kite kawan

19 June 2011

~~Selamat Hari Abah, serba sikit pasal Abah aku ;)

Salam Buat Semua.

Abah aku seorang yang garang, orang sekeliling aku pon tahu Abah aku garang. Nak datang umah aku nak tak nak je bila tahu Abah aku ada kat umah. Walaupon Abah aku garang, Abah aku tak makan orang tahu tak? Hee :P

~Abah aku ngan Abang aku~

Kenapa Abang aku lagi buncit dari Abah aku? Kehkehkeh :P

Abah aku bekas askar, seorang askar mesti lah seorang yang tegas dan berdisiplin. Bukan ngan anak je dia tegas, ngan cucu pon dia tegas jugak. Izzat tak terkecuali. Padan muka Izzat. Sape suh degil. Time panas nak jugak main kat luar. Kan dah kena pukul kat bontot. Huhu tapi aku tahu, Abah tegas ngan Izzat sebab tak nak bagi Izzat degil. Dia kan kecik lagi kena lah jaga betul-betul. Time panas, main dalam umah sudah la kan. Kalau demam kan susah.

~Izzat ngan Tok Bah dia~

Abah aku nie memang faveret cucu-cucu dia. Kekadang Mom aku merajuk sebab bila Yaya or Izzat buat video call je, mesti cari Tok Bah. Tok Ma diorang tak ingat kot. Kehkeh. Yaya yang paling lawak. Bila video call ngan dia, mesti dia akan ckp, "Hai Uda! Tok Bah ane?"

Geram tau, tepon aku tapi nak cakap ngan Tok Bah :P

Walaupon Abah aku tegas, garang, tapi aku tahu, Abah aku nak yang terbaik tuk anak-anak dia. Abah aku berjaya didik anak-anak dia sampai berjaya masuk U. Aku sorang je tak berpeluang masuk U tapi aku masuk Poli :)


~Abang aku no3 anak ke-4 grad, aku takde, tak payah susah-susah cari aku :P ~

Tak kisah lah, Abah aku garang ke tegas ke, dia tetap Abah aku. Kalau takde Abah, takde lah aku kat dunia nie. Kalau takde Abah, takde orang yang akan menghantar dan mengambil aku kat tempat keje *ehhh* :p

Selamat Hari Abah buat Abah aku yang tersayang.

Selamat Hari Daddy tuk Abang aku.

Selamat Hari Papa tuk Abang Ipar aku.

Selamat Hari Bapa, Ayah, Abah, Bapak, Daddy, Baba tuk sape-sape yang bergelar bapa kat luar sana. Jadilah bapa yang baik.

Buat anak-anak pulak (peringatan tuk diri sendiri jugak), hargailah bapa anda selagi diorang masih ada. Bapa mane boleh tukar ganti wei....

ps; Aku garang mungkin sebab ikut Abah :P

Babai!

6 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

sri juju said...

wahh , ayah akk garang , sme ngn ayah sri ..

eh , rindu ayah sri ):

enyheartsdiamond said...

papa eny pula tak garang, tp nampak je mcm garang.. tu yang kawan2 eny kata lah :)

happy father's day utk ayah eina dan abang2 eina! :D

asmira surianie said...

u got a really nice abah !

dak eina said...

@sri juju

garang sgt! tp skang dh kurang sket garang dia :)

dak eina said...

@enyheartsdiamond

tq eny.. selamat hari bapa tuk papa eny jugak ;)

dak eina said...

@asmira surianie

yup! ;)


design with love by Dak Eina