - Plans/dreams/goals you have.

Salam Buat Semua.

Tahun 2011 nie, takde benda lain dah saya nak selain dapat kerja yang bagus. Huhu :)

Bila dah keje, saya nak kumpul duit dan kahwin beli kete!

Pink itu mesti~

Kalau takde pink, amik orange! Yay!!

Kalau tak mampu amik Myvi, Viva Elite pon jadi. Tapi mau kaler putih!

Kete kecik-kecik nie comel~

Ok, tu rancangan saya, angan-angan saya. Doakan saya cepat dapat kerja k! :))

Babai!

18 January 2011

~~sedang belajar tulisan JAWI :)

Salam Buat Semua. 

~google punya~

Alahai dah lama tak baca ayat bertulisan jawi. Tadi pegi kat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau nama ringkas dia Balai Islam, kitorang ada pegi mintak borang nak mintak keje sebab ada terbaca iklan jawatan kosong dalam Sinar Harian hari nie. Kalau nak tahu, borang tuh tulisan jawi 100% ok! Terkejut saya ngan kawan saya. Akak cantik yang bagi borang tuh pon gelak-gelakkan kitorang sebab saya terkejut ngan tulisan jawi tuh. Huhu. Bukan tak pandai tapi terkejut beruk besar jugak la.. Tak pernah-pernah isi borang tulisan jawi. Dah kecut perut dah macam mana nak isi ngan tulisan jawi. Salah eja kang macam mana? Mentah-mentah kena tolak :'(

Bib cakap, adat lah tulisan jawi sebab nama lagi Balai Islam. Ohh ye tak ye jugak. Hehe. 

Pastu Bib cakap, "Borang je tulisan jawi, nak isi tuuu macam biasa ah.." 

 

"Eh ye ke weh? Baru tahu lerrr..."

~Bib ngan Ecah.. kami bertemu semula ngan Ecah lepas hampir 6tahun tak jumpa.. fb menyatukan kembali persahabatan kami~

Ok lah, nak isi borang dulu. Haruslah cepat-cepat. Doakan saya ada rezeki kat tempat nie. Umah pon dekat. Sonang! :P
Nun Alif Mim : Mim Alif Lam Ya Nun Alif. Cer teka ape.. :P

Babai!

~~sengih sampai telinga bila dapat tahu tarikh konvo!

Salam Buat Semua.

Hee nak senyum je sambil taip entry nie.


Print screen status fb lecturer kitorang. Yay!! Cari baju, cari kasut, cari tudung tuk konvo nie. Yes yes yes! Opss baju dah de. Mintak-mintak baju tuk konvo kaler putih. Biasa senior sebelum-sebelum nie tema baju kaler putih. Seragam putih untuk budak pompuan. Lelaki pulak baju melayu hitam. Huhu baju tuh, saya guna yang baju akak je. Alaa baju akak time nikah dulu. Tak payah nak membazir kan. Kalau kasut pulak, boleh je cari yang baru sebabnya lepas-lepas nie still boleh pakai. Biasa guna kasut hitam. Tapi entah lah tahun nie, surat pon tak dapat lagi. Hmmm.. Tudung pon mesti kaler putih laaa :))

Arghh tak sabar dah nak konvo! :P

Babai!

~~Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why.

Salam Buat Semua. 


Saya mahu tukar ngan Izzat!

Sebab??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya mahu cuba menyukai Ultraman. Best ke Ultraman eh? Sapa suka Ultraman?? Anak sedara saya nie suka bebenau lah ngan Ultraman. Saya cuba tuk minat jugak sekarang nie. Hee :P

Babai!

17 January 2011

~~saya lupa daratan dah... hehehe :P

Salam Buat Semua.

Dah lame tak menapak kat blog. Wekk :P Tipu... Tipu!

Actually, sejak dua menjak nie sibuk sangat.

Banyak benda nak kongsi...

Tapi, tunggu la sikit masa lagi bila dah free. 

Hihi :)

Sebenarnya~
.
.
.
.
.
.
.

SAYA HAMPIR LUPA SAYA ADA BLOG!

Macam mane la saya boleh lupa eh?


Babai!

~~Day 16 - Another picture of yourself (baby pic!)

Salam Buat Semua. 

~abang dan saya kat sawah padi~

Satu je. Takde dah gambar lain. Ok la eh. Hee :P

Babai!

16 January 2011

~~Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

Salam Buat Semua.

iPod? Mana lah saya ada kan. Takde duit lagi nak beli tuh. Nanti lah bila kaya sikit. Bila entah =.='

Ok abaikan~

Ni list lagu yang shuffle dalam tepon murah saya tuh :P

1. Ada Band - Surga Cinta
2. Brainstewz - Twinkle Away
3. Dadali - Disaat Aku Mencintaimu
4. Faizal Tahir - Hanyut
5. Fynn Jamal - 15juta
6. Imelda - Kimia
7. Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda
8. Sabhi Saddi - Nadiku
9. Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
10. Zivilia Band - Aishiteru

Blahh ahh lu semua lagu jiwang. Hahaha. Biasa dengar lagu-lagu nie sebelum tido. Huhu :P

Babai!

15 January 2011

~~mengantuk la pulak :(

Salam Buat Semua. 

Hari nie bangun awal pagi kot. Dah janji ngan jiran sebelah umah nak bergosip, tengok movie sekali. So bangun la awal. Kesian dia call kejut saya. Sekali ter-reject call dia. Haha saya ingatkan alarm. Hahaha. Takpe takpe, dapat jumpa jugak kan. Pastu tengok movie sama-sama kat umah saya nie hah.. Tengok cite Ngangkung. 2hari turut-turut saya layan cite nie. Hahaha berbaloi-baloi lah ngan RM15 tuk satu cite kan kat Astro First. Boleh tengok Shaheizy Sam tetiap masa. Erkk :P

Sejak bila entah minat Shaheizy Sam. Huhu :))

Pastu bila dah bangun awal, mesti la mengantuk kan. Dah la cik minah nie tido lewat semalam :''( Banyak kali dah saya menguap time menaip entry nie haa.. Baru je nak blog marathon. Dah lama kot tak jejak kawan-kawan blog. Hee sorryy morry naik lorry la sekarang nie malas bebenor I nak blogwalking. Asyik malas jek.. Bila la I nak rajin kan? :P

Ok lah, saya nak pegi solat pastu nak beradu jap. Dah lama tak rasa nikmat tido petang. Hahaha ada-ada je kan saya nie. Huhu. Daa.. Mau mimpi keluar dating ngan Shaheizy Sam. Mimpi pon jadi la kan? Realiti nie sah-sah tak dapat. Wuwuwuwu :P

Babai!

~~Day 14 - A picture of you and your family.

Salam Buat Semua.

~anak sedara saya yang mucuk-mucuk wangi-wangi, sorang panggil Mak Uda, sorang panggil Udeyyy~

Saya sayang keluarga saya! :))

Babai!

14 January 2011

~~Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently.

Salam Buat Semua. 

Oh memang kena lah kan. Buat surat pulakk an. Huhu. Meh sini rapat-rapat saya mahu anda baca surat nie!  Surat nie saya tujukan tuk dia, musuh saya bekas cowok saya :P Hee~

Awak,

Saya tahu kita dah tak bersama sekarang nie dan tak mungkin kita dapat bersama lagi. Sampai sekarang saya masih ingat awak. Kenangan antara kita takkan mudah saya hapus begitu je. Awak sangat baik even awak buat saya macam tak wujud je. Entah macam mana, makin saya cuba untuk lupakan awak, makin kerap pulak awak masuk dalam mimpi saya. Teruk tak? Padehal awak kat sana takde pon fikir pasal saya kan. Hmm... Ok lah, saya tak nak taip panjang-panjang sebab saya tak nak la cite semuanya kat sini. Kang saya menangis tak memasal kena jawab ngan Mom apesal menangis depan laptop. Kena rasuk ke hape kan? Lagipon saya tahu awak tak baca pon surat nie. Surat nie tuk readers jek. Hahaha. Blog nie pon awak dah tak ingat url nie kan. Hihi. Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya walaupon tuk seketika. Pape pon saya doakan kebahagiaan awak dan si dia.











 Bahagiamu itu bahagiaku :))  

Babai!

13 January 2011

~~slow down baby :)

Salam Buat Semua.

Saya suka lagu nie :) Actually baru lepas tengok cite Indon. Tajuk cite tuuu Cheril Bukan Ratu kot. Best cite tuu. Layan je la memandangkan duduk umah goyang kaki jee kan keje saya. Hihi :P

Meh layan lagu nie meh. Memang kena ngan saya sekarang. Hahahaha.








She - Slow Down Baby

Slowdown baby, take it easy just let it flow

Baru tadi pagi kau ajak ku berkenalan
Lalu siang hari kau mulai ajakku berkencam n
Hingga waktu malam tiba, kau ucapkan yang tak kuduga
Sungguh sulit 'tuk percaya, kau nyatakan cinta

Nononono tunggu dulu
Cinta jangan buru-buru
Karna kurasa terlalu cepat
Ku takut semua palsu
Nononono tunggu dulu
Cinta jangan buru-buru
Masih ada banyak waktu
Biarkan cinta mengalir 


Babai!

~~Day 12 - How you found out about Blogger and why you made one.

Salam Buat Semua.

Ok macam mana eh saya boleh berblog nie... Lupa pulak :P Hee mane ade lupa la. Kalau nak tahu macam mana saya boleh blogging nie, korang boleh baca kat [sini]. Saya cite semua kot.

Blogging sebab putus cinta. Bila dah lama bertapak, berlakulah cinta blogger. Pastu tahun lepas, dah berakhir dah pon cinta blogger tuuu. Takde jodoh kan? :)) Siapa blogger itu? Biarlah rahsia :P

Penat nie, tak keje pon penat. Kalau keje, mati gamaknye. Hahaha gedik kan? Ok, selamat malam semua :)

Babai!

12 January 2011

~~saya suka nombor 7!

Salam Buat Semua. 


Hihi. Dah 777 followers dah blog nie. Tak sangka ok. Ye lah, blog nie dah suram dah. Dah jarang update. Sekarang nie rasa malas sangat. Kepala serabut je. Mood nie entah pape sekarang. Tak sukaaaa ok! :(

So, follower yang ke-777 nie ialah Yuyue.


Eina follow awak balik k! :)) Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi follow blog Dak Eina nie.

Babai!

~~Day 11 - Another picture of you and your friends.

Salam Buat Semua.

Macam takde benda lain je yang nak tahu. Haha kan saya dah tunjuk hari tu. Cukup laaa.. :P Kali nie nak tunjuk satu jee. Gedik tak kita? Hahahaha :P

~gambar nie memang blur... harap maklum~

Aku rindu korang weh! Kerja lek lok ler yang mana dah keje tuh. Jauh merantau eh. Aku jek yang malas :P dan yang dapat sambung belajar, jangan malas-malas. Balik Kelantan kita jumpa ok! Tak pon tunggu konvo nanti. Tapi entah lah korang boleh balik tak... Hmm :'(

ps; Tak tahu lagi bila konvo... Argh!! 

Babai!

11 January 2011

~~Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Salam Buat Semua.

Nak tahu ke? Haishh malu pulak nak share :P Skip boleh tak?? :D Ape guna aku buat cabaran 30 hari mencari cinta nie kalau nak skip soalan kan. Hihi :P

Ok, meh sini nak share meh :P

Lagu time HAPPY
~ Semua lagu layan. Lagu raya pon saya dengar. Kateee happy kan :P

Lagu time SEDIH
~ Layan lagu Tok Ti. Lagu Siti banyak yang sedih-sedih kan?
Contoh: Banyak sangat la nak bagi contoh. Muahahaha :P
~ Lagu Shahir.. Best kot lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan tuu.. Nape dia tak menang AJL eh? :'(

Lagu time BOSAN
~ Biasa kalau bosan, bukak semua folder lagu pastu pilih lagu-lagu yang bajet jiwang and yang pandai nyanyi, ingat lirik. Layan ahh sensorang. Huhu :)
Contoh; Anuar Zain - Mungkin.
Aril - Menatap Matamu.

Giler jiwang aku nie =.="

Lagu time HYPED
~ Semua layan kot! :))

Lagu time MARAH
~ Tak suka dengar lagu... Kang banyak yang asyik skip je. Tak kena ngan mood :))
~ Dengar zikir agar lembut sikit hati. Hati ngah panas kan? Hee :D 

Babai!

10 January 2011

~~rasa bersalah menyelubungi diri ini :((

Salam Buat Semua.

Entah la patut ke tak saya share kat sini. Tapi serius rasa menyesal, rasa bersalah. Tak perlu kot cakap macam tuh. Diam-diam sudah kan? :( Hmmm.. Takpe lah. Janji saya berterus-terang takde nak sorok pape. Mungkin jugak saya salah orang. Arghh malas nak taip bebanyak. Start petang tadi kot mood macam entah pape. Asyik nak marah orang je. Dah la buat keje memalukan je tadi.... Silap saya. Sorrryyyy! Hmm aku redha Ya Allah...


ps; Dah mintak maaf, dia diam je.. Camane tu? :'(

Babai!

~~Day 09 - Something you’re proud of in the past few days.

Salam Buat Semua.

Biarlah rahsia. Hahaha! Takde pe yang nak dibanggakan kot. Menderita sepanjang minggu nie ada lah. Tapi time saya jatuh, ada orang angkat saya. Kini, rasa bahagia sikit :P

Ok, takde mood. Frust ngan keputusan AJL tadi T___T

Aku pulak yang lebih-lebih. Hahahaha :P

Babai!

09 January 2011

~~oh abang Faizal Tahir.. (^_^)

Salam Buat Semua.

AJL dah nak start dah.. Saya pulak yang berdebar. Kalah abang pejal. Hahaha! Saya nak abang pejal menang boleh tak? Ngeee :))

 Faizal Tahir - Hanyut

 Yuna - Cinta Sempurna

  Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Hmm saya nak diorang menang! Boleh tak??

Sama-sama kita saksikan k! Auwww tak sabar pulak rasanya =.=

Babai!

~~Day 08 - Short term goals for this month and why.

Salam Buat Semua.


Nak

 K . E . R . J . A 

Sebab?

 Saya dah lame menganggur la awak-awak. Duit pon dah makin kurang nie :((

Babai!

08 January 2011

~~rasa takde orang sayang aku :((

Salam Buat Semua. 

Hari-hari aku lalui sekarang dengan air mata je.

 

 Menangis lagi taip entry nie.

T______T 

Babai!

~~Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you.

Salam Buat Semua.

~abang aku sebelum dia nak pegi akad nikahhhh~

Gambar tuh gambar hiasan jek. Tapi paling berkesan dalam diri nie ialah pakwe kesayangan sudah jadi suami orang! Opss silap, sudah jadi ex pakwe :)

Derita wooo 5minit. Lepas 5minit, saya dah ok dah. Hahahaha! Hati?? Hancur berkecai 15minit. Sudahhhh gua malas nak ingat. Mungkin dia bukan jodoh saya! Kan?

Babai!

07 January 2011

~~Day 06 - Favorite super hero and why.

Salam Buat Semua.

Saya suka super hero....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Yang ini...


Eh! Bukan! :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semestinya.... Ultraman!


SEBAB???

Sebab my darling pon minat dia..... Hihi boleh? :P


Izzat akan pegi Jepun sebab dia nak jadi Ultraman. Hahaha.

Saya: Izzat nak jadi apa?

Izzat: Izzat nak jadi Ultraman Mak Uda....

Saya: Hah??
  
Babai!

06 January 2011

~~nombor tepon saya :P

Salam Buat Semua.

Bajet hot ke orang berebut nak tahu nombor tepon. Hahaha. Beberapa hari yang lepas ada kawan kat fesbuk call saya. Pelik Bin Ajaib, bila masa entah saya bagi dia nombor tepon tuh =.=' Sekali dia cakap dia tengok kat profile saya, tuh yang dia dapat call saya. Dah la satu profile saya dia godek. Arghhh malu-malu. Sejak bila entah saya letak nombor tepon tuh. Sekali tak private. Haiiiya.. Malu-malu saya cakap ngan dia. Katanya nak kepastian, memang sah, pasti, benar sebenar-benarnya memang nombor tepon saya lah. Huhu. Tahniah sebab awak berjaya dapat nombor tepon saya tanpa mengorat saya. Erk perasannya aku. Hahaha. Lariiiii eyah eyahh :P 

Babai!

~~Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to.

Salam Buat Semua. 

Banyak tempat saya pegi sepanjang tahun 2010. Tahun baru nie coming soon. Huhu (^_^)

~Cameron Highland~

~Negeri Sembilan - first time pegi sana.. dua hari turut-turut pegi sana... hari pertama pegi Senawang, hari kedua tuh Kuala Pilah kot~

~yang ini best! round tasik kat Mines sambil bagi makan ikan~

Kenangan sepanjang tahun 2010. Semua tempat best sebab pegi ngan family kan. Mana tak best. Penaja dimana-mana :P Huhu. Actually banyak kali gak jenjalan tahun 2010 nie tapi kebanyakannya kat KL. Kat KL biasanya kitorang pegi round tempat shopping je. Shopping nye kekadang ajo. Huhu. So gambar-gambar nie je lah yang sesuai untuk dipertontonkan. Gituuuuu :))

Babai!<

design with love by Dak Eina