kite kawan

31 December 2010

~~meh tengok budak macho nangis meh :P

Salam Buat Semua.


Kali nie saya nak cite pasal anak sedara yang duduk sekali serumah sebilik ngan saya nie. Sape lagi kalau bukan Izzat Ultraman. Hihi.

Semalam (Rabu) abang saya on call. Biasa dia ok je kalau Daddy dia on call. Tapi semalam lain pulak perangai dia. Kejap-kejap tanya "Lambatnya Daddy balik Mak Uda.." Sampaikan dia berak semalam pon time nak cuci pon dia sempat lagi cakap "Mak Uda.. Cepat lah basuh. Nanti Daddy balik, Daddy cari Izzat" Pelik ok. Saya tak tahu pon abang saya on call semalam. Izzat jugak yang bagitau saya. Bagus kan Izzat? Ye lah bapak dia. Mana saya tahu :P

Tapi masalahnya kenapa lah pegi nangis tengah-tengah malam cari Daddy dia. Sebelum-sebelum nie ok je kalau kena tinggal. Ishh.. Kali kedua dia berak, Tok Bah yang cuci. Izzat biasa lah. Nasib lah kitorang kalau dia suh cuci berak dia. Sekarang bagi alasan kuku tajam dah tak layan dah.. "Alaa. Kuku Mak Uda tajam sikit je kan?" Ishh macam mana saya tak sayang lebih kat dia nie.

Ok masa dia berak kali kedua dan dicuci oleh Tok Bah, saya pulak pegi layan tenet, fesbuk. Pastu kak ipar saya , Kak Sarina a.k.a Mummy Izzat tegur saya kat chat. Tanya Izzat dah tido belum. Bila dah cakap belum, akak pon terus call. Katanya rindu. Ye lah jauh ngan anak mesti rindu kan? Oh ye.. Kak ipar saya sekarang berada kat Ipoh ada kursus selama 6bulan sebab tuh lah Izzat duduk sini sekali ngan Daddy dia.

Sambung cite balik.. Bila dah cakap-cakap-cakap ngan Mummy dia, dah nangis-nangis dah sebab tanya kenapa Daddy dia tak balik lagi. Padehal dia dah tahu dah kalau Daddy dia on call maknanya balik esok hari lah. Tapi semalam nangis-nangis. Lepas cakap ngan Mummy dia dah habis muuuahh muaahhh abang saya pulak call.. Lagi kuat dia nangis. Cakap rindu bagai. Pandainye Izzat! Terharu saya~ Sampai saya nak nangis sama. Eh takde lah sampai camtu sekali. Hihi tapi sebak tuh ada lah. Kita yang dewasa nie kalau rindu mak ayah kita pon, kita nangis jugak kan? Orang takde perasaan je tak nangis kan? :P

So, saya sebagai Mak Uda yang penyayang lagi penyabar-melayan-perangai-Izzat-yang-makin-nakal lagi baik hati-kekadang-je lagi cun-sentiasa telah mengambil beberapa keping gambar dan record beberapa buah video. Haha. Ayat macam orang gila lak aku nie =.='


Sangat tidak macho sebab sekarang kalau dia nangis, mesti jari masuk mulut. Bila tarik.. Dia masuk balik. Dulu tak macam nie. Konon cute la tuh eh? :P


Jangan kacau kalau dia nangis. Kang dah makin teruk. Susah nak kawal dah nie :P

Kali nie saya letak video pulak. Ada 3 semuanya. Maaflah tak berapa clear maklum lah record pakai tepon murah je :P

video
 Tak paham sepatah haram dia cakap apa. Kuat sangat nangis. Hahaha :P

video
Tang ultraman je saya dengar. Kalau nak ultraman jangan nangis.. Gitu lah kot apa yang abang saya cakap. Huhu. Arghh ade suara saya :P

"Dio kecek nga Daddy dio.."

video
Video nie paling lucu.. Dah macam kena tinggal girlfren je. Lawak lawak :P

Lepas cakap-cakap tuhh, Abah ajak dia tido. Dah lewat lah jugak dalam pukul 12 lebih. Izzat nie macam orang dewasa dah walaupon baru nak masuk 4tahun 20hb satu nie. Pukul 12 malam ke atas baru tido. Ishh budak budak.... Hmm bila buat entry nie sedih la pulak. Pertengahan bulan Januari nanti Izzat akan pindah duduk kat Kuantan balik. Duduk Kelantan sementara je. Mesti sunyi umah nie nanti. Takde dah pagi-pagi kena kejut oleh dia. Takde dah berebut nak tengok tv ngan dia. Takde dah nak buatkan susu tanya nak botol mana. Takde nak kena cuci berak dia. Hah yang saya suka.... Hahaha ok tak lucu! Tapi yang paling dirindui, takde orang nak kiss pipi saya tetiap hari! 


Sangat rakus dia cium pipi saya... Alahai~

ps; Saya suka tengok mata Izzat!

design with love by Dak Eina