kite kawan

10 June 2011

~~macam tak percaya je aku yang buat.. hahaha!

Salam Buat Semua.

Semalam aku ada buat Puding Karamel atau Puding Gula Hangus. Aku buat puding nie tak guna sebijik telur pon dan tak payah kukus. Kalau nak resepi boleh pegi sini. Tapi takde lah aku ikut betul-betul resepi dia. 2 jenis bahan aku tukar. Memandai je aku nie. Haha. Tapi takpe, asal yakin. Tak sangka menjadi wooo.. Yahoo!!

Aku buat semalam lagi tapi baru pagi nie aku try.

~testing.....~

Perhh macam tak percaya je aku yang buat. Hahaha! Kira dah lulus dah buat puding nie. So, kalau ada majlis pape kat umah aku nie, aku akan sponsor buat puding nie. Tak payah susah-susah nak order dah pasni. Hari tu masa 1hb yang lepas, ada majlis tahlil kat umah nie. Mom suh orang sebelah (sedara) buatkan. Siyes sedap! So sejak dari hari tu, aku google resepi puding nie. Terjumpa pulak resepi yang nie. Terus suh Mom beli tepung kastard. Tepung tu je takde, yang lain, semua ada. Dah tu tak payah guna pengukus. Aku bukan pandai pon nak kukus-kukus nie. Haha. 

Kebetulan semalam, Mom aku belikan tepung kastard tu lagi la aku semangat nak buat. Dalam pukul 10.30malam macam tuh, Mom dan Abah keluar pegi hantar abang aku kat stesen bas. Aku pon apa lagi, semangat la pegi menjahanamkan dapur. Ketung ketang kat dapur sorang-sorang, sampai pecah satu gelas *nie adik aku buat eh*. 30minit++ jugak la aku buat. Akhirnya siap jugak. Bila Mom aku balik, dia dah terbau-bau dah puding aku kat dapur padehal dia baru kat tangga luar umah time tuh. Huhu. Entah betul entah tidak. Haha!

Lama betul dia ambik masa tuk mengeras. Tak sabar pulak aku. Kejap-kejap aku turun pegi dapur bukak peti ais. Hihi.

~yayy! dah mengeras, rasanya belum tahu lagi masa nie.. huhu~

Pagi, tengahari, petang, malam aku nak layan puding nie. Kencing manis aku! Hahaha!

ps; Gambar banyak, semua ilang bila cucuk USB :(

Babai!

20 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

lavender sue said...

hahaha ...meme best kan wat time org x dop ore kat umh..x la asyik rase terganggu..lah jgk ketung ketang kat dapur...lucu mu eina..hahaha

Juliet_iRa~" said...

yeke?nmpk mcm sedap!
ira br buat tp guna telur..huu

nt nk try yg dak eina pnya link tu la..
hee..

pss : da blh kawin..keh2

Siti Aniza said...

wahh. sedapnya. nk try buatlah

lavender sue said...

@Juliet_iRa~"..haha..meme dh leh kawin la eina ..cuma calon jah xde..huhu

lyndadyana said...

my favv...
nk jgk! :D

dak eina said...

@lavender sue

haha.. memang betul pon ak ketung ketang kt dapo..haha!

dak eina said...

@Juliet_iRa~"

huhu try la mne thu lg sedap..=) opss no komen la pasal tu =P

dak eina said...

@Siti Aniza

bleh la pegi blog resepi tu ;)

dak eina said...

@lavender sue

diam ah! =P

dak eina said...

@lyndadyana

bleh cuba wt ;)

hana sudradjat said...

rindu nak makan puding karamel ni...

diana said...

boleh buka kedai ni..:p

Pinky Pixie said...

ape lagi.. pos la kat melaka skit.. wahh, eina da pass utk kawen.. hahaaaa

a pis of art said...

bak sikit puding tu..

dak eina said...

@hana sudradjat

bleh cuba wt seperti resepi yg kt blog yg eina kasi link tu.. =)

dak eina said...

@diana

haishh jauh lg kot..

dak eina said...

@Pinky Pixie

calon xde lg tetap xleh kawen.. huhu.. pos? xnk!

dak eina said...

@a pis of art

meh umah meh ;)

emieysandra said...

yeay! dh boleh kawin dah tu..ehehe

kat mache la dak eina, raye nti jmput la dtg^^

dak eina said...

@emieysandra

baru pandai buat nie.. byk lg nk kne belajar la emiey.. oh kt mache.. huu insyaAllah ;)


design with love by Dak Eina