kite kawan

19 June 2011

~~bila benci, aku remove dan block terus.

Salam Buat Semua.

*aku benci nak buat entry macam nie, tapi aku tahu dengan cara meluahkan, akan berkurang sikit sakit hati aku nie*

Panas giler hati aku sekarang nie. Tak pasal-pasal aku remove kawan aku kat fb malam nie. Dah dia buat onar ngan aku, takkan aku nak diam aje. Dah banyak kali dia mengata aku, tapi malam nie aku rasa dia melampau giler. Dah sah-sah dia memang mengata aku macam dia tak salah langsung. Grrr!!

Citenya bermula macam nie, aku boring teramat lah malam nie, so aku pon hantar ah sms tanya khabar kat kawan-kawan termasuk la si A (bukan name sebenar) nie. Budak pinky nie pon aku kacau jugak. Kalau tak percaya, pegi tanya dia sendiri :P

Bila dah sms macam-macam, so aku ade lah tanya dia bila nak keluar makan ngan aku sebab dah lama plan tapi asyik tak menjadi je. Maklum la dia keje jauh. Jarang-jarang je balik Kelantan. 

Aku; Bila nak keluar makan ngan saya?
A; Nak keluar ke? Awak belanja?
Aku; Awak lah belanja!
A; Mane boleh, awak yang ajak.
Aku; Ok la cancel ah!
A; Kedekut sangat.. Haha.
Aku; Saya tak keje, Lain ah awak. Awak tu yang kedekut! Huh!
A; Haha.. Dah awak ajak tu.
Aku; Kalau dah kedekut, kedekut la jugak :P
A; Wat ape saya nak ajak awak. Makwe saya tahu, matiiiiiii saya.
Aku; Makwe ke tunang? Haha.
A; Sape-sape la Mek Na wei.
Aku; Dah berbaik la tu. Hari tu bukan main lagi cakap benci. Kehkehkeh.
A; Ikut saya la.. Tak salah bagi peluang kat orang.
Aku; Hmm ye la awak je yang betul.
A; Daripada awak tu.
Aku; Kenapa saya pulak?
A; Suka tukar pakwe.
Aku; Eh saya pulak yang kena! Tahu la awak benci kat pompuan dulu! Sekarang dah ade makwe sombong! Berlagak! Aku benci orang macam kau nih!
A; Haha, its time to get someone. Nak kawen la jugak.
Aku; Tahu pon! Dah tu kau tak ingat ke, kau jugak cakap pompuan kau perangai macam b***, dah baik nie kau kata aku pulak eh?! Kau tu yang b***! Paham?
A; Apesal awak marah-marah nie? Awak.. Sorry la. Jangan duk cakap macam tu la.
Aku; Aku benci kau! Kau mengata aku macam kau perfect sangat! Arghhh!
A; Takpe kalau nak marah, ok bereh, sorry dan salam.
Aku; *tak reply dah*

Memang dia mengata aku sikit je. Aku yang banyak hentam dia balik. Tapi memang mengguris hati aku betul la ayat dia cakap aku suka tukar-tukar pakwe tu. Kemain lagi sekarang mengata aku sejak ade makwe nie. Kalau dulu aku selalu tanya dia, bila nak ada makwe? Dia cakap, susah nak percaya pompuan sekarang, dah tu bila dah ada makwe siap buat status "engaged to" walaupon tak pernah bertunang :P

Kenapa la tak buat "married to" terus eh. Dah giler sangat ngan makwe baru tu kan. Pastu hari tu, aku ada tertengok kat news feed kat fb aku yang dia tukar status dari "engaged to" ke "single". Aku tanya la kenapa dah putus ke? So dia marah-marah aku sebab dia benci giler ngan pompuan tu, dia cakap pompuan tu buat macam-macam kat belakang dia. Aku pon tak tahu ape pompuan tu dah buat kat dia, malas aku nak tahu, aku pon cepat-cepat undur diri sebab nampak macam dia bad mood je. Masa nie pon kontek via sms.

Dah tu sekarang bila aku tahu, dia bagi peluang kedua kat pompuan tu, aku rasa, oh ok la dah berbaik balik. Aku takde hal pon bila dia dah berbaik balik ngan "tunang" dia tu. Yang dia nak mengata aku apesal? Bila aku tukar-tukar pakwe nie? Aku dah single berapa lama dah, sesedap mulut dia je kan. Aku dah lama bersabar ngan dia. Tapi kali nie aku rasa dah melampau sangat. Dia mengata aku macam dia tak salah langsung. Kalau aku jenis jahat, nak je aku add "tunang" dia cakap yang laki dia nie cakap dia perangai macam b***. Ishh geram pulak aku bila ingat-ingat balik hal nie!

So tanpa buang masa, aku on fb, remove dan block dia! Baru puas hati aku!

ps; Nampak je lembut, aku seorang yang garang tau!

Babai!

10 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Pinky Pixie said...

name kita ade la.. suka nye.. hihi. opss..

sabar taw yunk. alaa, biasa la tu, time gaduh kuar sume pktaan keji. da bsyang2 lupe tu sume. itulah namanya cinta. kalau betol cinta la..

yeah, kita juga masih kekal single. high 5~

dak eina said...

@Pinky Pixie

eh tak tido lagi budak nie :p

memang ah, dh benci keluar balik perkataan xsepatutnya..

aikk single lagi ke u nyah? :P

gimme 10! :P

harrazdani said...

ganasnyer...jgn marah2 nanti cepat tua....

shekyn chipsmore said...

waahh..garang nya cik kak^^
hee:)
sabaq bnyak2 na..nggee^^

dak eina said...

@harrazdani

hihi kali nie je betul2 ganas :P

dak eina said...

@shekyn chipsmore

garang bersebab.. bukan sje2 hee :P

a pis of art said...

er..

meaw said...

hehehehe,garang betul dia,hehe...namau gegarang, cari kawan lain :D

dak eina said...

@a pis of art

apa yg err?? :)

dak eina said...

@meaw

kita dh ramai kwn mcm nie... susah nk cri betol2 kawan skang nie..


design with love by Dak Eina