kite kawan

07 June 2011

~~jumpa di Bukit Jalil!

Salam Buat Semua.

Aku baru lepas tengok bola sepak nie *2jam yang lepas maksud aku* So rasa nak update lah sikit. Huhu. Amboi kemain lagi meriah aku tengok kat fesbuk kawan-kawan aku semua duk cite pasal bola malam nie. Korang tengok tak? Aku mesti ah tengok tambah-tambah Kelantan yang main! Pastu ada live kat tv pulak! Ye la aku nie hanya mampu tengok kat tv je. Mana lah boleh nak pegi tengok kat stadium tu :'( Takpe nanti dah kawen kang, aku nak ajak laki aku pegi tengok bola kat stadium!  Tak kisah lah dia minat negeri lain, aku minat negeri lain. Huhu jauh nau aku berangan. Hihi :P

Ok, actually game malam nie Kelantan lawan Terengganu tuk Liga Super. Kiranya game malam nie cam latihan la jugak tuk kedua-dua pasukan sebabnya 11hb Jun nanti dua-dua akan bersaing tuk merebut Piala FA kat Stadium Putra Bukit Jalil pulak. Fuhh yang nie pon aku sah-sah tak dapat pegi jugak. Huhu. Takpe, ada live kat tv. Kehkeh!

~credit; KelantanFA.com~

Malam nie Kelantan menang dengan 3-0. Hoyeah! Hoyeah! Semoga Kelantan akan terus bersemangat sampai 11hb Jun nanti! Gomo Kelate Gomo!

~credit; KelantanFA.com~

Sekali sekala aku cite pasal bola. Huhu takpe kan? Pompuan minat bola biasa lah. Laki tak minat bola, no komen. Haha =)

Sape sini penyokong Terengganu? Ade ke tidak? (tiru gaya Zizan dalam Melodi)

ps; Teringin nak beli jersi TRW. Huhu :)

Babai!

11 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

enyheartsdiamond said...

saya sokog chelsea lah :D

nanie said...

sy!sy penyokong terengganu..hihi

Idah said...

Tahniah kalate kita...walaupun aku tak dpt tengok sebab dlm perjalanan dr klete ke puchong..maka aku hanya duk dlm kereta joo...singgah di R&R Gambang masa tu kelate mene 2-0 dah..

Idah said...

Tahniah kalate kita...walaupun aku tak dpt tengok sebab dlm perjalanan dr klete ke puchong..maka aku hanya duk dlm kereta joo...singgah di R&R Gambang masa tu kelate mene 2-0 dah..

biawak goreng said...

go ganu go3! haha

MIMIE AIZA said...

sejak ada khairul fahmi kelantan memang up lah

dak eina said...

@enyheartsdiamond

kte skong MU. haha!

dak eina said...

@nanie

hihi mai doh ore ganung~~

dak eina said...

@Idah

mudah2an kelate akan menang jugak nnt 11 jun nie ;)

dak eina said...

@biawak goreng

gomo Kelate gomo!! :P

dak eina said...

@MIMIE AIZA

eh ye ke??


design with love by Dak Eina